A scribble of my mind and heart.....

Saturday, December 6, 2014

EMAK SUDAH TIADA...


Setelah mengalami sakit tua beberapa lama, emak yang saya kasihi, Che Yah Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 5 Disember, pukul 5 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi hari yang sama.

Sejak emak sakit dan tidak mampu ke mana-mana, sekadar mengatur langkah ke bilik air dengan dipapah anak-anak, saya selalu rasa tidak selesa untuk meninggalkan rumah terlalu lama. Saya selalu berdoa supaya... Allah izinkan saya berada di sisi emak ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya... Alhamdulillah! Allah mengkabulkan doa saya...

Tanggal 4 Dis, hari khamis, selepas solat Asar, dada saya berdebar tiba-tiba. Rasa tidak selesa itu sangat ketara tanpa saya tahu penyebabnya. Lepas maghrib, saya terima call dari Kak Mun ( Kakak no 4). Kata dia...

 ' baliklah awal sikit, emak macam tak berapa elok. Tapi jangan rushing, bawa kereta pelan-pelan.' 

Saya balik dengan rasa berdebar... bimbang jika kakak sekadar berbohong untuk meredakan hati saya. Saya bimbang jika pulang saya disambut dengan deretan kereta dan kunjungan jiran tetangga...

Keadaan di rumah lengang, dan saya menghembus nafas lega. Sebaik masuk ke dalam rumah, saya lihat emak berbaring mengiring di sofa. Dia tidur, namun kelihatan sangat lemah. Kata kakak, emak jadi lembik selepas keluar dari bilik air, dia sesak nafas tapi sudah beransur baik. Emak ada tanyakan saya yang belum balik... sebab itu kakak minta saya balik segera.

Tidur mak tidak jerap. Sesekali emak terjaga... dan emak semacam mahu termuntah. Saya angkat dan pangku belakang badan emak dan emak belahak angin. Dan ketika itu saya dapati sofa basah... mungkin itu petanda yang esoknya, saya perlu panggil doktor datang ke rumah.

Malam tu, anak-anak emak yang tinggal berdekatan, tidur di situ. Selain saya dan Kak Mun, Kak Ah, Kak Arah, Abang Mat dan isteri, Kak Arn, juga anak saudara, Nora, yang bertugas sebagai jururawat, semua ada menemankan emak. Kami ambil giliran tidur. Saya tidur dahulu dan mula berjaga selepas pukul 3. Saya sempat habiskan sekali bacaan Yaasin. Berhenti apabila nampak emak resah. Emak macam mahu termuntah semula..

Saya panggil Kak Arah, minta dia tolong angkat emak... dan lepas buat tu, emak tunduk dan termuntah. Muntah emak berwana gelap, macam kopi. Hati sudah tak sedap... cepat-cepat panggil abang dan kakak-kakak. Selepas baringkan emak semula... nampak pernafasan emak semakin lemah. Saya capai surah Yasin dan mula membaca, Kak Mun bisikkan syahadah ke telinga emak. Rasa sunyi sungguh dalam hati. Bacaan saya jadi tidak teratur, airmata turun dengan laju...  saya kerling dada emak yang sudah nampak pegun tak bergerak. Pandangan saya dan pandangan anak saudara... bertemu, dia geleng kepala...

Emak akhirnya pergi juga meninggalkan kami. Sembilan tahun selepas pemergian ayah. Semoga ruh emak aman di barzakh sana. Moga tempat persemadian emak akan lapang dan bercahaya seperti taman-taman syurga yang mendamaikan. Dan semoga emak bakal ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dengan rahmat Allah di syurga

kini, sudah hilang nikmat doa dari seorang ibu dalam hidup saya...
Sudah hilang senyum manisnya yang menemani saya selama ini...
Dan sudah tidak akan kedengaran lagi kata-kata nasihat yang membetulkan kesalahan saya... Teguran dan kata-kata emak akan saya kenang buat pedoman untuk mengharungi hidup...

Antara kata-kata emak...

1. Jangan lambatkan solat... yang segantang ganjarannya, akan tinggai sekepoi. Mak memang tak suka anak-anak melewatkan solat.

2. Pakaian kena jaga. Jangan pakai tudung tetapi menampakkan aset dada. Jangan pakai baju singkat hingga menampakkan bahagian bontot yang sepatutnya ditutup. Dan jangan pakai seluar ketat hingga menampakkan aset wanita.

3. Kata emak ketika sakit dan lemah tak bertenaga, ' khudrat, iradat, ilmu dan hayat... milik Yang Maha Esa. Dia hanya pinjamkan pada kita. Sekarang ni, yang tinggal dengan emak hanya hayat yang masih bersisa.' Dan kata-kata tu, sering emak ulang jika mengalami symptom yang sama.

