Pagi tadi masa tengah bersiap nak pi kerja, Makcik Timah sampai dengan basikalnya. Penat mengayuh dia berenti rehat di kaki tangga rumah aku.
Masa aku kecik dulu2, waktu Makcik Timah masih muda dia berniaga baju terpakai yang dibawa dengan menaiki basikal. Masa tu hidup susah...dapat pakai baju terpakai yang masih cantik pun dah cukup...berkerumun ler orang kampung bila Makcik Timah datang berniaga.
Tapi la ni, semenjak suami Makcik Timah meninggal dunia hampir sepuluh tahun dulu, hidup makcik Timah menjadi susah...kerana walaupun dah tua, dia masih perlu bekerja untuk menyara hidup dan cucunya yang yatim piatu serta cacat. Jadi dia cuma melakukan apa yang dia tahu dan pernah buat...iaitu berniaga dari rumah ke rumah, bukan lagi menjual pakaian tapi barangan dapur, seperti belacan, ikan kering, Pekasam dan macam2 lagi. Makcik Timah cuma ambil komisyen dari untung jualan kerana barang2 tu semua dibekalkan oleh orang2 yang dia kenal dan bersimpati dengan nasibnya.
Menurut Makcik Timah, kalau diikutkan, khudrat tuanya tak mampu nak mengayuh basikal berkilometer dalam cuaca yang panas ni, tapi mengenangkan ada mulut yang perlu disuap, dia gagahkan juga...kalau tak mencari sekupang dua dengan cara macam tu, adakalanya dapur tak berasap. Kalau dia bertandang ke rumah, mak ler jadi tempat dia melepaskan kesedihan..disamping membeli serba sedikit, kami sumbangkan sekadar kemampuan. Sedih sangat bila tengok Makcik Timah menangis dan mencium sumbangan yang diberi. Pernah juga duit hasil jualan seharian disamun oleh mat rempit yang kononnya nak membeli barang, tapi merampas beg duit...sudahlah tercedera, hasil titik peluh disambar orang.
Kadang2 kita yang serba ada selalu leka, dan tidak sensitif dengan golongan yang kurang bernasib baik disekeliling kita...aku sendiri tak terkecuali, walaupun sudah lama kenal Makcik Timah, kisah Makcik Timah sewaktu Hari Raya 2 tahun lepas, menyedarkan aku yang dalam kita bergembira menyambut Hari besar...kita tak sepatut nya lupa insan seperti Makcik Timah.
Lepas raya berlalu baru aku dapat tau yang akibat tidak mempunyai apa2 untuk dijamah dan dihidangkan pada tetamu, Makcik Timah dan cucunya mengambil keputusan untuk membawa diri pergi memancing di tepi sungai pada Hariraya. Kebetulan ada operasi membenteras pendatang haram yang dijalankan oleh pihak berwajib..kesemua orang2 yang memancing di kawasan itu ditahan untuk siasatan. Bila Pegawai yang bertugas tahu akan kisah Makcik Timah, dia dan cucu di bawa kerumah dan di ajak berhari raya bersama...sehingga hari ini Pegawai tersebut akan sekali sekala bertandang ke rumah Makcik Timah untuk menghulurkan bantuan.
Kisah Makcik Timah dua beranak pada Hariraya menyedarkan kami sekeluarga dan juga orang2 kampung yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, banyak bantuan yang dihulurkan disamping menghantar cucunya ke pusat latihan untuk OKU...semoga hidup Makcik Timah akan sentiasa dipermudahkan Allah hendaknya.
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
5 comments:
Sebak dada Akak baca ni Dik Mawar....Moga Adik mawar terus ingat pada Makcik Timah every now & then...dan Akak akan terus mendoakan agar Mak cik Timah dimurahkan rezeki...Amin!
bukan sebak lagi ni...dah bertakung airmata tunggu nak keluar saja...
semoga Makcik Timah dipermudahkan urusan sehariannya...
Kak Watie, Insyallah..selalu berdoa supaya saya tak akan lupakan org2 seperti makcik Timah yg saya kenal.
Ya...moga hidup makcik Timah akan sentiasa dipermudahkan Allah.
Mariachi...jgn nangis, buruk org lelaki namgis...hehehe....
Fahrin Ahmad nanges apa...still macho lagi kan?
Post a Comment