A scribble of my mind and heart.....

Saturday, May 16, 2015

SAYA SUKA MENULIS...


Saya suka menulis. Menulis dari hati dan seboleh mungkin cuba mengelak dari melukakan hati orang lain dengan tulisan saya. Dalam berusaha itu... ada juga yang terasa...

Sedih! Sedih bukan sebab marahkan orang yang terasa tu. Sedih sebab dalam berjaga-jaga... saya masih melukakan hati orang.

Saya menulis berdasarkan apa yang saya dengar dan pandangan saya mengenai isu itu. Saya hanya membuat perbandingan tentang bagaimana, walau apapun yang kita cuba lakukan, manusia akan tetap menghukum mengikut pandangan mereka sendiri.

Tidak pernah berniat untuk memperkecilkan sesiapa...

Kepada yang terasa, saya mohon maaf dengan sejujur dan seikhlas hati. Mohon diterima...

Mungkin saya lebih perlu berhati-hati selepas ini....

Photobucket

Monday, March 16, 2015

CERITA SYUHADA


CERITA 1: AYAT POWER TADIKA

Baru nak masuk 4 tahun. Tapi sebab tadika Kemas tu sebelah rumah saja. Mama dia hantar pi juga. Lepas beberapa minggu pi, dia balik cerita... tapi tak ingat dia cerita kat sapa...
Kata dia, ada sorang budak lelaki cakap, "dalam semua2 budak perempuan... rambut awak yang paling cantik sekali."

Amboi... budak tadika dah pandai keluarkan statement ayat power...

CERITA 2 : DAH BESAQ PUN, NANGIS LAGI!

Hari Ahad lepas, Syuhada ikut Tok Tam, Tok Ndak dan Tok Ah pi rumah Tok Cik ( arwah Adik Ma). Pi dua biji kereta sebab Tok Tam nak kena hantar dan ambik kucing kat Vet di Kulim. Syuhada, Tok Ndak dan Tok Ah pi dulu rumah Tok Cik, Tok Tam akan menyusul kemudian.

Tapi sebab ramai orang, Tok Tam habis urusan kat Vet tu lambat. Bila sampai rumah Tok Cik, depa dah kona kereta nak balik. Jadi Tok Tam pun balik jugalah...

Setiap kali pi rumah Tok Cik lepas Tok Cik meninggal, without fail Tok Tam akan nangis dalam kereta masa balik. Bukan tak terima hakikat Tok Cik dah tak ada... tapi rasa sedih tu mai sendiri sebab dulu2 kalau pi rumah Tok Cik, sihat tak sihat... without fail, Tok Cik akan keluar hantar dan lambai sampai kami hilang di pandangan. Macam terbayang lagi semua tu...

Hari Ahad lepas tu, bila sampai jer kat rumah. Syuhada keluar dari kereta dan lari mai kat kereta Tok Tam. Excited nak bagitau apa tah...

Syuhada : Tok Tam... apalah Tok Ndah tu, tadi adik tengok dia teyak.

Tok Tam : Hah! Tok Ndah teyak? ( Dia tak tau Tok Tam dia pun teyak jugak). Adik tengok kat mana?

Syuhada : Kat umah Tok Cik. Apalah Tok Ndak ni... dah besaq pun teyak lagi. (Dia tepuk dahi)

CERITA 3: BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN.

Hari Ahad lepas juga. Masa Alang O'aa dan Tok Njang mai rumah... Sejak Syuhada pi taska Kemas kat sebelah rumah tu, selalu usik nak pi sekolah dengan dia.

Tok Tam : Adik, nanti tanya cikgu nah... Alang O'aa dan Tok Tam nak pi sekolah adik boleh dak?

Syuhada : Tok Tam tu dah tinggi, mana buleh pi! ( marah)

Alang Oaa : Kalau Tok Tam dengan Alang pi, kami nak duduk sebelah budak lelaki.

Syuhada : Mana buleh! Budak lelaki dengan budak pompuan tak buleh dok skali, ( siap aksi tangan dan terbuntang mata).

Tok Tam : Tapi Tok Tam dan Alang O'aa kan lelaki.

