A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, November 14, 2012

I LOVE MY SIBLINGS...


Saya dilahirkan dalam keluarga yang majoriti ahlinya wanita. Five elder sister, one big brother and one younger sister. Being second last in the family menjadikan saya kadang-kadang, 'manja taik kucing'. Bab masak memasak, memang saya lemah... sebab saya di kelilingi oleh pakar-pakar masak. Maka saya dan adik yang paling kecil, selalunya ambil part cuci pinggan saja kalau ada family get together.

Abang saya... sahlah anak kesayangan dalam keluarga. Dialah racun, dialah penawar. Mak dan ayah tunggu lima kelahiran sebelum dapat dia. Ayah pakai petua pi curi turus pagaq kat tanah orang ( lepas tu baghu bagitau tuan dia). Biasalah, orang dulu2, penuh dengan petua dan kebetulan pula... menjadi. Tapi, kesian jugak kat Abang sebab dia tak dak geng. Sensorang jer lelaki.

Alhamdulillah! Kami rapat. Dalam ikatan keluarga, kene selalu give and take. Arwah ayah dan Mak juga selalu ajar, kalau makan... mesti kena ingat adik beradik. Secara tak langsung, kami diajar untuk ingatkan adik-beradik. Mak dan ayah dah ajar menjaga ikatan sejak kami kecik lagi...

Kini, umur saya sudah dekat separuh abad. Kakak-kakak pun semua sudah masuk umur lima puluhan. Semua dah mula sakit-sakit. Semalam kakak saya yang nombor 4, admitted to hospital. Previously, my younger sister was diagnosed with serious illness. Mostly everybody is suffering from some kind of illnesses, its an ageing process, growing old process.

Bukan mengeluh, bukan juga tidak bersyukur. Sakit itu pemberian Allah. Dengan cara itu, kita akan lebih ingat pada Dia dan bersedia untuk mati. Sakit itu juga kifarah dosa, moga akan terluruhlah dosa-dosa yang tak terhitung sepanjang hidup kita. Cuma bila semua sudah carry sickness dalam badan, semuanya sudahpun menuju umur-umur senja... saya sangat takutkan kehilangan mereka. Sungguh! Saya tak sanggup untuk menghadapinya. Bila fikirkan tentang itu... saya pasti bergenang air mata.

Namun siapalah kita untuk mempersoalkan urusan Allah. Lambat laun, saya perlu hadapi juga. Saya tak tahu siapakah yang ditakdirkan akan pergi dahulu... Kalau boleh, saya nak 'pergi' dulu dari yang lain-lain. Kalau boleh... saya nak minta Allah pilih saya dulu supaya saya tidak perlu melalui kesedihan tu, kehilangan tu dan kerinduan tu... kalau bolehlah... tapi tentunya itu mustahil.

Saya cuma mendoakan Allah memberi kesihatan yang baik, mempermudahkan hidup keluarga saya dan mempermudahkan urusan ibadat kami. Dan semoga Allah menjadikan  hari yang terbaik dalam hidup kami, adalah hari di mana kami dipanggil untuk mengadapnya. Ameennn!!!


"Do not think of death and worry about sustenance - They will both inevitably have to reach you at the prescribed time!"

— Couplet


Photobucket

Thursday, November 8, 2012

INTERVIEW DAN KABEL


Satu pagi, 7 Nov 2012, on the way nak ke tempat keje, saya buka radio Sinar. Hari tu Khairel dengan SY cakap pasal tajuk interview. Menarik tajuk ni, dan saya selalu terfikir perkara yang sama setiap kali ada saudara terdekat nak temuduga kerja. Ianya bertitik tolak dari pengalaman saya sendiri suatu waktu dulu. Dan saya memang geram bila mengenangkan semuanya dan sudah tentulah simpati dengan orang yang terpaksa mengalami situasi yang serupa.

Tau tak kenapa saya geram? Sebab saya rasa, interview yang saya hadiri tu sekadar syarat untuk menepati garis panduan. Padahal mereka dah pun ada calon yang dari kalangan sanak saudara dan kaum kerabat orang-orang yang kerja kat sana... dalam kata lain, ada yang dah guna kabel. Jadi kekadang kita pegi interview tu macam pelakon tambahan jer. :( Tak cayer? Meh dengar apa yang pendengar share dengan radio Sinar...

