A scribble of my mind and heart.....

Friday, October 25, 2013

CANDY CRUSH MADNESS...

It's been years since the last time I got involved with games. Haywire hidup! The last time madness was Farmvilles. And I was kind of tied up to the planting and harvesting schedules until it really affected my daily life... but Alhamdulillah! I managed to stop it.

And now... what have I done to myself? After successfully ignored all the invitations all this while, finally I am one of the Candy Crush players and started to feel the addiction. Padan muka!

A friend asked, why out of sudden... I play Candy Crush? And my answer is ' I did it out of curiosity and after feeling bored with nothing to do'.

Memang hari mula main CC tu memang tahap boring giler! Dan teringin jugak nak tahu, apa yang orang gilakan sangat dengan CC ni? And its like Allah wants me to see the rational of my answer when I suddenly found this on Ustaz Zaharuddin fb...



Then... a friend (a good friend of course, if she keeps reminding us to do good things and avoid doing the bad ones) puts comment to my fb status about Candy Crush... Huh! Makan dalam sungguh komen tu, tapi ia lebih kepada sebiji penampar yang dilepaskan ke pipi. Baru tau nak sedar diri...


Then ada another friend yang post link ni kat fb, 13 Dissapointing Facts about Candy Crush. Nah! Pi baca kat
  SINI
For the time being, masih main CC, selagi dia tak affected hidup sangat... kalau dah hay wire nanti, pandai2 ler saya hentikannya...

Photobucket

Friday, October 11, 2013

MAK...



Hari ni, kawan mak merangkap sepupu mak, Ngah Besah... mai jengok mak. Macam dipanggil-panggil, sebab mak memang selalu sebut Ngah Besah bila terkenang zaman dulu2. Sedih pulak tengok mak dengan Ngah besar menangis. Ya lah, syahdu bila berjumpa dah tua-tua dan teringat kawan-kawan depa yang dah kembali ke hadhratNya.

Hari ni jugak, dapat tahu yang mak tua dua tahun dari umur yang tercatat kat IC. Biasalah... dlu2, bila lepas merdeka, nak daftar, depa main teka jer beranak tahun berapa. Rupanya memori Ngah Besah masih kuat. Dia kata dia beranak tahun 33 sama dengan mak. Kawin pun selang seminggu dengan mak...

Lepas tu, sakit perut gelakkan kenakalan Ngah Besah masa kawan dengan mak dulu2. Ngah Besah ni kahak ( bahasa penang yang maksudnya cam ganas la aka ghempang) dialah kaki panjat pokok, terjun lubang dan macam macam lagi...

Dan saya tau, rupanya mak saya ni, memang versi lemah lembut sejak dulu... heran! Pasaipa anak dia tak lagu tu?


Photobucket

Wednesday, October 2, 2013

SAHABAT



Sahabat,
Kadang-kadang aku mahu dakap kalian erat-erat
Peluk kalian ketat-ketat
Mahu ajak kalian bermain lompat-lompat,
Berlari riang mengejar rerama,
Bagai zaman kita jadi anak sekolah,
Kerana yang meneman kita waktu itu,
Hanya ketawa,
Gembira,
Dan bahagia.

Selama ini aku terlupa mahu mengungkap,
Rasa kebertuahan itu,
Kerana dalam perjalanan yang ditemani kalian
Kita zahirkan tawa ketika gembira,
Dan ketika rebah dalam berjuang… kita bangun semula
Juga mana mungkin aku lupa,
Usapan jemari lembut yang menyapu airmata
Di kala kita sedih dan kecewa

Masa berlalu…
Aku bagaikan tersedar…
Dalam kedewasaan,
Hati kita tidak seputih semalam,
Tawa kita kadang-kadang jadi sumbang,
Walau irama berlagu yang sama… tari kita berbeda,
Aku menangis cengeng
pada perkara yang kalian anggap mudah
dan aku ketawa berdekah,
pada perkara yang buatkan kalian resah

Maafkan aku…
aku mahu pergi sebentar,
mahu menyendiri…
bukan kerana aku tidak sayang lagi,
bukan juga kerana benci atau sakit hati..
sekadar mahu bermuhasabah diri
yang jahil
dan kurang serba serbi…

Moga di saat aku kembali…
Kita masih bisa bernyanyi lagu yang sama,
Menari dalam rentak yang serupa,
Aku mahu kita berpimpin tangan sambil berlari
Dan ketawa mengejar pelangi…
Photobucket

Saturday, September 28, 2013

VIDEO YANG TERBAEEKKKK!

Saya nak share video ni. Bagi saya ia penyampaian yang sangat baik. Saya cukup terkesan sampai menangis. Sesungguhnya Islam itu indah dan lebih indah bila disampaikan dengan cara yang sangat Indah.
Credit untuk yang menghasilkan video ini. Hanya Allah yang layak memberi ganjarannya.



There is a powerful and amazing thing about tawbah (repentance) and turning back to Allah (swt). We are told that it is a polish for the heart. What’s amazing about a polish is that it doesn’t just clean. It makes the object that is polished even shinier than it was before it got dirty. If you come back to God, seek His forgiveness, and refocus your life and heart on Him, you have the potential to be even richer than if you’d never fallen at all. Sometimes falling and coming back up gives you wisdom and humility that you may never otherwise have had.

Photobucket

Tuesday, September 24, 2013

CERITA SYUHADA


CERITA 1 - HITAM
Suatu hari, Syuhada ikut Tok Ah sidai baju...

Tok Ah : Adik jangan mai sini, duduk kat situ... kat sini panaih. Satni adik jadi hitam.
Syuhada : Angguk.

Kebetulan waktu tu. kucing Tok Ah yang nama manja... dok kelintin kaki Tok Ah.

Syuhada : Anja, angan men anaih, anti jadi itam. ( Manja, jangan main panas, nanti jadi hitam)

Beberapa hari lepas tu... di rumah nenek, Loleng mai tidok sebelah Syuhada. ( Loleng ni kucing badan putih ada tampok hitam sikit, tapi ekoq dia totally hitam dan kembang).

Loleng

Syuhada : Tok Ndak, Toleng ni main anaih ke? Tu ekoq ja jadi itam.

Hahaha... Syuhada... Syuhada....

CERITA 2 - UK UK

Suatu hari, Syuhada tak boleh 'uk uk' ( throw big water la...) Kesian sangat tengok dia nangis, Tok AH ambil minyak nyok dan sapu kat bontot dia dan lepas tu terus boleh 'uk uk'. Lepas mandi dan pakaikan dia baju... dia pun bagitau Tok Ah yang dia sayang sangat dekat Tok Ah.

Beberapa hari lepas tu, waktu di rumah Syuhada, mama Syuhada tetiba nak 'uk uk', disebabkan papa Syuhada tak dak, mama Syuhada suruh Syuhada tunggu dekat dengan bilik air. Tapi dia asyik ketuk aje pintu bilik air tu...

Mama : Adik janganlah ketuk macam tu, nanti mama tak boleh 'uk uk'.

Syuhada : Tu la, Tok Ah pun tadak, Tok Ah boleh bubuh inyak kat tontot mama, anti mama bolehla 'uk uk'. Tok Ah... oh Tok Ah... maila ulong mama ni tak uleh 'uk uk'. Maila sapu tontot mama ngan inyak... ( siap panggil Tok Ah lagi)

Hahahihihuhu....
Photobucket
awesome comments