Syuhada diam. Tengah fikir agaknya nak cakap apa...

Syuhada : Tu yang dok pakai tudung tu... bukan orang pompuan ka?

Tok tam : Tu yang adik tak pakai tudung tu... adik tu lelaki ka?

Dia diam lama... mencari idea...

Syuhada : Tapi adik kadang2 pakai tudung juga kan...

:: Hmm... berhubung juga sel2 otak dia...


Photobucket

Saturday, February 28, 2015

ADIK MA SUDAH TIADA

Bismillah Hirrahma Nirrahim

Dari Allah dia datang, kepada Allah jua... dia kembali...

Adik yang saya kasih sudah kembali menemui Penciptanya 80 hari selepas pemergian emak tercinta. Tak ada kata yang dapat menggambarkan kesedihan apabila kehilangan dua orang terdekat dalam hidup saya dalam tempoh masa yang terlalu dekat... seperti separuh dari semangat saya dibawa pergi bersama perginya mereka...

Adik Ma dan suami, pada raya tahun lepas...

Namun saya redha. Sebagai Muslim, saya yakin dan percaya pada kuasa dan ketentuan Allah Yang Maha Esa. Dan percaya yang setiap yang hidup... pasti akan menghadapi matinya. Siapalah kita manusia untuk mempersoalkan setiap takdir Allah.

Semoga segala ibadah, amalan dan kebajikan yang dilakukan arwah diterima Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di dalam syurga Firdaus.


Terkenang...

Kenangan terawal saya dengannya saya kira sekitar usia saya 4-5 tahun. Masih ingat berbalam-balam imej ketika saya cuba melangkah bendul rumah ke arah buaian adik Ma di ruang tengah. Ya... dia adik yang lahir 2 tahun lebih muda dari usia saya...

Kami membesar bersama. Melalui zaman kanak-kanak macam dua orang sahabat baik. Explore segala permainan dan ceruk belukar di kampung. Tolong ayah dan mak dengan binatang peliharaan, menoreh dan ke bendang...

Kemudian, melalui zaman remaja bersama. Saya masuk hostel SGGS, dia ikut 2 tahun lepas tu. Kemudian tu, dia ke STSSS, saya pun ikut buat matrik di sana. Banyak yang kami share bersama. Kebanyakan kawan-kawan dia, juga menjadi kawan-kawan saya...

Dan dalam proses tu, saya baru teringat sesuatu yang saya tak pernah terfikir kepentingannya sehinggalah dia pergi mendahului semua orang. Kami pernah berbual tentang mati sekitar umur menginjak ke usia 20an... Ini perbualan yang terjadi some 20 years ago... lebih kurang begini bunyinya...

Adik Ma : Tam! Hang tau dak, aku selalu doa...
Saya : Doa apa?
Adik Ma : Doa yang kalau boleh... aku nak mati dulu dari semua orang.
Saya : Haish! Apa pulak doa lagu tu...
Adik Ma : Sebab aku tak sanggup nak lalui kehilangan semua orang. Aku tak boleh bayang macam mana nak berdepan dengan kematian ahli keluarga yang aku sayang.

Dia beri saya idea untuk meminta yang serupa. Lepas perbualan tu, saya juga kadang-kadang meminta, kalau boleh... mahu mendahului ahli keluarga yang lain. Tapi nampaknya.... Allah dah makhbulkan doa Adik Ma... dia pergi mendahului semua orang... dan sampai hari ini, mata asyik basah setiap kali terkenang dia.

Dia sudah pergi... tetapi ingatan terhadapnya, akan kekal di hati dan minda sampai bila-bila...

Al Fatehah untuk adik Ma... Noor Azmaliza Binti Haji Sidik. Semoga tempat persemadian sementara itu menjadi taman-taman syurga yang mendamaikan untukmu...


"When someone you love become memory. The memory becomes a treasure."

