Lepas tu kami makan kat Restoran Kapitan...susahnya nak parking, park by the roadside jer. Ramai sungguh orang...Mat Saleh pun punya lah ramai, dan service nyer kira cepat jugak.
Aku makan Nan Tandoori dan Kak Cik makan Beriani Ayam...Hmm, sedappppnyer.
Lepas makan kat situ, teringat pulak nak makan Sup Hameed, which is considered ' The best soup in Penang', locationnya dekat2 dengan Cititel, Penang. The last makan sup ni ialah lebih 10 tahun dulu...tu dia! punya ler lama, nak makan lagi tapi perut dah penuh bebenor nih...tapi teringin sangat, so kami decide nak bungkus jer.
So...sesapa yang mai Penang, boleh ler consider untuk try Sup Hameed ni, lain sikit dari sup biasa...mamak stail. Kat sini ada macam2 jenis sup contohnya, Sup Daging, Sup Ayam, Sup Ekor, Sup Kambing dan Sup T#%*r Lembu pun ada....pendek kata macam-macam ada.
No comments:
Post a Comment