4. Kata emak, buat kerja jangan bertangguh. Kalau nak buat... buat segera. Tapi saya anak yang tidak mampu menurut semua kebaikan emak... saya masih The Great Procrastinator!

Banyak lagi kata-kata nasihat emak yang seperti masih terngiang-ngiang di telinga. Saya pasti akan rindukan emak... SELAMA-LAMAYA...


Berbaktilah selagi masih ada kesempatan... kerana kasih ibu tiada galang gantinya....

Photobucket

Saturday, November 29, 2014

3D MUSEUM

Ahad sebelumnya, pi 3D museum... sebenarnya, nak ke Pulau Jerejak. Nak cari bahan untuk novel seterusnya... tapi some of Jerejak out door activities is temporarily stop due to renovation. Katanyalah...

Jadi Isma, Fizah, Dayah, Nadia dan anak-anak, decide nak pi 3D museum. Makcik yang sorang ni... mengekor jer...

Rupanya 3D museum tu, dekat jer dengan jetty. Dekat dengan Bintang Royale hotel. Naik feryy, then jalan kaki jer, dah sampai da...


 Kuatnyer pompuan tu angkat rumah? Haha... jangan tak percaya....


Ek eh! Comey jer dia dok posing nak angkat rumah... 


Cartoon yourself... life.


Penyimpan mohor besar roti canai dan teh tarik....


Sang Sutradara dan si peniup seksafone...
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak larat nak posing. Kagum tengok aunty2 cina dalam 40 plus, cuba buat semua benda...

Wonderful trip buat a bit tiring for an old lady like me...

Photobucket

Saturday, November 15, 2014

SYUHADA DAN DOA


Doa 1

Tok Njang suka usik Syuhada. Dan dalam semua Tok penakan Syuhada. Tok Njang pengusik tahap gaban.  suatu hari...

Tok Njang : Adik, Tok Njang dah pandai baca doa makan, adik nak dengar?
Syuhada : (Angguk)
Tok Njang : Bismikallah Humma Ahya Wa Amut. ( Tok Njang purposely baca doa tidur).
Syuhada : (Geleng kepala. Muka marah) Tok Njang ni, tu bukan doa makan, tu doa tidok. Dah tua pun tak tau lagi!

( Haha... marah sungguh dia!)

Doa 11

Suatu malam, Tok Tam bawa balik left over pisang goreng dari kedai. Terus bubuh dalam pinggan.
Tok Long yang baru bangun tidur ( baring2 depan TV) nampak goreng pisang tu, terus mengadap dan 'ngap' masuk mulut. ( Dah baca bismillah jer dalam hati).

Syuhada : (Geleng kepala tengok Tok Long sambil mulut bercecit dan cekak pinggang) Ish! Tok Long ni, bangkit tidok, terus makan. Tak baca doa!"

(Haha... Syuhada memang tengah peka bab doa-doa lately!)





Photobucket

Monday, September 29, 2014

CHE PIAH



Che Piah sudah pergi. Godek2 gambar kucing, rupanya, tak pernah ambil gambar Ceh Piah. :'(

Sebenarnya sudah 2 hari Che Piah tak balik, dan kebelakangan ni, hujan pulak tu. Puas keriau nama Che Piah, tapi dia tak balik jugak.

Tup2 semalam, Che Piah balik dalam keadaan kakinya dah ada maggots. Entah kena gigit dengan apapun tak taulah. Nafasnya pun, dah dengar macam nak semput. Hidung keluarkan hingus kuning, dia ada jangkitan paru2 agaknya...

Saya just buat apa yang terdaya, cuci badan dia, bersihkan maggots dari kaki dia, beri dia minum air dan masukkan dia dalam kandang. Tak kunci kandang tu sebab ingatkan dia tak larat nak kelaur dan jalan lagi. Tapi lepas beberapa lama kat dalam rumah, saya keluar dan dapati kandang tu kosong. Che pi mana pulak?

Keriau panggil Che Piah lagi, tapi tak balik jugak... hinggalah 2 jam lepas tu, kakak yang tengah kemas dapur jerit panggil dan bagitau ada kucing mati kat bawah kabinet dapur yang kat luar. Huhu... Che Piah rupanya, ikut pi cari saya kot pintu dapur, dan mati kat situ...

Sedih, bulan ni, bulan kucing mati....