Photobucket

Friday, January 9, 2015

NOVEL KE 2 : NO 23 SUDAH TERBIT.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah! Selepas 2 tahun, saya berjaya siapkan novel kedua. Kali ini, bertajuk 'NO 23'. Dan seperti Bougainvillea, novel pertama... yang kedua masih bertemakan mystery-thriller with sub Police Procedural. Schedule to release bulan Jan 2015, tapi bulan Dec dah ada pre print untuk Pesta Buku 1M.

Jom tengok cover...


Untuk tahu lebih lanjut mengenai cerita ni, boleh lawat blog penulisan saya di DI BAWAH REDUP BOUGAINVILLEA. ( Klik kat  nama blog tu). Kat situ ada bab 1 hingga 10. Cukup untuk dapat gambaran tentang cerita yang cuba saya garapkan.

Kat bawah ni saya share komen beberapa orang yang sudah baca. Tak adalah niat nak rasa hebat sangat sebab ada orang suka. ( Harap2 tak ada yang fikir macam tu). Saya sedar... saya tak boleh memuaskan hati semua orang. Lagipun pilihan genre berbeza secara individual. Harapan saya, mungkin komen tu nanti boleh dibuat guideline untuk rasa nak beli tapi tak pasti. Ia memuaskan hati yang sudah membaca dan Insya-Allah, dengan izin-Nya... ia boleh memuaskan hati pembaca lain juga.

Komen 1 
Dari Kak Yah, orang penting JS.


Komen 2
Dari Norzaidah Ieda, orang Selangor ni...


Komen 3
Dari Wan Amalyn. Rumah dia kat USJ... hehe






Komen 4
Komen dari June. June dah baca Bougainvillea... sebab tu dia cari NO 23. Kami pernah jumpa kat pesta buku tau...



Komen 5
Dari ex-school mate...



Komen 6
Komen dari Dr Isma. Dia yang tolong fikir nama Luvphoria Nursing Home tu... dan tempat saya rujuk hal2 psikiatri. Ni Psychiatrist in the making... Tapi dia tak post kat wall. Main inbox jer komen ni... pemalu doktor ni. Saya blanko kaler orange tu sebab ayat tu ada klu tentang ending cerita.



Komen 7
Dari tokeh nasi dekat tempat kerja saya. Kalau pi beli nasi jer, mesti dia tanya bila novel nak siap. Alhamdulillah dia suka.


Komen 8
Ini dari kawan se uni, Piko. Excited punya pasal, dia komen dua kali...




Komen 9
Ini kawan baik. Setia support keinginan saya menulis buku sejak saya tulis dalam blog aje. Terima kasih Kak Chik. Komen respon kepada pos Piko tadi


Komen 10
Ini dari Zulaiha Zie, junior sekolah merangkap Inspektor Sahab jugak. Saya banyak refer tentang hal kepolisan dengan dia...



Okey. Itulah antara komennya. Sepuluh cukuplah ye.. ( macam ada banyak lagi konon!). jadi kepada pembaca yang terasa was-was, harap2 tahap was2 dah bertukar yakin. Untuk yang tak mahu pandang, mungkin boleh pasang niat nak beli juga nanti... hehe.

Saya sudahi pos dengan gambar di bawah ni. Sekali lagi, karya ni, semestinya ada kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Semoga kelemahan itu tidak mencacatkan cerita dan mengganggu tumpuan pembacaan...


Sudi-sudikanlah membacanya kepada yang masih tertanya-tanya tentang isinya...

Remember! Easy reading, is damn hard writing! - Nathaniel Hawthorne.
Photobucket

Saturday, December 6, 2014

EMAK SUDAH TIADA...


Setelah mengalami sakit tua beberapa lama, emak yang saya kasihi, Che Yah Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 5 Disember, pukul 5 pagi dan selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi hari yang sama.

Sejak emak sakit dan tidak mampu ke mana-mana, sekadar mengatur langkah ke bilik air dengan dipapah anak-anak, saya selalu rasa tidak selesa untuk meninggalkan rumah terlalu lama. Saya selalu berdoa supaya... Allah izinkan saya berada di sisi emak ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya... Alhamdulillah! Allah mengkabulkan doa saya...

