Pusara Ayah
Tahun nie dah masuk 4 tahun ayah pergi menyahut panggilan Ilahi. Selalunya kalau nak ke kubur ayah, kami pi hari Ahad sebab tak kalut nak pi mana2 lepas tu. The last time ziarah was last Raya Puasa. So, awal pagi lagi aku, Mak, Kak Ah dan Kak Mun bertolak dari rumah...manakala Abg Mat, Kak Arn dan Afiq (anak sedara) mai dari Padang Serai, dan berjumpa di masjid.
Rindu kat arwah ayah....rindu serindu rindunya. Rindu pada senyuman manis ayah, pada lawak jenaka ayah dan pada semua kenangan bersama ayah...semoga roh Ayah sentiasa dicucuri dengan rahmat Allah.
Kalau melalui area ni, banyak nostalgia masa kecik, Ni ler tempat kami bermain sambil mengembala kerbau ayah, memancing, makan buah Ketapang yang pokoknya di tepi masjid dan abang aku pulak mandi air sungai yang lalu di tepi masjid...masa dulu2 sungai ni lebih dalam...tapi la ni dah cangkat sangat.
Rumah Abang Teh
Masa nak balik ke rumah, jumpa cousin aku, Abang Teh dan anaknya Jimmy...depa ajak pi rumah, hee...pepagi lagi dah pi rumah orang, kira breakfast kat rumah depa lar ni. Adik2 Kak Teh ramai yang bermalam kat rumah Kak Teh sebab semalam depa buat korban, jadi beramai ler kami kat sana. Kami dihidang roti canai, kek, kueh raya...dan yang paling speselnya pagi2 lagi makan laksa beras buatan sendiri. Kak Teh ni memang rajin dan pandai masak serba serbi...sampai laksa pun dia buat sendiri, jom layan gambar...
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taju...
10 years ago