Photobucket

Thursday, September 18, 2014

SEDIH

Hari ini hari yang sedih. Hari yang sensitif... rasa macam nak lari masuk dalam gua dan membalut diri di celah-celah batu... berhibernasi. Atau kalau boleh, nak pi dekat gaung dan nak jerit kuat-kuat. Biar suara itu bergema semesta alam....

Hari ni, hari ulangtahun kelahiran adik yang tercinta. Adik yang kuat jati dirinya. Adik yang kekar semangatnya. Adik yang sedang berjuang dengan penyakitnya. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk dia. Dan semoga rahmat Allah melangkau kemungkinan-kemungkinan yang tercatat di dalam kitab perubatan. Saya sayang dia. Sayang sungguh2!

Semalam, dapat berita Oyen, stray cat yang saya beri makan selama dua tahun selepas dibuang di depan kedai ( dari 2010-2012). Kemudian dia tiba-tiba hilang... tanpa nampak kelibat dia di mana-mana... Dia sudah berhenti menunggu saya datang kerja. Dia sudah berhenti berlari sambil mengongoi teriak minta makan...

Oyen, masa masih sihat, gambar 2012 sejurus sebelum hilang...


Dan tiba-tiba dua minggu lepas, selepas 2 tahun hilang, dia balik. Balik dalam keadaan daif sangat. Perutnya berlaga... kempis. Jalannya teroleng-oleng, kakinya macam tak kuat. Saya bawa dia masuk ke dalam kedai, seminggu jugak dia sempat duduk kat dalam, dan 5 hari lepas, kaki depannya tiba-tiba kejang. Tak boleh bergerak langsung.

Tak tahu nak buat apa, saya bawa ke vet. Dr kata, dia cuma boleh mencuba... dan saya tinggalkan dia di sana. Semalam, saya dapat berita... Oyen sudah tiada...

Hmm... macam tu lah kan, kalau kita buang kucing dengan menganggap ada orang lain kesian dan beri makan, saya rasa, dalam kes Oyen... kita silap. Oyen tak akan begitu daif keadaannya kalau ada orang sukarela beri dia makanan. Tentu dia terpaksa menyelongkar tong sampah untuk dapat makan. Kesian...

Masih sedih...


Photobucket

Wednesday, August 13, 2014

KAYA DAN SENANG


Pelajaran hari ini...

Tiap-tiap hari berurusan dengan orang, tak dapat tidak... kita akan dapat banyak pengajaran. Bergantung kepada macam mana kita nak ambik iktibar. Hari ni, saya belajaq something dari customer...

Saya panggil dia Ki, tiap kali dia mai, dia memang suka sembang. Kebetulan hari ni, saya pelawa dia makan buah dokong. Cerita punya cerita, ada customer tolak pintu.

Ki : Apa saja orang ni beli, saya bayaq.(Belum apa-apa, Ki dah bagi arahan.)

Saya musykil. Lelaki yang masuk tu, selalu jugak mai beli sabun dan ubat untuk masalah kulit dia. Dia naik beskat, kalau tak silap... dia kerja tukang kebun kat sekolah.

Lepas customer tu beli barang, sayapun cakap yang semua barang dia, orang sebelah saya nak bayarkan. Punyalah hepi orang tu. Dia ucap terimakasih dan bersalam dengan Ki.

Saya : Kenai ka?

Ki : Kenai macam tu macam tu saja... Kalau nak tau, dialah orang yang paling kaya dan paling senang...

Saya : ( Heran sebab dia naik beskat saja) Awat? Dulu2 dia asai kaya ka?

Ki : Dak aih, dia orang paling kaya sebab dia kaya pahala. Dan dia paling senang sebab sentiasa ada masa untuk pi jemaah kat mesjid. Tiap-tiap haghi 5 kali tak pernah miss... walaupun hari hujan.

Ada orang kereta besaq tapi tak dan nak pi masjid, ada orang sibuk keja sampai tak dan nak pi mesjid ( tang ni macam kena penampaq kat muka seniri). Tengok tadi masa dia salam, dia salawat kat Rasulullah, tambah kaya pahala dia...

Saya : (Angguk kepala) Saya ingatkan kaya dunia...

Ki : kaya dunia nak buat apa? Nak bawa ke mana?

:: Hari-hari ada pelajaran baru, Dan pelajaran tambahan... saya kena cuba kenai kastemer saya...

Lebih baik miskin bertaqwa daripada kaya tetapi berlumuran dosa....

Photobucket

Saturday, August 2, 2014

I SUPPORT GAZA




Salam...