Tanggal 4 Dis, hari khamis, selepas solat Asar, dada saya berdebar tiba-tiba. Rasa tidak selesa itu sangat ketara tanpa saya tahu penyebabnya. Lepas maghrib, saya terima call dari Kak Mun ( Kakak no 4). Kata dia...

 ' baliklah awal sikit, emak macam tak berapa elok. Tapi jangan rushing, bawa kereta pelan-pelan.' 

Saya balik dengan rasa berdebar... bimbang jika kakak sekadar berbohong untuk meredakan hati saya. Saya bimbang jika pulang saya disambut dengan deretan kereta dan kunjungan jiran tetangga...

Keadaan di rumah lengang, dan saya menghembus nafas lega. Sebaik masuk ke dalam rumah, saya lihat emak berbaring mengiring di sofa. Dia tidur, namun kelihatan sangat lemah. Kata kakak, emak jadi lembik selepas keluar dari bilik air, dia sesak nafas tapi sudah beransur baik. Emak ada tanyakan saya yang belum balik... sebab itu kakak minta saya balik segera.

Tidur mak tidak jerap. Sesekali emak terjaga... dan emak semacam mahu termuntah. Saya angkat dan pangku belakang badan emak dan emak belahak angin. Dan ketika itu saya dapati sofa basah... mungkin itu petanda yang esoknya, saya perlu panggil doktor datang ke rumah.

Malam tu, anak-anak emak yang tinggal berdekatan, tidur di situ. Selain saya dan Kak Mun, Kak Ah, Kak Arah, Abang Mat dan isteri, Kak Arn, juga anak saudara, Nora, yang bertugas sebagai jururawat, semua ada menemankan emak. Kami ambil giliran tidur. Saya tidur dahulu dan mula berjaga selepas pukul 3. Saya sempat habiskan sekali bacaan Yaasin. Berhenti apabila nampak emak resah. Emak macam mahu termuntah semula..

Saya panggil Kak Arah, minta dia tolong angkat emak... dan lepas buat tu, emak tunduk dan termuntah. Muntah emak berwana gelap, macam kopi. Hati sudah tak sedap... cepat-cepat panggil abang dan kakak-kakak. Selepas baringkan emak semula... nampak pernafasan emak semakin lemah. Saya capai surah Yasin dan mula membaca, Kak Mun bisikkan syahadah ke telinga emak. Rasa sunyi sungguh dalam hati. Bacaan saya jadi tidak teratur, airmata turun dengan laju...  saya kerling dada emak yang sudah nampak pegun tak bergerak. Pandangan saya dan pandangan anak saudara... bertemu, dia geleng kepala...

Emak akhirnya pergi juga meninggalkan kami. Sembilan tahun selepas pemergian ayah. Semoga ruh emak aman di barzakh sana. Moga tempat persemadian emak akan lapang dan bercahaya seperti taman-taman syurga yang mendamaikan. Dan semoga emak bakal ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dengan rahmat Allah di syurga

kini, sudah hilang nikmat doa dari seorang ibu dalam hidup saya...
Sudah hilang senyum manisnya yang menemani saya selama ini...
Dan sudah tidak akan kedengaran lagi kata-kata nasihat yang membetulkan kesalahan saya... Teguran dan kata-kata emak akan saya kenang buat pedoman untuk mengharungi hidup...

Antara kata-kata emak...

1. Jangan lambatkan solat... yang segantang ganjarannya, akan tinggai sekepoi. Mak memang tak suka anak-anak melewatkan solat.

2. Pakaian kena jaga. Jangan pakai tudung tetapi menampakkan aset dada. Jangan pakai baju singkat hingga menampakkan bahagian bontot yang sepatutnya ditutup. Dan jangan pakai seluar ketat hingga menampakkan aset wanita.

3. Kata emak ketika sakit dan lemah tak bertenaga, ' khudrat, iradat, ilmu dan hayat... milik Yang Maha Esa. Dia hanya pinjamkan pada kita. Sekarang ni, yang tinggal dengan emak hanya hayat yang masih bersisa.' Dan kata-kata tu, sering emak ulang jika mengalami symptom yang sama.