Kes pertama.
Pendengar menjalani temuduga pertama di Rawang  dan lulus. Then diarahkan untuk ke Johor untuk pemilihan seterusnya. Sebabnya cawangan sana yang sebenarnya perlukan pekerja. Bila sampai sana... jawapan yang dia  dapat, sangat mengejutkan. Kata orang sana, tempat tu dah diisi. Padahal, orang yang dapat kerja tu tak datangpun interview di Rawang. Kata pendengar tu, sah2 ler pakai kabel.

Kes kedua.
Sorang lagi pendengar, buat preparation bagai nak giler untuk interview. Bila masuk dalam bilik interview, apa yang dia prepare tak ditanya langsung. interviewer tanya soalan merapu jer. Macam bersembang. Dan sah2 dia memang tak dapat kerja tu. Cara depa buat tu, macam dah ada calon yang menanti... sure dah ada yang pakai kabel...

Kes sendiri.
Ganbar dari sini http://paanipeace.blogspot.com/2012/02/err-am-i-ready.html

Terjadi sewaktu temuduga nak dapatkan lot kedai di salah satu tempat di negeri saya. Biasalah, selalunya kalau sewa di bawah badan ni, murahlah sikit. Maka kamipun apply dan isi borang. Masa tu, saya dengan kawan saya Dr Ju'a berniat nak diversified from doing business in health field. Niat nak buka boutique. :)) Siap buat paper work dan sebagainyalah.

Excited sangat bila dipanggil interview. Masa dia orang call, ada jugak dia tanya nak bisnes apa, so bgtau terang2lah yang nak buka boutique ( kat dalam form pun dah ada tulis). So, bila sampai hari... saya nekad tinggalkan bisnes ( bimbang juga kalau2 ada enforcement datang melawat). Ju'a pulak, gajikan locum, tahulah nak bayar locum, mahai! Maka kamipun seberanglah jambatan ke Pulau Pinang. Cari parking tak ada, parking ajer kat tepi jalan. Tawakkal ajerlah. Dan kamipun pegilah ke ofis tu. Tunggu punya tunggu, bila masuk dalam bilik interview...

Interviewer : Nak bisnes apa?
Kami : Nak buka butik.
Interviewer : Hmm... rasanya lot yang kita ada tak sesuai untuk bisnes U, kita cuma ada tingkat atas jer.
Kami : ( Bengang!!! Yalah, mana ada orang buka butik kat tingkat atas).
Tu ajalah interview kami hari tu, lepas dia kata camtu, kami bangun, keluar dan balik dengan sakit hati yang amat sangat.

Kan dah bagitau awal2 nak buka butik, kalau dah tau nak ofer tingkat atas, tak payahlah panggil kami pi interview. Taklah bazirkan masa kami, duit kami dan tenaga kami. Sampai kat keta, kena saman parking pulak! Dalam perjalanan balik tu, kami berbincang dan kami yakin... dah ada orang pakai kabel untuk lot tu, kami cuma jadi pelakon tambahan untuk menunjukkan yang everything was done by following the guidelines.

Fikir-fikirkan...
Masalah penggunaan 'kabel-menkabel' ni nampak remeh, dan kebanyakan orang buat. Tapi kalau kita fikir2 balik, dengan mengamalkan  'kabel-menkabel' ni, secara tak sedar... kita menzalimi orang lain. Kesian dekat orang yang datang interview dengan penuh harapan. Bayangkan persiapan yang dia buat. Masa yang dia bazirkan. Duit yang dia belanjakan ( maybe dia orang susah, baru nak cari kerja). Kepayahan yang dia perlu lalui ( macam yang pi interview sampai Johor tu, nak kena minta cuti, nak kena travel jauh2, nak kena sewa bilik...). Hmm... tak perlulah nak elaborate panjang-panjang, letak ajalah tangan kat atas dahi dan fikirkanlah kesannya pada orang lain...

Pada saya, 'kabel-menkabel' ni memang tak bagus. Rasanya dalam Islam pun tak boleh buat. Kalau nak mengkabel jugak... nak buat secara manislah katakan, cakap ajalah kat 'kabel' korang tu,

' Si Polan tu kaum kerabat saya, kalau rasa dia adalah yang layak di antara yang layak... mungkin boleh consider dia untuk jawatan tu'
Boleh ke buat camtu? Susah nak cakap... maybe boleh tanya orang yang lebih arif. :))

Harap2 apa yang saya tulis kat sini tak matikan harapan orang yang nak pi interview. Bukan semua syarikat macam tu. Ada yang benar2 tengok pada kemampuan candidates... ini cuma kes terpencil yang walaupun terpencil, tetap ada unsur2 tak berapa sihat kat situ.... ( from my two cents ajer).

