A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, March 13, 2012

MENAMBAH SIGNATURE KE POST


/hihi
Beberapa hari kebelakangan ni, aku jadi gila menggodek Mr Google belajar cara macam mana untuk menambah gadget ke blog. Mula-mula, aku tukar wall paper. Itu mudah ajer, cuma copy and paste HTML code dan apply kat gadget. Dah siap.

So, disebabkan kat kedai ni, kadang2 takder keje, aku mulalah gatai tangan. Nampak blog orang ada signature, akupun nak ada signature. Godek2, jumpa blog ni; (Klik pada nama untuk ke sana.)


Kalu ikut TCBOTB, dia ajar macam mana nak buat signature. Sapa pandai bolehlah folo. Nak tulis sendiri pakai Photoshop atau Paint.Net, tak pandai. Mau berhari-hari baru nak siap. Kalau silap haribulan... tak jadi langsung. Maka... akupun godek lagi. Terjumpalah pula website ni;


Masuk ke sini untuk dapatkan style2 signature yang berkenan di hati. Cuma tepuk dada, tanya selera. Lepas tu, dapatkan HTML code untuk signature sendiri. Kalau ikut yang diterangkan, lepas dapat HTML code tu... terus jer paste dalam post template box. Buat beberapa kali... tapi tak menjadi.

Nasib baik aku ada save image signature tadi. So, aku upload image tu kat Photobucket... dapatkan Direct Link HTML, then baru paste kat template box. Alas... nampaklah signature tu kat new post. Untuk makluman... signature tu tak akan kelihatan kat post2 lama... jangan dok cari pulak!

Summarynyer;
1. Dapatkan signature dulu.
2. Save image signature.
3. Upload kat Photobucket atau yang sewaktu dengannya.
4. Dapatkan Direct Link untuk image tu.
5. Masuk kat Blogger Dashboard, guna Old Blogger Interface > Layout> Formatting> Cari Template Box ( kat bawah page.)> Paste jer kat situ. Then it will appear on your Compose page everytime u wanna write a new post.
6. Kalau ada nampak box kat signature tu, kenalah buat alteration kat blog HTML. Yang ni, kena refer kat link TCBOTB tadi. Just follow jer arahan dia tu. Sure menjadi.

Hmmm... rasanya, dengan ada signature ni, cantik sikit blog. Cantik pun bukan ramai pengunjungpun, sekadar untuk puas hati sendiri jer... hehe...=))  So far, dah berjaya buat sidebar title sendiri, use emotions for the blog and separate each post with my very own border image. I'm happy!

/bye
Photobucket

Saturday, March 10, 2012

RINDU MAK


Malam kelmarin, hampir pukul 1 malam, tiba-tiba.... mak yang sudah tidur lena sebelumnya, panggil nama aku. Kebetulan pula, aku memang belum tidur.

Aku menyahut dari dalam bilik, dan tanya mak sebab apa. Jawapan mak, buat aku terpana, memberhentikan kerja dan keluar untuk dapatkan mak.

Aku selak kelambu mak,

Aku:  "Mak tanya apa tadi?" ( Sengaja aku ulang soalan tu, sekadar untuk memastikan apa yang aku dengar tadi tu betul.)

Mak bangun dari baring, dia duduk mengadap aku.

Mak :  "Mak tanya, ayah hang ni, pi mana?" ( mak ulang soalan tu 2 kali.)

Aku urut paha Mak. Ada rasa sayu bertamu dalam hati aku. Macam nak nangis.

Aku:  "Mak... ayahkan dah meninggal lama dah!" ( Aku ucapkan pelan-pelan, tangan di paha Mak, aku bawa ke bahu Mak. Urut pula bahu Mak.

Mak terdiam, menggaru kepala. Lepas tu... dia tergelak kecil. Then tamparan lembut hinggap di bahu aku.

Mak : "Mak lupa la... ish! Allah dah ambil balik hak Dia. Khudrat, iradat dan ingatan Mak... semua hak Dia. Dia dah ambik balik dari Mak pelan-pelan."

