Di wajah tua ibu,
Ada rindu….
Ada keliru………
Kekadang ada sendu………..
Kerapkali aku dengar ibu berkata
Khudratnya sudah tak sekuat muda
Minda pula selalu lupa
Dan dia mula bercerita tentang kesusahan zaman muda
Ketika meneman hidup ayah
Di sawah…
Di kebun2 getah…
Di rumah ….menguruskan kami semua
Ibu tak pernah pandai membaca
Namun dia tahu segala..
Pantas dan tepat dalam mengira
Sampai aku selalu bergurau…dan aku pernah berkata
“ Ibu kalau dahulunya belajar…sekarang boleh jadi guru besar”
Dan dia hanya tersenyum….
Tapi aku tak mampu meneka
Apakah yang tersirat di hati dan mindanya.
Malah kekadangnya aku kesal
Kerana dalam susah payah, aku dihantar ke sekolah
Sudah menjadi manusia berilmu
Namun aku tak pernah terlintas untuk mengajar ibu
Mengenal huruf dan membaca
Lantas meneroka dunia melaluinya...
Dan aku jadi anak yang lupa…alpa
Kononnya aku terlalu sibuk..mengejar dunia
Maafkan lah aku ibu….
Maafkan lah anakmu,
Dulu mindaku... beku dan kaku
Pagi ini...
Aku lihat ibu jauh merenung,
Dan kata ibu, kadang kadang dia rindu
Pada ayah yang telah pergi dahulu....
Maaf ibu, mungkin aku tak mampu menyelam kolam rasa itu
Dan sekadar teman memimpin tangan,
Mengatur langkah di senja umurmu.
Namun, aku ingin kau tahu.
Aku terlalu sayang padamu....

No comments:
Post a Comment