A scribble of my mind and heart.....

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA...

Salam

kata bijak pandai... kalau nak bermaafan, elok buat dalam bulan posa. Lebih afdal. 
So, raya lagi dua hari, most probably... hari Ahad.
Kira inilah masa yang paling sesuai... 
Dalam rasa sedih nak meninggalkan Ramadhan dan,
rasa teruja nak menyambut Syawal...
eloklah kita bermaaf-maafan.

Di bawah ni, disertakan kad raya buatan sendiri,
untuk semua yang sudi menjengok ke sini....


Semoga diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi di tahun yang akan datang,
Insyallah!


Photobucket

Tuesday, August 14, 2012

INI BUKAN KASUT RAYA...

Hehe... pelik kan, tajuk N3 kali nie. Kebetulan, nak raya, tajuk pun nak bagi berkait dengan raya jugak. Haa... bercaakap pasal raya, saya dah buat 5 jenis kukis. Tapi tak sesuailah nak haplod kat sini, sebab kukis saya tu, biasa-biasa jer.

N3 ni, tentang makeover kasut yang saya buat dalam minggu ni. Bulan2 puasa ni, memang mengantuk giler kalau waktu tengahari. Untuk elakkan mengantuk... teringat nak makeover sandal lama yang masih tersimpan dalam koleksi kasut lama saya.

Saya dapat idea ni dari rancangan TV, Obsesi ke apa nama dia. Cerita tentang sorang gadis manis dari Kedah yang sangat obses dengan zip dan butang. Cuba jugak riki2 blog dia kat internet, tapi tak jumpa. Terlupa pula nak jot down addressnya haritu.

Kebetulan pulak, saya sangat sukakan kasut lama saya ni, ia tersangatlah comfortable. Sebab terlampau suka, saya pakai dia sampai tak hengat dunia. Last2, bahagian kulit kat depan tu dah berkulat-kulat dan sangatlah tidak cantik.


Untuk proses makeover ni, saya perlukan zip dan gam kasut. Kalau nak buat semua ni, kenalah pakai glove. Takut nanti gam tu akan melekatkan jari jemari pullok.


Hmm... mencabar kesabaran jugak bila buat benda alah ni. Kadang2, gam tu akan lekatkan latex glove yang saya pakai. Ada sekali tu... jari telunjuk dan ibu jari saya melekat sebab glove tu dah berlubang. Cepat-cepat lari ke bilik air. Alhamdulillah! Dapat saya pisahkan selepas berhempas-pulas. (Konon!).

Inilah hasilnya... untuk sebelah kasut. Ok jugaklah. Tak adalah nampak macam zip sangat pun. Kawan saya kata, nampak macam kasut baru... :))


Lepas dah siap both side, saya tarok butang sket... nak buat hiasanlah konon. Tapi macam tak menjadi ler pullok. Anyway... saya puas hati dengan hasilnya. Bolehlah saya buat pakai2 kat dalam opis saya.


Tara.... inilah hasil akhirnya. Amacam? Okay tak?
Photobucket

Monday, August 6, 2012

FLYOVER

Flyover kat kampung dah siap. Ini menandakan, kampung saya tu dah maju benar dah ler. :)) Sebenarnya flyover ni di bina sebab nak memberi laluan pada landasan ketapi berkembar tu.



Dah 2 minggu boleh gunakan, tapi finishing tak berapa cantik. Jalan tak smooth, too bad for a new build road.  By the way, perjalanan akan jadi lebih smooth ler nanti ( berapa tahun lagi?). Tak aderlah saya kena menunggu keretapi lalu dan perjalanan yang patutnya sekejap tu... jadi lebih lama.

Cuma harap2, pembinaan ni tak membawa kepada masalah yang lebih teruk, especially bila berlaku banjir. Kawasan kami tu, flood prone area. So far dah 3 kali kami had to go through banjir yang besar. The last one... sampai kena pindah. That was in 2003.

Tanpa batas ketapi yang tinggi tu pun, banjir dah besaq. Kalau dengan railway tract tu, kawasan tu akan terkepung di tengah-tengah. Harap pembinaan akan mengambil kira semua aspek tu... especially, perparitannya....

Photobucket

Friday, August 3, 2012

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


Insiden ni terjadi beberapa hari lepas. Biasanya, saya habis keje dan sampai balik ke rumah around pukul 10 malam. Selalunya Syuhada akan ada di rumah Tok Nek. So, malam itupun sama...

Mak datuk! Punyalah nakal dan lasak dia, semua benda dia nak main dan nak explore. Sliper jepun yang orang buat pakai masa ambil wuduk pun dia bawa ke sana ke mari.

Geram dengan keletah dia yang 'tak makan saman' tu, saya ambik selipar yang terjatuh dari pegangan dia tu dan campak dekat tempat yang sepatutnya. Tau apa dia buat? Dia pi ambil yang lagi sebelah... berjalan ke arah tempat saya campak kasut tadi dan campak kasut tu... sebiji macam mana saya campak tadi. Saya terkedu! Hah! Padan muka! Lain kali... buat lagi benda yang tak elok kat depan budak-budak... tak payah tunggu lama... on the dot dia dok pi tiru...

Alahai Chukada....


Photobucket

Wednesday, August 1, 2012

MENGKRETIFKAN DIRI...

Saya suka art. So, kalau duduk sesajer tu... kalau tak menulis ( sedang cuba menulis novel), saya akan divert interest saya dengan membuat Decouphage. 
Tapi buat benda alah ni kena sabar ler sikit. Especially bila buat kat tempat kerja. Silap hari bulan... berus jadi keras sebab asyik kena berenti bila customer masuk. Bila jadi macam tu, mulalah mood pun lari.

Tapi dalam tak ada mood tu, ada la beberapa yang dah siap,
tapi tak sempat nak upload... dok upload kat fb jer...
So hari ni, saya upload semua sekali yang dah siap...cuma ada yang elum barnis jer ler...


Home Signage












Remote  control holder


Remote control holder ni, masa beli... ingat nak buat isi berus lukisan.
Tapi, boleh juga dibuat isi cutlery, cuma kalau basah... kes naya lah! Rosak habis hasil kerastangan.
Yang ini paling payah nak buat, sebab nak kalerkan bahagian dalam tu,
punyalah payah... ini kira 1st trial... and dah ada orang tempah bila tengok hasilnya.

:))


Photobucket
awesome comments