A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, March 30, 2010

SEKADAR RENUNGAN



Daripada Surah Al-Baqarah, ayat 163 - 165.

163. Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan ( yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

164. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal2 yang berlayar di laut dengan membawa benda2 yang bermanafaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk ( kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dan bumi; Sesungguhnya (pada semua itu) ada tanda2 ( yang membuktikan keesaan Allah dan Kekuasaan-Nya, kebijaksaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

165. (Walau demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedangkan orang2 yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang2 yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman).

Friday, March 26, 2010

BUKU: Jaja Dan Din

Sewaktu mula menulis entry ni, aku dah 50% membaca cerita JAJA & DIN tulisan Noor Suraya. Buku yang aku beli kat PBKL minggu lepas atas recommendation yang sangat kuat dari Nik Fauziah. Hee...actually, aku dah pernah nampak buku ni kat book store...tapi cover dia macam cerita cinta remaja jer, jadi tak ler menarik minat aku. Tapi bila dengar Nik mengulas tentang jalan ceritanya yang ada unsur2 tazkirah tu..teringin pulak aku nak membacanya, lagipun kata Nik...dia ulang sampai 4 - 5 kali, hmmm...kalau Nik ulang berkali-kali macam tu sure best giler nih.

Hmmm...ini lah pertama kali aku membaca hasil tulisan Noor Suraya, yang sebelum ni aku tak tau pun kewujudannya. Sebabnya ialah, aku jarang tertarik dengan cerita cintan cintun, aku cuma baca Ramli Awang Murshid, Zaifulzaman dan Abdul Rahim Awang yang lebih kepada cerita2 misteri dan pembunuhan. Tapi lepas dah baca separuh buku ni, aku rasa macam tak mau berenti membaca...aku suka cara cerita diolah, gaya bahasa dan cara penulis bercerita...tambah2 pula ceritanya pulak tentang orang utara, yang kadang2 ditulis percakapannya dalam loghat utara macam setbot, Loqstaq, gheja dan lain2 lagi lah...buat aku rasa dekat dengan hati aku, macam sedang menonton cerekarama ler pulak.

Sinopsisnya, ( ulasan ikut bahasa aku) ialah cerita tentang Jaja, sorang gadis yang tak memberatkan solat dan aurat, berpendidikan tinggi dan kerja yang bagus ( sebagai media planner) tetiba jatuh hati dengan ustaz Din lulusan Al-Azhar yang bercita-cita hidup zuhud dan menjadi mujahidin. Itupun lepas terpandang gambar Din sedang berdoa di sisi sebuah pusara. Cerita tentang rasa hati Jaja dan ekpedisi mencari Din yang akhirnya di pinang oleh Jaja. Then cerita bagaiman Din mentarbiyah Jaja, dari seorang yang berfikiran moderen, menjadi ikhlas, redha dan zuhud....best, best dan tersangat ler best.

Disamping tu aku suka ayat2 yang Noor Suraya guna dalam cerita ni macam;

"Rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana lampu isyarat....apalagi perhentian."

Dan lagi satu, ada perkara-perkara yang aku selalu gossip dengan adik aku yang juga seorang guru...diselitkan sindirannya dalam novel ni..heee...untuk kawan2 yang bertugas sebagai guru, aku rasa apa yang Noor Suraya tulis ni 90% betul kut...ye tak?

'Di sekolahnya cikgu-cikgu muda sememangnya ada baju yang cantik-cantik macam nak raya. Itu tidak termasuk tudung yang mahal2 fesyen terkini siap dengan barang kemas menjalar di tangan. Biarpun dia hanya mengajar terpencil di Kuala Nerang sahaja pun, bilik guru mereka setanding dengan butik busana Muslimah di Kuala Lumpur dalam kes peragaan fesyen.'

Banyak pengajaran yang boleh dikutip dari buku ni, pandai betul Noor Suraya selitkan...hinggakan suatu waktu tu, masa baru berenti membaca dan sedang mengadap makan tengahari...terasa bergenang airmata aku, bertanya jugak aku dengan diri sendiri...mampukah aku jadi ikhlas, redha, taat dan zuhud macam Jaja....terasa sangat kerdil pulak diri aku ni.

Thanks untuk Nik, sebab telah mempengaruhi aku untuk membaca buku ni...lepas ni aku dah tambah satu lagi koleksi penulis yang aku tak kan lepaskan peluang membaca karyanya. Dan untuk family dan kengkawan aku ( aku nak link entry ni dalam facebook...mempromosi novel ni dan juga pengajaran2 yang boleh dikutip dari sini kat kawan2)...pi ler cari buku ni dan baca, korang tak kan menyesal.....

Wednesday, March 24, 2010

A TRIP TO KL AGAIN....