Untuk yang nak ke interview, jangan ambil cerita kat sini 100 peratus. Pegilah interview, buatlah preparation. Nak tips, boleh ler amek kat sini, JOB INTERVIEW TIPS.

Photobucket

Tuesday, November 6, 2012

LOLENG

Hari ni tulis pasal kucing pulak. Just nak update on LOLENG, kucing OKU yang ada kat rumah. Or should I say KKU ( kucing kurang upaya). Kenapa KKU? Sebab kepala dia akan selalu bergerak macam orang Parkinson. Kalau dia tak bergerak, kepala dia bergetar. Kalau dia berjalan, badan dia macam teroleng-oleng. So that's why we call him Loleng.



Terjumpa dia masa kitten lagi, maybe 2 bulan kot umur dia. Jumpa dekat gerai jual kueh kat KB. As usual I was craving for kueh Qasidah. Unfortunately, they don't sell qasidah on that particular day. Qasidah maker was on leave ( cucu dia bersunat :P). Dah la sedih tak dapat makan qasidah, sedih pula tengok Loleng dok merengek kat kaki dengan luka sebesar telur di belakang tengkok dia.



Tak sampai hati, saya bawa dia balik dan antor pegi vet. Kata Dr, dia traumatized, maybe terlekat kat bawah body kereta dan jatuh semasa kereta tengah berjalan. Atau he was hit by a moving vehicle, cam basikal ke, moto ke... tak kisah la. Saya tambah ajerlah bilangan kucing kat rumah saya tu...

Kusyen kat luar rumah ni, memang tak boleh tarok langsung... sebab depa suka tidur dan spray pewangi semulajadi. Unless kalau ada occasion macam kenduri atau raya, barulah boh balik kusyen tu.
La ni, dah 5 bulan dengan kami, Alhamdulillah! Dah besar dan gemok. Kepala masih ada tremor macam dulu jugak. Jalan pun masih loleng-loleng. Tapi he did touch my heart in his very special way. Bela kucing OKU ni, kena sabar sikit ler, sebab kekadang dia berak2 dalam rumah. Ada satu masa tu, sampai almost every day... sebab dia kena sakit perut kut. Sabar ajerlah!!!

Lagi satu, jangan terkejut arr... saya suka cari kutu kucing. Dan Loleng memang pengeluar baka kutu yang besar2 dan gemok2. Cuma yang tak bestnyer... sebab dia OKU, dia tak akan diam lama2 untuk bagi saya chance kejar kutu kat celah2 bulu dia. Dapat 2-3 ekor, terus dia gigit. Kalau tak gigit, dia cabuttttt...

Hahaha.... :))


Photobucket

Thursday, November 1, 2012

SYNDROME MALAS


Hmm... saya dilanda syndrome malas, tak ada idea dan tak bersemangat nak menulis. Bukan setakad berblog, saya juga jadi malas nak login ke fb. Mood saya sudah lari... tak tahulah ke mana dan bila dia nak balik semula...

Dalam dok malas-malas, saya tulis puisi yang berkait rapat dengan bidang penulisan. Idea spontan yang keluar bila membaca komen-komen sarcastic tentang ketidakpuasan hati pembeli terhadap hasil Novel yang tidak menepati citarasa mereka...

Saya belum jadi penulis. Tapi insyallah... sedang berusaha menjadi salah seorang dari mereka. Bimbang juga, kuatkah saya nak menghadapi komen-komen negatif atas hasil usaha saya? Macam mana nak tangani? Nak lari masuk bawah kolong atau buat NOHE jer???


Aku tulis

Aku tulis, mereka ketawa.
Aku tulis, mereka mencerca.
Aku tulis, mereka tak suka.
Aku tulis, mereka hina.

Tulis aku… tidak sempurna.
Tulis aku… sekadar rasa yang ku keluarkan dari jiwa.
Tulis aku… sekadar berkongsi cerita.
Tulis aku, rupanya tidak berbaloi dengan uwang mereka.

Maaf,
Aku dan, tulis aku… tak akan pernah sempurna.
Kerana yang sempurna itu hanya milik DIA,
Yang memiliki kita dan segalanya…


Photobucket
awesome comments