Lama tak menulis. Dah hilang touch untuk menulis... tapi saya masih hidup. Still alive and kicking. Cuma lately, banyak masalah melanda dan mood menulis saya... ke laut. Apapun dugaan, kepayahan saya sudah tentu hanya 10 persen jika dibandingkan dengn penderitaan rakyat palestin. 

Setiap hari membaca update Aman Palestin dan Aqsa Syarif tentang Palestine, hati saya menangis. Melihat dunia membutakan mata dan memekakkan telinga... membuatkan saya sedih. Kita tak berdaya untuk berjuang bersama mereka... kita hanya mampu berdoa dan menyatakan sokongan kita...


You don't have to be Muslim to stand up for Gaza, you just have to be human!!!
Photobucket

Friday, May 16, 2014

POEM : RESAH IBU



Hari ini, kata ibu, 
dalam genang airmata di kedut usia,
Dia rindu pada ayah...
Rindu pada masa lalu,
pada rumah yang hanya tinggal sejarah,
pada kampung sudah berubah wajah,
pada tok, dan pada tokwan

Dalam getar bibirnya mengungkap rindu
Ibu mahu pulang...
ke suatu waktu yang di luar mampu
ke suatu ketika yang di luar batas masa

Rindu ibu dan pintanya...
diluar daya
mengundang basah mata
dan terkilan rasa...

Saya sayang mak ketat-ketat
Photobucket

Thursday, May 1, 2014

VIDEO KELAKAR

Jalan2 kat Youtube cari video ni... kelakarlah...




Photobucket

Wednesday, April 30, 2014

MAK


Sejak tak berapa sihat 2 minggu kebelakangan ni, ingatan mak tak berapa elok. Mak asyik nak balik rumah dia ( maybe mak membayangkan rumah dia zaman muda dulu- tanda2 senile). Kadang2 mak ok, kadang2 tak...

Semalam, again... mak tak boleh tidur. Cuba off lampu, kut2 mak nak tidur. Tapi mak pusing2 pegang2 kak mun then pegang2 saya...

Bila mak pegang Kak Mun, Kak Mun tanyalah...

Kak Mun : Mak pegang sapa ni?
Mak : Sapa tak tau... oghang hak dekat2 sini saja kut...
( Sejak siang dia tak ingat Kak Mun, tu yang buat Kak Mun sedih)

Selain saya dan Kak Mun, Tok Ah Syuhada pun tidur kat rumah juga, tapi masa tu dia dah bersiul, dah sampai Amareka...

Saya menyampuk kat sebelah depa...
Saya : Mak tak kenai ka sapa tu?
Mak : Tak tau...
Kak Mun : Cuba suluh hak dok bercakap tu, kenai dak sapa? ( dia maksudkan saya)
Mak ambik torch light, dan suluh muka saya, masa tu... saya sengih baik punya, saja jer nak usik mak...
Kak Mun : Ha... sapa dia tu?
Mak : Tah! Beghuk Mak Ye mana tak tau....

Erk! Dalam-dalam tak ingat... sempat juga mak pekena saya... nak gelak pun ada, sedih pun ada...



Photobucket

Tuesday, April 22, 2014

LOVE, ALWAYS IN THE AIR

Terserempak dengan gambar Queen Elizabeth dan Prince Philips kat fb. Hmm... suka tengok sebab the looks and the smiles are still the same...


A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.


Photobucket

Thursday, April 10, 2014

SOMETHING I DRAW

This is something I draw using Paint. A Red Velvet Cupcake... my favorite!


Haaa... ni ada lagi satu, special untuk Kak Ida yang turunkan komen kat box.


Dan epal hijau yang mujurlah still nampak seperti Apple, bukan buah jambu...



Photobucket

Friday, March 21, 2014

PRAY FOR MH370

Terkesan dengan apa yang menimpa MH370 khasnya dan Malaysia amya...hati rasa sedih sungguh. Membaca spekulasi-spekulasi tidak bertanggung jawab juga buat hati sedih. Melihat rakyat Malaysia sesetengahnya yang mengkritik negara sendiri juga sedih. Saya ni bukanlah penyokong kuat kerajaan... cuma saya rasa adalah tidak patut kita sama2 mengutuk apa yang orang di atas sana lakukan...

Macam bila bapak kita buat salah, kita pakat2 ikut orang kutuk bapak kita. Macam tak kenalah kan? Walaupun kita tahu babak kita tu kadang2 tak berapa betoi jugak... entahlah. Itu pendapat saya la, orang lain saya tak tau.

Tadi ada baca apa yang Mufti Ismail Menk tulis pasai MH 370... Jom sama-sama kita renungkan. At this time of crisis, we should be together holding hand, not blaming each other and show the world how bad our country is... kankankan?