Actually dah plan nak ke KL for the Pesta Buku Antarabangsa, tapi since adik aku ajak ke CH haritu, aku tak lepaskan peluang. So, this weekend walaupun baru balik bercuti dari CH, aku tetap off to KL on friday morning...tujuan utama nak ke PBKL ler, and dah buat date dengan Ris untuk ke sana on Sunday. Tapi bila Sufiah dapat tau yang aku nak ke KL, and at the same time Bani nak visit anak teruna dia kat Melaka....Sufiah came out with the idea of holding a gathering for everybody yang stay kat Kl...and she published the invitation in the Facebook. Sampai Subang Jaya around 1:30 PM...pastu petangnya pi Mydin dengan Kak Ani.

On Saturday morning dapat breakfast invitation dari Cikna thru SMS...it said ' spaghetti dah ready, muffin blueberry is on the way..mai ler rumah'. So..untuk tak menghampakan 'kembar' aku kat USM ni..aku pun said yes, tapi since this is the first time aku drive sorang2 ke rumah baru Cikna di Subang Permai....aku tersesat masuk lebuhraya elite dan tah mana2...so, breakfast invitation..dah jadi lunch...hahaha. Sempat jugak snap gambar Amin Farhan yang sentiasa hepi dan active...tapi terlupa nak snap gambar mak Amin dengan resepi2 yang dimasak untuk aku, iaitu spaghetti, Muffin blueberry dan cucuq udang...semua sedap2...thanks Cikna.

Amin Farhan

Petangnya pi gathering kat umah Sufiah di Wangsa Maju...gempak habis ler bila jumpa geng lama ni, walaupun yang turn-up cuma 8 orang tapi kalau orang Penang yang berkumpul...hingaq macam 80 orang hehehe....Antara yang menghadirkan diri ialah Bani, Norsalina, Arn, Anda, Azizah, Marina dan Norizam. So kat bawah ada some photo yang sempat di snap...



Biasa lah...bila jumpa kawan2 lama camni, dan melihatkan perubahan fizikal kengkawan tu...mmg amat berbeza compared to teenager time dulu..especially Anda (Norlida), masa sekolah dulu sedikit gelap dan dok jadi pak lawak kat dalam kelas...la ni, dah cerah berseri dan vogue gitu.

And lastly, hari ahad...as planned before Ris drive aku ke PWTC...punya dok sembang sampai beberapa kali tersilap ambil turn, tapi alhamdulillah sampai juga ke destinasi. Huh! punya ler ramai orang...aku pulak kalau tempat reramai ni tak berapa selesa....pusing2 2-3 tingkat dan masuk keluar dewan...dapat juga ler apa yang aku cari especially cerita JAJA DAN DIN. Kene baca nih, sebab direkomen oleh Nik Fauziah pemilik blog KEMBARA SEORANG PENULIS. Tak larat nak jalan pusing2, aku surrender lebih awal...then Ris belanja makan kat Riverside, PWTC.



Tuesday, March 16, 2010

CUTI2 MALAYSIA

Sekolah bercuti seminggu, family adik aku (Cikma, Nasir and the gang) ajak bercuti ke Cameron Highlands, so macam 'pucuk dicita ulam mendatang' ler...sebab aku pun kekdg boring giler dengan rutin hidup aku yang sama jer everyday...sekali-sekala melepaskan diri dari keje yang tak habis2 ni bagus jugak. Kak Mun dan Nadia ikut sekali.

Kami bertolak pukul 8:15AM dari Lunas, sampai ke Cameron Highlands at about 1:30 PM. Pemanduan sepanjang perjalanan dari Simpang Pulai tu kira mencabar jugak ler, dengan selekoh2 tajam yang dekat sangat antara satu sama lain tu...kiranya keras juga urat pinggang aku nak adjust, tapi ok ler...kalau ikut Tapah kata orang lebih menakutkan. Bila hampir ke Cameron...tiba2 jer jam giler...kereta Nasir pulak terlepas ke arah Tanah Rata, so kami terpaksa menunggu kat Petronas...tapi tak lama, sebab kena halau dengan owner tu (menganggu lalu lintas).



Kami menginap kat Hotel Jasmine...hotel cekai jer, tapi ok jugak ler, yang tak tahan tu kene panjat sampai tingkat 3...sakit lutut warga2 tua semua.

Strawberry Farm, Ros Chalet, Taman Sedia
Lepas solat dan clear everything, kami melawat ke kebun Strawberry kat Ros Chalet, Taman Sedia. Excited nak petik sendiri...maklum ler sebenarnya ni 'pestaim' aku naik Cameron Highlands nie..(kalau ada sesapa nak gelak gulin2 pun tak per..hehehe..memang tak penah sampai sebelum ni)...sehinggakan sanggup cancel nak join reunion SGGS kat PGR...