4. Kata emak, buat kerja jangan bertangguh. Kalau nak buat... buat segera. Tapi saya anak yang tidak mampu menurut semua kebaikan emak... saya masih The Great Procrastinator!

Banyak lagi kata-kata nasihat emak yang seperti masih terngiang-ngiang di telinga. Saya pasti akan rindukan emak... SELAMA-LAMAYA...


Berbaktilah selagi masih ada kesempatan... kerana kasih ibu tiada galang gantinya....

Photobucket

Saturday, November 29, 2014

3D MUSEUM

Ahad sebelumnya, pi 3D museum... sebenarnya, nak ke Pulau Jerejak. Nak cari bahan untuk novel seterusnya... tapi some of Jerejak out door activities is temporarily stop due to renovation. Katanyalah...

Jadi Isma, Fizah, Dayah, Nadia dan anak-anak, decide nak pi 3D museum. Makcik yang sorang ni... mengekor jer...

Rupanya 3D museum tu, dekat jer dengan jetty. Dekat dengan Bintang Royale hotel. Naik feryy, then jalan kaki jer, dah sampai da...


 Kuatnyer pompuan tu angkat rumah? Haha... jangan tak percaya....


Ek eh! Comey jer dia dok posing nak angkat rumah... 


Cartoon yourself... life.


Penyimpan mohor besar roti canai dan teh tarik....


Sang Sutradara dan si peniup seksafone...
Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi tak larat nak posing. Kagum tengok aunty2 cina dalam 40 plus, cuba buat semua benda...

Wonderful trip buat a bit tiring for an old lady like me...

Photobucket

Saturday, November 15, 2014

SYUHADA DAN DOA


Doa 1

Tok Njang suka usik Syuhada. Dan dalam semua Tok penakan Syuhada. Tok Njang pengusik tahap gaban.  suatu hari...

Tok Njang : Adik, Tok Njang dah pandai baca doa makan, adik nak dengar?
Syuhada : (Angguk)
Tok Njang : Bismikallah Humma Ahya Wa Amut. ( Tok Njang purposely baca doa tidur).
Syuhada : (Geleng kepala. Muka marah) Tok Njang ni, tu bukan doa makan, tu doa tidok. Dah tua pun tak tau lagi!

( Haha... marah sungguh dia!)

Doa 11

Suatu malam, Tok Tam bawa balik left over pisang goreng dari kedai. Terus bubuh dalam pinggan.
Tok Long yang baru bangun tidur ( baring2 depan TV) nampak goreng pisang tu, terus mengadap dan 'ngap' masuk mulut. ( Dah baca bismillah jer dalam hati).

Syuhada : (Geleng kepala tengok Tok Long sambil mulut bercecit dan cekak pinggang) Ish! Tok Long ni, bangkit tidok, terus makan. Tak baca doa!"

(Haha... Syuhada memang tengah peka bab doa-doa lately!)





Photobucket

Monday, September 29, 2014

CHE PIAH



Che Piah sudah pergi. Godek2 gambar kucing, rupanya, tak pernah ambil gambar Ceh Piah. :'(

Sebenarnya sudah 2 hari Che Piah tak balik, dan kebelakangan ni, hujan pulak tu. Puas keriau nama Che Piah, tapi dia tak balik jugak.

Tup2 semalam, Che Piah balik dalam keadaan kakinya dah ada maggots. Entah kena gigit dengan apapun tak taulah. Nafasnya pun, dah dengar macam nak semput. Hidung keluarkan hingus kuning, dia ada jangkitan paru2 agaknya...

Saya just buat apa yang terdaya, cuci badan dia, bersihkan maggots dari kaki dia, beri dia minum air dan masukkan dia dalam kandang. Tak kunci kandang tu sebab ingatkan dia tak larat nak kelaur dan jalan lagi. Tapi lepas beberapa lama kat dalam rumah, saya keluar dan dapati kandang tu kosong. Che pi mana pulak?

Keriau panggil Che Piah lagi, tapi tak balik jugak... hinggalah 2 jam lepas tu, kakak yang tengah kemas dapur jerit panggil dan bagitau ada kucing mati kat bawah kabinet dapur yang kat luar. Huhu... Che Piah rupanya, ikut pi cari saya kot pintu dapur, dan mati kat situ...