Aku turut tergelak kecil. Tu ayat yang biasa Mak ulang2 setiap kali dia ada masalah lupa dan kurang daya upaya serta sakit.

Aku : " Mak mimpi kat ayah ke?"

Mak : " Agaknyalah kot."

Aku urut paha Mak lagi, suruh Mak sambung tidur. Dan aku sendiri... tak jadi nak teruskan apa yang aku buat.

Hmm...dah 7 tahun ayah meninggal. Semua orang rindukan ayah. Terutamanya Mak. Kadang2, Mak akan terjaga dari tidur macam tu, dan tanyakan ayah. Kadang2, Mak lupa yang ayah dah tak ada.

Al Fatihah untuk ayah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Dan moga Allah panjangkan umur dan permudahkan hidup Mak. Moga Mak mampu terus beribadat dan berbahagia menuju ke akhir usianya.


 Photobucket

Thursday, March 8, 2012

INNER TUDUNG


Hari Ahad minggu lepas, tonton Safiyya di TV9
Aku suka program ni, 10x suka compared to NONA :)
dan sesuuai sangat untuk Muslimah2, sebab pendekatannya lebih Islamik.

Last sunday, ada slot tentang fesyen Muslimah,
about few Bloggers yang active promote cara bertudung yang cantik dan colorful.
Hana Tajima, GetGorgeous, Ayunar and etc
Memang cantiklah, especially untuk budak2 yang muda rumaja...
Kalau umur2 aku ni, maybe kurang sesuailah untuk certain style.
Tapi aku suka cara depa mempelbagaikan tudung di samping masih kekal menjaga aurat.
=D> Bravo!!!

Then interested nak oder anak tudung Ayunar,
ia boleh digayakan dengan bermacam-macam style...
menurut kata Blog owner, ianya selesa, tak flat atas dahi,
dan akan buatkan muka kita nampak lebih bujur,
bujur sireh? 
Kalau muka aku yang macam kueh pau ni,
boleh nampak bujur... aku nak trylah! :))

Jom tengok video ni,
then boleh proceed tengok videos on how to wear your shawl.


Aku dah placed order, dah buat payment pun,

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Tuesday, March 6, 2012

KUCING


Hari ni Zaleha Arif post gambar ni kat fb aku.
So far, dah well known lah kat semua yang aku memang suka kucing.
Gambar ni macam Nonet aku yang hilang, tapi dia tak spotted cam ni
besaq nilah masa aku jumpa dia kat depan kedai...
Garang! Asyik nak gigit orang.
Tapi, dia dah hilanggggg...dah dua tahun kut....

/omg

Really terasa kehilangan Nonet, sebab aku sayang sangat kat dia,
lepas tu...aku dah serik nak sayang kucing macam mana aku sayang Nonet,
Tapi still bela kucing jugak la.

Tahun lepas saja, banyak kucing yang mati dan hilang...
antaranya, Black, Siti Payung, Jebon, Cik Manis, Tat, Mat Jasin, Tonet, Oyen kecik
Cik Putih dan beberapa ekor anak kucing yang tak sempat dinamakan.

Sedih tu memang sedih...sebab bela depa sejak kitten,
tapi kesedihan tu... dah mampu aku tangani, tak ler nangis teruk macam dulu...:D


Friday, March 2, 2012

NEW DECOR


Hmm... living in a house, sometimes we need to make over. Add some new furniture, paint new color and change to a new curtains. Same goes to a blog... I'm feeling rather boring looking at the same layout, background and header everyday. And decided that... its about time to change.

I was trying to make my own simple background, tried few times but failed. I was having trouble with  the actual size. It wont fit my blog at all...

My first attempt. 
Then tried again...

My second attemp
Tried and tried again. Tak betul jugak...when I added the url to my blog, it became like a lady wearing unfinished clothing ( hehe...pakai baju tak cukup kain)

Finally... I have to admit that, I'm not good enough. So I googled for a free background and found this blog, just click at the name below.


It offers so many awesome designs for your blog, just pick a suitable one... like mine. Its like having my own garden outside the house. Cantik tak?
awesome comments