A scribble of my mind and heart.....

Thursday, October 18, 2012

LONELY QUOTES PHOTOS

There is a great difference between being lonely and being alone. Many people are alone and lead happy lives. But no doubt... some may feel that they are being unfortunate. Its just the matter of how you want to see life. You decide...

For me, being alone offers the benefit of allowing you to get to know yourself, your strength. :))






Loneliness adds beauty to life. It puts a special burn on sunsets and makes night air smell better.


Photobucket

Friday, October 12, 2012

DRIVING...


Sudah 20 tahun lebih saya memiliki lesen memandu, dan sejak tu... memandu menjadi rutin harian saya. Saya ambil lesen masa kat USM, tahun 2... lepas tu lesen tu jadi penghias slot lesen dalam purse saya. Serius! Tak pernah drive kereta selepas habis ujian jalan raya.

Yang paling saya ingat, waktu tahun 3, third semester ( semester untuk repeat paper). Take note, saya bukanlah pelajar yang bright sangat, ada kalanya saya terpaksa mengulang. :) Okay, sambung cerita... satu hari, kawan saya, Kokna paksa saya drive kereta yang disewanya. Hum... saya termuntah kat tepi longkang sampai kene urut belakang. Betapa fobianya saya....

Lepas grad dan dapat kerja di Penang, saya beli Charade Aura (PBR 3459). Sebelum tu, saya ambik refreshing course dengan Abang ipar, Ba'om. Huh! Belarak taik telinga saya kene leter dengan dia, sebab enjin asyik mati bila saya sampai kat simpang. Tapi... akhirnya, saya berani bawa kereta sendiri.

Masa muda2 dulu, kira saya ni... pemandu versi Schumacher jugakla. Tapi la ni dah insaf... bawa kereta dengan kelajuan sedang-sedang ajer. Tak adalah 'makngot' macam sesetengah orang. Pernah dak rasa macam nak 'wallup' jer orang depan sebab bawa keta macam siput? Saya selalu rasa camtu... :P

Pernah masa keje kat SP dulu, saya membebel sebab terpaksa ikut satu keta Proton biru. Macam-macam saya kata, Makngot la, kura-kura la, siput la... cuba nak overtake tapi tak dapat. Tau-tau, dia koner masuk dalam area factory tempat saya kerja. Alamak! Itu MD saya. Mr Hegde orang India yang originate from India tu. Nasib baik saya tak hon kaw2 kat dia. Such a friendly and sporting boss. Dia belikan saya gelang tangan dengan 128 biji batu bata sewaktu bercuti balik kampong dia kat India. Terharu sungguh saya menerimanya. :(

Kalau kes warga emas macam Mr. Hegde tu, boleh la dimaafkan. Tapi setengah orang... dia pandu keta macam jalan tu, mak bapak dia punya. Suka-suka hati bawa keta macam dia sorang jer kat atas jalan. Macam dunia ni, hanya ada dia sorang jer... so, suka hati dialah nak lambat lagu mana pun!

Lain kali, kalau nak bawa pelan-pelan tu, ambik lane tepi, bagilah chance kat orang lain potong. Dia mungkin ada hal yang perlu disegerakan. Be considered, okay!

( Sekadar melepaskan kemarahan, sebab pagi tadi, ada orang bawa keta lembab gilerrr!!!)

Photobucket

Thursday, October 11, 2012

PESAN IMAM AL-GHAZALI


Pandanglah orang lain dengan pandangan Ainnur Rahmah, jangan pandang dengan mata... tapi pandanglah dengan hati.

Photobucket

Monday, October 8, 2012

CHEEKY CHUKADA

Semalam kena babysit Syuhada. Tok Ah pi makan kenduri rumah Na Halim. Tok Ndak pi servis kereta. Yang ada kat rumah, cuma Tok Tam dan Tok Nek. Alamatnya... Tok Tam dapat mandat besar ler, terpaksalah babysit Syuhada.

Lepas sipakan breakfast, Tok Ah dah mai bagitau, dia dah nak pi dah. Maka Tok Tam pun sudahkan menyapu sampah kat dalam rumah. Lepas tu bergegas pi rumah Tok Ah. Bukan apa, Syuhada ni, kalau bangun tak ada orang kat sebelah dia... mengamok sakan. Payah nak pujuk lepas tu...

Bila sampai, rupanya Pak Lang dia dok membuta kat dalam bilik dia. Mungkin sebab nampak kelibat Pak Lang, dia yang dah bangun, tak pula menangis. Dok meghenjah barang dalam bilik. Tok Tam siapkan dia untuk bawa ke rumah Tok Nek.

Lepas bagi susu, teringat pula janji dengan Tok Mami nak upload gambar Syuhada. Maka Tok Tam pun kelek kamera sebelah dan pegang Syuhada sebelah tangan lain, bawa dia keluar dan start photoshoot...