Sedih, bulan ni, bulan kucing mati....

Photobucket

Thursday, September 18, 2014

SEDIH

Hari ini hari yang sedih. Hari yang sensitif... rasa macam nak lari masuk dalam gua dan membalut diri di celah-celah batu... berhibernasi. Atau kalau boleh, nak pi dekat gaung dan nak jerit kuat-kuat. Biar suara itu bergema semesta alam....

Hari ni, hari ulangtahun kelahiran adik yang tercinta. Adik yang kuat jati dirinya. Adik yang kekar semangatnya. Adik yang sedang berjuang dengan penyakitnya. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk dia. Dan semoga rahmat Allah melangkau kemungkinan-kemungkinan yang tercatat di dalam kitab perubatan. Saya sayang dia. Sayang sungguh2!

Semalam, dapat berita Oyen, stray cat yang saya beri makan selama dua tahun selepas dibuang di depan kedai ( dari 2010-2012). Kemudian dia tiba-tiba hilang... tanpa nampak kelibat dia di mana-mana... Dia sudah berhenti menunggu saya datang kerja. Dia sudah berhenti berlari sambil mengongoi teriak minta makan...

Oyen, masa masih sihat, gambar 2012 sejurus sebelum hilang...


Dan tiba-tiba dua minggu lepas, selepas 2 tahun hilang, dia balik. Balik dalam keadaan daif sangat. Perutnya berlaga... kempis. Jalannya teroleng-oleng, kakinya macam tak kuat. Saya bawa dia masuk ke dalam kedai, seminggu jugak dia sempat duduk kat dalam, dan 5 hari lepas, kaki depannya tiba-tiba kejang. Tak boleh bergerak langsung.

Tak tahu nak buat apa, saya bawa ke vet. Dr kata, dia cuma boleh mencuba... dan saya tinggalkan dia di sana. Semalam, saya dapat berita... Oyen sudah tiada...

Hmm... macam tu lah kan, kalau kita buang kucing dengan menganggap ada orang lain kesian dan beri makan, saya rasa, dalam kes Oyen... kita silap. Oyen tak akan begitu daif keadaannya kalau ada orang sukarela beri dia makanan. Tentu dia terpaksa menyelongkar tong sampah untuk dapat makan. Kesian...

Masih sedih...


Photobucket

Wednesday, August 13, 2014

KAYA DAN SENANG


Pelajaran hari ini...

Tiap-tiap hari berurusan dengan orang, tak dapat tidak... kita akan dapat banyak pengajaran. Bergantung kepada macam mana kita nak ambik iktibar. Hari ni, saya belajaq something dari customer...

Saya panggil dia Ki, tiap kali dia mai, dia memang suka sembang. Kebetulan hari ni, saya pelawa dia makan buah dokong. Cerita punya cerita, ada customer tolak pintu.

Ki : Apa saja orang ni beli, saya bayaq.(Belum apa-apa, Ki dah bagi arahan.)

Saya musykil. Lelaki yang masuk tu, selalu jugak mai beli sabun dan ubat untuk masalah kulit dia. Dia naik beskat, kalau tak silap... dia kerja tukang kebun kat sekolah.

Lepas customer tu beli barang, sayapun cakap yang semua barang dia, orang sebelah saya nak bayarkan. Punyalah hepi orang tu. Dia ucap terimakasih dan bersalam dengan Ki.

Saya : Kenai ka?

Ki : Kenai macam tu macam tu saja... Kalau nak tau, dialah orang yang paling kaya dan paling senang...

Saya : ( Heran sebab dia naik beskat saja) Awat? Dulu2 dia asai kaya ka?

Ki : Dak aih, dia orang paling kaya sebab dia kaya pahala. Dan dia paling senang sebab sentiasa ada masa untuk pi jemaah kat mesjid. Tiap-tiap haghi 5 kali tak pernah miss... walaupun hari hujan.

