A scribble of my mind and heart.....

Monday, July 4, 2011

DECOUPAGE- trial and practice

Lepas balik dari kelas dengan Liza,
Try decoupage on medicine box yang banyak2 kat kedai,
buat tempat simpan kaler...
Nampak ok gak ler...


Then, baru berani buat on actual board.
Ni lah hasilnyer...towel hanger
boleh ler letak kat kitchen rumah...

Thursday, June 30, 2011

FACEBOOK AND MY LIFE....

Sebelum ada Facebook, kiranya lama jugak terputus hubungan dengan kawan2 sekolah. Cuma ada dua tiga kerat yang selalu berjumpa. Tapi, semenjak berfacebooking hari2 ni, semua aktiviti kengkawan aku tau. Especially yang selalu dok updet status kat wall depa.

Dengan teman seprofesyen pula, boleh dikatakan selalu jugaklah berjumpa. Especially, kalau aku turun Shah Alam. Ada saja yang nak meraikan. Itupun biasanya 2-3 bulan sekali. La ni, everyday boleh dok gebang dalam FB.

Meriahlah hidup...kalau boring2, post la apa2 jer, adalah kawan2 yang respon. Nak marah kat orang, nak komen apa2 isu...semua boleh.

Cuma dalam banyak2 kelebihan FB ni, ada satu part yang buat aku sedikit rasa rendah diri. Hmm...macam mana nak cakap ek? Jangan ada yang salah faham. Ini sekadar apa yang aku rasa. Aku yang serba kekurangan bila diukur dari kelebihan dunia ( maaf...bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan aku).

Bila lihat kelebihan kawan2, how wonderful their life is, how fortunate some people compared to others..especially me and they have everything that everybody wants in life. Itu semua buat aku termenung panjang. Bukan irihati, alhamdulillah kawan2 bahagia, cuma aku terasa serba kekurangan.... huhuhu. Dan, alhamdulillah juga rasa kekurangan itu tidak melahirkan sifat2 negatif dalam diri. Aku sedar, aku tak boleh pandang ke atas.... melihat segala kelebihan orang. Tetapi perlu melihat ke bawah, kerana masih ada yang kurang bernasib baik berbanding aku. Itu buat aku panjatkan syukur... yang tak terhingga...

Teringat perbualan dengan seorang kawan yang lebih senior, kadang2, kami saling bercerita kalau nak menenangkan hati. Dia baru kematian suami, dan aku lately, dihujani dengan bermacam-macam masalah kewangan. Dari surat2 LHDN dan segala denda, terpaksa bayar lebih tinggi untuk accounting berbanding dia dan kereta aku yang tak henti2 buat hal. So, kami saling mencurah masalah... we are patting on each other shoulder. Habis berbual...tak lama tu, aku dapat sms dari kawan aku ni, the sms says;

"Salam...ni kak tengah dok makan sambil dok teringat suami.
Terfikir...Peky hilang banyak duit, tak apa. Dapat diganti.
Yang hilang nyawa...tak ada pengganti.
Saja tulis begini untuk tenangkan emosi...."


Thanks untuk Kak Kay yang cuit aku bagi sedar. Kita kadang2 nampak laman orang lebih berseri dari tempat kita duduk hingga apa yang kita fikirkan seolah-olah kita lupa bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terhingga....

Tuesday, June 28, 2011

HARI MARAH SEDUNIA

Hari ni, ada banyak perkara yang membuatkan kepala aku berasap. Hmm...sabar jer lah.

Tengahari tadi, bengang dengan sikap tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri sesetengah orang. Entah mala'un mana tak tau, buat kerja tak guna otak...dia parking kereta dia kat junction dan sepertiga dari kereta dia... mengunjur ke jalan.

Bengang betoi! Nak turn masuk pun payah sebab kena beri laluan kereta yang masuk dari main road. Rasanya the reason mala'un tu park kat situ ialah sebab ada pokok rendang yang teduh. Dia nak kereta dia di tempat teduh....dan dia tak kisah pun kalau orang lain susah.

Rasa macam nak langgar jer bagi kemek. Tapi kete aku tu pun baru keluar workshop... kang tak pasal2 duit aku melayang pulak.

KITA BAKOR JER...KITA BAKOR JER....


Pastu, baru jer tadi...geram kat accounting company. Charge yang double standard. Ada tiga company, buat akaun yang lebih kurang sama... tapi aku punya charge lebih tinggi dari 2 orang kawan aku. Bila tanya... dia bagi reason yang seperti memperbodohkan aku. Huhuhu...tahan jer sakit hati nie, sebab malas nak gaduh dengan orang.....redho jer lah...


Pesan bijak pandai;

Be patience, coz Anger dwells only in the bosom of fools. ~Albert Einstein

Dan, sabar seseorang itu... diukur pada waktu dia sedang marah.

Saturday, June 25, 2011

DECOUPAGE

Hari ni ada kelas decoupage dengan Liza, dari blog Jija's Lovely Cottage,
Start pukul 10 pg, tapi I reached there about 15 minutes late, sesat...hehe..
Alhamdulillah,
Dah berjaya mengutip ilmu buat decoupage dari Liza,
dengan teknik yang betul...




Buat simple sinage untuk nombor rumah Kak Ani,
And will try to do more...and more...and more

Tuesday, June 21, 2011

OLD FRENZ

Surprising Sunday

On Sunday, Ida yang baru jadi Mak Hajjah kecik ( baru balik umrah),
decide nak belanja makan, just for me and Lin ( birthday girl...kunun!!!)
Sebenaqnya, dia yang kempunan nasik lauk kambing,
Kami makan kat Damiral's Grill.
Sebelum tu...
ada gak plan nak makan dengan Mastura, tapi makcik tu banyak agenda,
tak dapat commit masa dan tempat lagi.
So...kami buat agenda dulu la.
Sorry yer Mas.

Jom layan gambar makanan ni, sedappppp.....






Memorable Monday

On Monday, jumpa kawan lama masa kat SGGS,
Myzatul Akmar,
Jumpa dekat Illyana Mee Udang,
arranged by Lin...as usual lah.
Soleh ikut sekali, yang lain tu...organizer lupa nak ajak kut...hehe.

Ma nampak lain, dulu2 tomboy,
La ni, siap bertudung litup...anak2 pun meriah, cantik2 pulak tu.
Penampilan yang sangat2 berbeza...

Overall, happy sangat dengan meeting ni,
asyik bergelak teringat zaman sekolah,
miss betoi dengan kisah dulu2.....


awesome comments