Ini antara kueh yang aku suka makan...kalau kat Penang, dulu2 terkenal dengan nama Bengkang Tumis ( Tomeh), tapi la ni kebanyakan orang panggil Qasidah. Pasai apa dipanggil Qasidah, aku kurang pasti pulak...yang aku tau Qasidah ni macam nasyid dalam bahasa Arab....mungkin bengkang dan Qasidah ni sama sedap, sama lemak...pasal tu ler depa tukaq nama dari Bengkang Tomeh (yang tak berapa glamer) kepada Qasidah.....
This is consider the best Qasidah in town, tak dak kat tempat lain yang lebih sedap...semua cukup, lemak, manis, masin, lembut, hmmmm...pendek kata setiap kali aku makan, aku akan pejamkan mata...menikmati kelembutan texture dan keenakan rasanya...sambil tu aku pusing2kan sudu selepas menyuap secara perlahan....hehehe...ada terasa nak makan?? memang sedap giler...tapi dia macam biskut Chipsmore...kalau nak beli, kejap ada, kejap tak ada, pendek kata bukan selalu ada, tapi selalu tak ada...

Kat Kepala Batas, ada satu gerai kueh kat depan Dobi Taff, biasanya ia memulakan operasi lebih kurang pukul 3PM. Kalau aku pi bank, on the way balik...mesti singgah kat sini, nak makan kueh apa semua ada, lebih 20 jenis rasanya. Tapi kalau aku berenti, mesti sebab nak beli qasidah jer la...kalau tak dak, baru beli kueh lain.
Kemarin (semalam) masa sampai kat spot tu, tokeh gerai takder, kata brother yang dok beli kueh jugak...tokeh pi ambik kueh kat mana tah. Dia buat bisnes macam kat Mekah ngan Madinah...tinggai jer gerai, kueh sebijik 40sen, sapa nak beli, kalau takmo tunggu...kira jer sendiri. Pastu duit selit jer kat bawah tupperware kueh. Masa tu ada one Chinese customer, dan dia gelak sambil geleng2kan kepala..katanya " Wah! ini macam baik punya orang pun ada woo..ini zaman orang tipu orang...lagi bole tinggai maa...". Brother tokeh kueh ni ada sifat tawakkal dan bersangka baik , kalau aku sendiri ler...tak berani nak tinggalkan macam tu jer....sebab, ramai bebudak la ni yang cengkadak sket, silap haribulan depa bawak pi lari satu tray....
Aku nampak ada qasidah harini...so terpaksa ler tunggu, sebab nak kena potong2 dari dalam talam...kalau aku buat sendiri...karang orang ingat aku pulak tokeh gerai. Hmm...tunggu tak sampai 10 minit brother tokeh kueh pun sampai...tak ler aku kempunan nak makan qasidah...nak masak sendiri...hee..tak reti.
2 comments:
K.Packy,
Kat mana tmpat juai Qasidah ni..Dok kat k.batas, tp tak pnah tau..Nak gak merasa qasidah yang sedap ya amat ni..hehe..Dobi Taff kat ne?
Zura...
Hee...try ler, sedapppp...junction kat sekolah Badawi tu..jalan yang opposite car wash...ada gerai dekat umah banglo cantik bumbung biru tu...tapi selalunya takder..kira macam qasidah kejap ada kejap takder....
Post a Comment