Ini pulak, something I try to write. Sekadar nak meluahkan rasa hati tentang apa yang berlaku... poem pendek belasahan.


Jom berdoa semoga Allah hijabkan segalanya dan persoalan terungkai.

Photobucket

Saturday, March 1, 2014

LAMA TAK MENULIS

Dah lama tak turunkan sebaris dua kat sini. Mood saya sudah terbang... hari ni teringat nak buang sawang kat blog. Nak share tentang petua...

1. Petua kecantikan


Ini petua pemberian kawan saya, katanya... boleh muluskan muka, jom kita pakat2 try naa....

Petua hari ini hanya bahan dari dapur.....Untuk mengurangkan bintik hitam dan melembutkan kulit serta menyerikan muka......serbuk soda bikarbonat.......caranya:. 
1. Basahkan muka dengan air suam2 kuku sehingga rata.... 
2. Campurkan sedikit serbuk soda ini bersama pencuci muka(jenis pencuci muka ikut kesesuaian)diatas tapak tangan sehingga sebati bersama beberapa titik air...... 
3 Terus oleskan di muka seperti amalan mencuci muka selama 30 saat...... 
4. Bilas dengan air biasa sehingga bersih.... 
5. Lapkan dengan tuala bersih..........amalkan penggunaan soda ini 3 kali seminggu..seeloknya pada waktu sebelum tidur,sebelum menggunakan toner dan pelembab muka...Selamat mencuba.

Sebenarnya soda bicarbonate ni banyak kegunaannya... macam2, kalau nak try yang selebihnya, klik kat
Sini

Photobucket

Monday, February 10, 2014

DOODLE...

Godek2 pakcik Gugel, belajar lukis doodle... lepas tu hook. Asala ada kertas kosong jer, nak mendoodle. Ni antar doodle yang dah berjaya dihabiskan...

First trial - Doodle the cats
As usual, kucing tu kan kesukaanku...



Doodle me


Doodle the dreams




Photobucket

Wednesday, January 15, 2014

BENEFIT OF GREEN TEA


Saya baru mula minum green tea... dan rasa okay. Tak adalah tak sedap sangat. Kira boleh minum le. Mula minum sebab membaca about all the benefits of green tea. Planning to make it a habit. Selain green tea tu, saya buat ice cube lemon dan masukkan satu dua kiub dalam green tea saya. Okylah... rasa lebih lawas dan badan lebih ringan...

Jom tengok kebaikan green tea...

1. Help lose weight
Green tea increases the metabolism. The polyphenol found in green tea works to intensify levels of fat oxidation and the rate at which your body turns food into calories.

2. Prevents Diabetes
Green tea apparently helps regulate glucose levels slowing the rise of blood sugar after eating. This can prevent high insulin spikes and resulting fat storage.

3. Reduces Chances of Heart Disease
Scientists think, green tea works on the lining of blood vessels, helping keep them stay relaxed and better able to withstand changes in blood pressure. It may also protect against the formation of clots, which are the primary cause of heart attacks.

4. Helps Prevent Esophageal Cancer
It can reduce the risk of esophageal cancer, but it is also widely thought to kill cancer cells in general without damaging the healthy tissue around them.

5. Reduces Cholesterol
Green tea reduces bad cholesterol in the blood and improves the ratio of good cholesterol to bad cholesterol.

6. Reduces Chances of Alzheimer’s and Parkinson’s
It is said to delay the deterioration caused by Alzheimer’s and Parkinson’s. Studies carried out on mice showed that green tea protected brain cells from dying and restored damaged brain cells

7. Prevents Tooth Decay
Studies suggests that the chemical antioxidant “catechin” in tea can destroy bacteria and viruses that cause throat infections, dental caries and other dental conditions.

8. Helps Lower Blood Pressure
Regular consumption of green tea is thought to reduce the risk of high blood pressure.

9. Helps Relax
Theanine is an amino acid naturally found in tea leaves. It is this substance that is thought to provide a relaxing and tranquilizing effect and be a great benefit to tea drinkers.

10. Has Anti-viral and Anti-bacterial Properties
Tea catechins are strong antibacterial and antiviral agents which make them effective for treating everything from influenza to cancer. In some studies green tea has been shown to inhibit the spread of many diseases.

11. Improves Skin Quality
Green tea can apparently also help with wrinkles and the signs of aging, This is because of their antioxidant and anti-inflammatory activities. Both animal and human studies have demonstrated that green tea applied topically can reduce sun damage.

Sources : Here


Photobucket
awesome comments