Anak sedara 3 orang ni excited nak petik Strawberry, Nadia, Atin dan Haziq.



Me and my adinda (Cikma)..tengah posing petik Strawberry...




Cottage House

Masa pusing2 tu nampak satu cottage yang cantik, actually aku suka tengok bangunan yang English style tu...so sempat snap gambar sikit...






The Big Red Strawberry Farm

Masa keluar dari one of the Mini Market, ternampak satu pamplet about Big Red Strawberry Farm, so kami decide nak try pi tengok...mak datuk nak ke sana kena naik jalan yang a bit curam dan a bit menakutkan...tapi farm ni lebih sistematik dan kat situ boleh tengok tanaman strawberry, sayur2an dan bunga2an....

Gambar kiri, Nadia menjenguk kepala di sebalik bunga, kiri..Nasir, Cikma dan Kak Mun tengah bincang sapa nak masuk kutip strawberry, tapi Haziq yang paling excited nak masuk.

Seronok tengok sayur2an yang menghijau, tapi part yang menakutkan ialah waktu nak turun dari bukit tu, slope dier 45 degree...tak bernafas aku dan tak berenti berdoa...bila sampai kat bawah Kak Mun kata kalau ajak next time..mati idup balik dia tak mau ikut....





Sehari semalam pi...tak ler dapat betoi2 explore, singgah kat kedai2 yang bercambah kat tepi jalan tu, tapi everywhere barang dia sama jer...so this is antara yang sempat aku rakam dengan camera handphone aku...










Ladang Teh

On the way nak balik, kami singgah kat Cameron Valley..niat dihati nak ler berlari-lari kat ladang teh macam cerita Hindustan tu, tapi nasib tak baik sebab hujan turun mencurah-curah. Tapi sempat jugak snap foto dari atas building...


Cantik nyer scenery kat ladang teh ni...saujana mata memandang....bestnyer kalau dapat menyusuri celah2 pokok teh tu...tapi apa nak buat, sudah tertulis...





Sampai di rumah lebih kurang 6 PM, so..kira ok jugak ler cuti2 Malaysia kali nie, yang paling best bila ingat keletah Harith Aiman dengan kesukaannya Buah Tobe'i. Dia boleh makan sampai 10 biji sekali mengadap...selain dari tu baby tomato pun dia belasah. Lepas tu pantang nampak apa2 yang bertemakan Tobe'i...semua dia nak.

Friday, March 12, 2010

AL- FATIHAH untuk cousin


Semalam lebih kurang pukul 4 PM, aku dikejutkan dengan berita sedih, sepupu aku Azimah Saad meninggal dunia. Bila berziarah kemudiannya...dapat cerita dari keluarganya yang arwah meninggal selepas Zohor ketika duduk di atas kerusi sambil mendengar ceramah agama. Kalau kat utara ni biasanya lepas zohor lebih kurang pukul 2PM ada ceramah agama, bermula dengan Mutiara FM bersambung pulak dengan Kedah FM hingga melewati pukul 3 PM...masa tu arwah ditemani anak lelakinya Ein yang sedang berbaring di situ. Ein cuma sedar yang emaknya sudah meninggal apabila adik perempuannya menalipon dan ingin bercakap dengan emaknya....

Dalam masa sebulan sebelum hari kematiannya, arwah ni ligat berziarah ke rumah mak2 dan bapak2 saudara dan jiran2 sekampung yang sudah tua dan uzur....sambil tu memohon maaf dengan semua orang. Rasanya tak sampai 2 minggu lepas, arwah mai menziarai mak kat rumah, ada juga arwah bersungut kat aku yang badannya rasa lemah macam orang nak mati...tapi aku tak ambil serius, aku cuma kata 'semua orang pun akan mati...cuma lambat atau cepat saja' dan arwah cuma tersenyum. Menurut anaknya pagi semalam, arwah habiskan sepanjang pagi mengunjungi orang2 yang dia ada berhutang dan melangsaikan semua hutang yang masih ada...seperti arwah tahu masa untuk dia dipanggil Ilahi semakin dekat.....

Pada pandangan mata kasar aku yang tak berapa pandai nie, arwah pergi dalam keadaan baik dan melakukan kebaikan sepanjang hidupnya...selebihnya hanya Allah yang tahu. Dan setiap kali menziarahi jenazah dan mendengar cara kematian seseorang...minda aku mula berfikir, bagaimanalah agaknya caranya aku akan dipanggil mengadap Ilahi nanti....

Ya Allah!
Jadikanlah sebaik-baik umur kami, umur yang di penghujungnya,
dan sebaik-baik amalan kami, amalan yang penghabisan,
dan sebaik-baik hari bagi kami, hari kami menemuiMu.


Al Fatihah untuk allahyarhamah Azimah Saad...semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang diredai Allah.
awesome comments