As usual...alek2 kalau cuti pi S. Alam, macam takder tempat lain nak pi. Tapi aku suka melepaskan tension jumpa family member dan kawan2....two groups of people who always brings happiness to my life. Teringin jugak nak ke tempat lain, tapi tak ada ahli keluarga yang boleh teman dan kawan2 pun tak der yang free....kalau sorang2 tu baik ler aku lepak kat S. Alam, ramai yang sudi nak entertain aku.
Hari Jumaat masa nak bertolak ke S. Alam, suddenly jer teringat nak check driving licence, alamak!..lesen dah expired sejak 29 nov last month. Ke sana sini aku drive for the past one month, tetiba nak pi jenjalan baru teringat nak check....hmm, tawakkal ajer ler, baca ler ayat Kursi dan ayat dari surah Yassin tu...and alhamdulillah! tak der road blocked dan selamat sampai ke destinasi i.e. rumah Kak Ani kat USJ Subang Jaya.
Hari Sabtu 26 Dec 2009, pi cousin's wedding, Suhaila Ismail kat Wangsa Maju, dengan Kak Yam dan Kak Ani...dalam tak pandai drive dalam KL, Alhamdulillah sampai jugak ke tempat tujuan tanpa sesat. Jom layan gambar kat majlis tu.
Gambar2 pengantin dan yang dok pegang microphone tu Pak Teh aku...nyanyi lagu Asli ler pullok.
Masa sampai ke tempat majlis, aku tengok muka Mak Teh dan Pak Teh aku kecut semacam, rupanya dok tension sebab lori katering terkandas dan lambat bawa juadah kenduri, nasib baik ler yang mai tu semua sanak saudara jer...jadi sambil menanti sambil sembang. Sampai dekat pukul 1 PM baru makanan sampai...Alhamdulillah, tak ler jadi macam yg keluar paper sehari selepas tu...katering tak mai langsung...lagi parah.
Ni pulak gambar2 kekanda2 dan sepupu sepapai, iaitu keluarga Arwah Pak Cik Aziz dan Mak Ngah Ah, sekali sekala berjumpa masa kenduri memang ler rabung bertanya kabar itu ini. Dari Penang ramai jugak yang mai, Abang In sekeluarga, Abang Ya sekeluarga, Pak Cik Mat Rodi sekeluarga, Pak Ndak Ad dan Mak Ndak, Mak Lang Nah husband and wife, and all the cousins and 2nd cousins.....yang ganasnyer depa ni mai pagi dari Penang, lepas kenduri, petangnya terus cabut balik....kuatnyer tenaga depa. Aku pulak dalam sibuk jumpa saudara tu, sempat jugak meloloskan diri ke rumah kawan aku yang dah 25 tahun tak jumpa. Kebetulan Sufiah Hanim tinggal kat seberang jalan dari rumah Mak Teh tu.
Balik malamnyer walaupun penat, sempat lagi aku jumpa kawan sekolah dolu2. Arn drive aku ke rumah Ala kat Bukit Jelutong...dan kebetulan Ala dan Ayu berjiran di kawasan yang sama...so Ayu join kemudian...sembang about old time sampai ler ke pukul 12 tengah malam...hee, seram gak nak balik ke USJ, kat Penang...aku mana dok buat keja balik malam2 buta nih.
Hari Ahad 27 Dec...petangnyer pi lawat rumah baru Nabella dengan Sade, Ris dan Umil. Sekali sekala jumpa kawan macam ni mmg released segala tension, bergelak macam zaman2 muda dulu, really had my good time there....kat bawah ni ada gambar2 yg snap kat rumah Nabella.
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taju...
10 years ago