Ada orang kereta besaq tapi tak dan nak pi masjid, ada orang sibuk keja sampai tak dan nak pi mesjid ( tang ni macam kena penampaq kat muka seniri). Tengok tadi masa dia salam, dia salawat kat Rasulullah, tambah kaya pahala dia...

Saya : (Angguk kepala) Saya ingatkan kaya dunia...

Ki : kaya dunia nak buat apa? Nak bawa ke mana?

:: Hari-hari ada pelajaran baru, Dan pelajaran tambahan... saya kena cuba kenai kastemer saya...

Lebih baik miskin bertaqwa daripada kaya tetapi berlumuran dosa....

Photobucket

Saturday, August 2, 2014

I SUPPORT GAZA




Salam...

Lama tak menulis. Dah hilang touch untuk menulis... tapi saya masih hidup. Still alive and kicking. Cuma lately, banyak masalah melanda dan mood menulis saya... ke laut. Apapun dugaan, kepayahan saya sudah tentu hanya 10 persen jika dibandingkan dengn penderitaan rakyat palestin. 

Setiap hari membaca update Aman Palestin dan Aqsa Syarif tentang Palestine, hati saya menangis. Melihat dunia membutakan mata dan memekakkan telinga... membuatkan saya sedih. Kita tak berdaya untuk berjuang bersama mereka... kita hanya mampu berdoa dan menyatakan sokongan kita...


You don't have to be Muslim to stand up for Gaza, you just have to be human!!!
Photobucket

Friday, May 16, 2014

POEM : RESAH IBU



Hari ini, kata ibu, 
dalam genang airmata di kedut usia,
Dia rindu pada ayah...
Rindu pada masa lalu,
pada rumah yang hanya tinggal sejarah,
pada kampung sudah berubah wajah,
pada tok, dan pada tokwan

Dalam getar bibirnya mengungkap rindu
Ibu mahu pulang...
ke suatu waktu yang di luar mampu
ke suatu ketika yang di luar batas masa

Rindu ibu dan pintanya...
diluar daya
mengundang basah mata
dan terkilan rasa...

Saya sayang mak ketat-ketat
Photobucket

Thursday, May 1, 2014

VIDEO KELAKAR

Jalan2 kat Youtube cari video ni... kelakarlah...




Photobucket

Wednesday, April 30, 2014

MAK


Sejak tak berapa sihat 2 minggu kebelakangan ni, ingatan mak tak berapa elok. Mak asyik nak balik rumah dia ( maybe mak membayangkan rumah dia zaman muda dulu- tanda2 senile). Kadang2 mak ok, kadang2 tak...

Semalam, again... mak tak boleh tidur. Cuba off lampu, kut2 mak nak tidur. Tapi mak pusing2 pegang2 kak mun then pegang2 saya...

Bila mak pegang Kak Mun, Kak Mun tanyalah...

Kak Mun : Mak pegang sapa ni?
Mak : Sapa tak tau... oghang hak dekat2 sini saja kut...
( Sejak siang dia tak ingat Kak Mun, tu yang buat Kak Mun sedih)

Selain saya dan Kak Mun, Tok Ah Syuhada pun tidur kat rumah juga, tapi masa tu dia dah bersiul, dah sampai Amareka...

Saya menyampuk kat sebelah depa...
Saya : Mak tak kenai ka sapa tu?
Mak : Tak tau...
Kak Mun : Cuba suluh hak dok bercakap tu, kenai dak sapa? ( dia maksudkan saya)
Mak ambik torch light, dan suluh muka saya, masa tu... saya sengih baik punya, saja jer nak usik mak...
Kak Mun : Ha... sapa dia tu?
Mak : Tah! Beghuk Mak Ye mana tak tau....

Erk! Dalam-dalam tak ingat... sempat juga mak pekena saya... nak gelak pun ada, sedih pun ada...



Photobucket

Tuesday, April 22, 2014

LOVE, ALWAYS IN THE AIR

Terserempak dengan gambar Queen Elizabeth dan Prince Philips kat fb. Hmm... suka tengok sebab the looks and the smiles are still the same...


A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.


Photobucket
awesome comments