Susah benar nak snap gambar Syuhada, dia asyik tunduk. Bila suruh dia 'tengok sini', dia berjalan pula ke arah kita. Agaknya dia ingat Tok Tam kata 'mai sini' kut.


Yang ini okay sikit. Tapi... masih tak pandang kamera... Budak nakal ni, pandai ajuk Tok Ah dia tidur. Sekali saja Tok Ah teman dia tidur malam. Esoknya... dia bagitau mama dia, kata dia... ' Ah... grohh... grohh' hahaha....


Nak ajak masuk dalam rumah. Mulut sampai termoncong-moncong... bila nampak Tok Nadk pakai lipstick masa bersiap nak pi servis keta, dia cakap 'tik' sambil muncungkan bibir. Nak suruh Tok Ndak sapukan lipstick kat bibir dia...


Close-up


Another close-up photo...


Posing dengan Loleng, nak bagi Loleng minum susu tu pulak dahhhhh.... Dia pun suka kucing. Selalu jadikan Lembek yang gemuk tu sebagai bantal tidur dia...


Hmm... tak adalah payah bebenor Tok Tam membabysitkan Syuhada. Dia tak kuat merengek... cuma buaih sikit saja. Apa yang nampak di mata, itulah yang tangan nak pegang. Yang tak bestnyer... dia poo poo sekali. Hehe... Tok Tam dah lama tak basuh berak budak-budak... tapi Syuhada tak banyak kerenah... Mission accomplished bila Tok Ah balik dekat pukul 12.00...

Legaaaa Tok Tam....
Photobucket

Tuesday, September 25, 2012

MISSION ACCOMPLISHED

Sebenarnya, saya dah lama nak menulis entry ni, tapi tergendala sebab tengah sibuk menyiapkan cerita pendek untuk projek ke dua dengan kawan-kawan penulis. Setelah berhempas pulas, saya menokhtahkan cerita saya dengan perkataan tamat, lewat malam semalam. Alhamdulillah! Saya menarik nafas lega... tapi untuk sementara saja sebab sifu saya kata, kena ubah here and there...

So, berbalik pada entry kali ni, ia mengenai misi mengeratkan silaturrahim yang saya putuskan di zaman kanak-kanak ribena dulu. Masa di tingkatan satu, saya pernah bergaduh dengan kawan baik saya, Midah.  Sebabnya, hanya saya dan dia yang tahu ( kata Lin, versi kami berbeza). Dan sessi konfrontasi tu berlanjutan sampai tingkatan 5. Saya tak salahkan sesiapa, saya meletakkan 100 persen kesalahan di pihak saya. Bukan saya bencikan dia, bukan tak ada keinginan nak berbaik, tapi ego saya waktu tu, tinggi melambung.

Selepas SPM, masing2 membawa diri, saya masuk U dan dia masuk maktab. Saya pernah nampak dia di stesyen bas, tapi malu nak menegur. Waktu tu memang dah timbul niat nak memohon maaf. Namun lagi sekali... ego tetap jadi raja dalam hati saya. Lepas tamat pengajian pula, saya masih setia di Penang tapi dia berkahwin dengan orang Johor dan mengajar di sana. Dan, saya cuba juga bertanya tentang dia melalui kawan-kawan... terutamanya, Lin. Saya suarakan hasrat untuk menemui Midah.

Alhamdulillah 2010, dia balik semula ke Penang. Beberapa kali juga, kami ( saya dan Lin) buat rancangan untuk berjumpa Midah. Sudahnya, penutup syawal lepas, hari ahad 16 september... Midah ditemani seluruh ahli keluarganya bertandang ke rumah saya.


Sebenarnya, saya rasa sangat bersyukur. Berdebar pun ada. Dok berfikir-fikir nak masak apa, sebab saya bukanlah pakar masak. Pakar makan adalah. Akhirnya... kakak cadangkan saya masak macaroni sup. (dalam gambar)


Jamuan ala kadar buat sahabat lama. Sedap tak sedap tu... belakang kiralah.


Posing-posing sebelum balik. Dari kiri, Lin, Midah, mak dan saya.

Alhamdulillah! Tak dapat saya gambarkan kegembiraan hati saya. Sebelum menutup mata, Allah masih beri saya kesempatan untuk bermaaf-maafan. Terimakasih untuk Midah yang tak pernah ambil hati dengan perangai saya. Terimakasih juga untuk Lin yang berusaha merealisasikan keinginan kami berdua.

Ini komen kami di facebook wall Lin, dengan status 'mission accomplished'nya...



Tetiba, dada saya terasa lapang, bahu saya terasa ringan. Beban yang saya kendong akibat memutuskan silaturrahim terangkat tiba-tiba. Alhamdulillah untuk pengajaran yang diberi. Ia memang membuatkan saya lebih menghargai persahabatan. Amennn.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. 


Photobucket
awesome comments