Gambar rumah lama ni nampak vintage...melihatnya saja mesti sapa2 pun akan terfikir yang ianya menyimpan 1001 kenangan yang pastinya terlalu manis untuk dilupakan. Semasa aku sedang menatap facebook dan senarai post kengkawan satu hari tu...gambar rumah ni appear dalam profile page ex-schoolmate aku,
Arn...so aku pun klik....
Walaupun rumah ni takder kena mengena dengan aku, tapi komen2 yang appear di bawah gambar tu buat hati aku tersentuh. Semua komen2 tu menggambarkan perasaan sedih orang2 yang pernah jadi penghuninya, bila tengok rumah tempat membesar terbiar sepi dan tak seceria dulu. Menurut kawan aku, ini rumah Tok (nenek) dia dan tempat dia dan cousin2 dia membesar bersama. Tapi bila Tok, bapa2 dan ibu2 saudara dia semua dah meninggal dunia takder sapa yang tinggal kat situ lagi. Semua sepupu2 penyambung generasi dah berumur, dah ada keluarga dan kerjaya masing2 dan mostly menetap di tempat lain ( i.e. luar dari Pulau Pinang), dan walaupun balik sekali sekala especially kalau raya...kemeriahan suasana dulu dah tak dapat depa rasa lagi. Kat bawah ni ada aku perturunkan komen2 tu.....
Cousin 1 : SeDih..... suasana dah dah macam dulu lagi..:(
Cousin 2 : yeah..betol..raya pon dah dah best dah tak cam dlu..dah hilang semua.
My friend : Sedihnya...rumah kelahiran aku...yg dulunya gagah.
Cousin 3 : awat tiba2 aku rasa lain....arrghhh...
Cousin 4 : Hemmp..sedih kan..bila nk ada gathering balik kat sini.. mcm dulu..walaupun dah tak sama sekurang kurang nya masih serupa..
Ni pulak gambar tangga rumah yang di'upload'kan oleh cousin dia. Sebijik macam tangga rumah aku yang lama, biasanya tangga selalunya jadi tempat semua orang main masa budak2 dulu.
Tengok tangga ni teringat pulak tangga batu kat rumah aku, tapi dah dirobohkan dan diganti dengan yang baru. Kalau aku dulu...tangga jadi tempat main biji seremban (kat Penang kami panggil batu selambut) especially yang kene pakai buah guli tu, dan juga untuk operasi cari kutu...strategic place sebab boleh tolong menolong dalam mencari kutu. Dari step paling atas, sampai ler step yang paling bawah, dok beratur cari kutu. Aku pulak kira penternak paling berjaya masa tu...hahaha...sampai mak aku kena rebus ubat gegat campur minyak apa tak tau, lumur kat kepala aku untuk hilangkan kutu.
Ni pulak komen yang tertulis bawah gambaq tangga....
Cousin 1 : vintage...
Cousin 2 : kat tangga ni mcm2 hal terjadi..mmg vintage..
Cousin 3 : Tumit aku bengkak di pagi raya selepas terjun dari tangga ini...memang memori la...namun kutipan duit raya harus diteruskan...hehehhehe..ayat paling best ...aik skupang ja? hehhee
Cousin 2 : Zaman la depa tak rasa dah kot..anak2 moden..duit raya mau yg kertas jer..kupang2 kim salam la..heheh..Selalu bila pass by rumah kampung lama yang terbiar macam ni, kepala aku ni memang suka berfikir...mesti ada cerita di sebalik rumah tu terbiar, mungkin semua orang dok jauh macam kes kawan aku ni, atau penghuni tu tak tinggalkan waris...atau ada pergaduhan dalam keluarga yang membuatkan anak2 membawa diri ke tempat lain...Hmmm...otak aku ni kadang2 memang tak betul sikit.
Sebenarnya bila tengok keadaan rumah kawan aku ni, aku terbayang apa akan jadi kat rumah kampung yang aku duduk sekarang. In 10 years time adakah ia akan jadi macam ni ? Hmm...aku pun tak pasti...aku sayang rumah tu, sayang semua orang yang pernah jadi penghuninya iaitu parents, adik beradik aku yang lapan orang tu, plus anak2 saudara aku samada yang membesar kat situ atau tak.
Aku amat berharap dan berdoa, walau apapun perbezaan antara kami dan di mana pun kami menetap, rumah kat kampung tu akan tetap menyatukan kami. Hopefully janganlah ada persengketaan yang berpanjangan dalam keluarga, biasa la tiap2 family mesti ada cerita dalaman, bergesel sekali sekala (skeleton in the closet), tapi janganlah ada yang merajuk membawa diri. Kalau aku diberi peluang untuk memilih, aku nak mati dulu dari adik beradik aku yang lain...so, aku tak perlu melalui rasa kesedihan dan kehilangan orang2 yang aku sayang satu persatu...but unfortunately, tu semua ditangan Allah...kita sebagai hamba perlu menerima seadanya. Dalam umur menuju senja ni..semua family member pun dah tua...sooner or later pasti ada yang pergi dahulu.....
Rumah kampung tempat aku dibesarkan, lambang pengikat kasih sayang keluarga.
No comments:
Post a Comment