Aku akan menunggu 3 hari sebelum aku publish entry nie...hopefully aku tak akan dihampakan, its not a matter of that small amount of money, its a matter of attitude, pride and integrity of my race, a MALAY.
14 jun (monday), when I was about to close my business...ada sorang lelaki aged about 20 plus masuk ke kedai seperti dalam keadaan emergency, katanya kawannya accident, ada kat klinik dan duit tak cukup nak bayar bill ( reason skema...). Aku cakap minta maaf tak boleh sebab aku memang selalu terkena dengan reason2 yang cenggini. Tapi budak ni memang pandai buat drama...sampai aku jatuh kesian..pastu dia offer nak tinggalkan driving licence, dan bila aku tengok gambar kat licence tu memang ler sebijik muka dia. Walaupun tak percaya dia seratus peratus, perasaan kesian dan hati aku ni buatkan aku huluq ler jugak kat dia....dia janji nak bayar the next day, tapi aku takler harap sangat...aku ada strong feeling yang dia memang nak menipu, cuma tak terdaya nak menolak.
Agaknya hati aku macam agar2 ni kut lembek...(gambar aku kidnap dari blog Norsha, masuklah sini, kalau nak resepi)
Dulu2 nun, ada jugak yang pernah tinggalkan ic lagi...tapi ic tu tak dituntut langsung...entah ic sapa orang tu bedal aku pun tak tau....sometimes terfikir gak orang2 yang menipu orang lain (esp org yang bendul, dan cair ati macam aku) ni, depa ni sudahlah tak takut kat Allah..enjoy pulak buat keje nie.
15 jun, dah petang pun...tapi batang idung dia pun tak nampak...macam aku kata tadi, its not about money. Ia lebih kepada...aku akan rasa lebih lega, bersyukur jika dalam semua senarai insiden2 yang pernah aku ter'involve' sebelum ni...untuk kesekian kalinya aku akan jumpa orang Melayu, Islam yang betul2 dalam keadaan terdesak dan jujur serta amanah. Ia akan membuatkan setiap apa yang aku buat selama nie lebih bererti. Dan...aku akan tetap jadi aku, walaupun terkena lagi, aku rasa next time kalau ada orang yang minta 'tolong' macam insiden ni...tak mustahil aku akan tolong lagi...cuma aku doa kalau bukan genuine case, hati aku akan lebih kuat untuk menolak atau kalau terbagi juga...aku akan lebih ikhlas. Jangan salah faham sebab aku menulis insiden ni...sekadar melepaskan sebal di hati dan maybe boleh jadi panduan dan sempadan utk orang lain, kalau melalui benda yang sama..
Hari ni, dah 18 Jun dan budak tu sampai sut tak muncul. Aku malu bila Chinese neighbor sebelah kata...yang datang dengan scenario macam tu semua Melayu dan semua tak jujur....dan buat sementara ni aku terpaksa terima hakikat kebenaran kata2 dia walaupun pahit. Aku nak pinjam statement dari Saidatul Saffaa dalam novel Damai tulisannya,
'Tak ada bangsa lain yang menerima Islam seluruhnya dalam hidup mereka kecuali bangsa Melayu. Kerana itulah, sehingga kini, apabila disebut Melayu sahaja, pasti sinonimnya Islam. Sebut saja tata tertibnya, akhlaknya, indahnya budaya Melayu itu, pasti selari dengan apa yang diajar oleh Islam. Namun berapa ramai juga yang menyedarinya...dan berapa ramai yang sudah melupakan hakikat ini.'
Sedihnya...bangsaku yang dulunya kaya budi bahasa, dipercayai, kuat semangat....sekarang kaki auta dan sudah merajai segala aktiviti yang tak baik, tak jujur dan tak amanah...APO NAK DIKATO LAEI......
18 Jun, 2:00 PM -Teringat satu emel dari kawan, yang katanya...cendiakawan Zionis pernah ditanya, mampukah orang Islam menjatuhkan mereka suatu hari nanti...jawapannya, ia akan terjadi hanya jika makmum solat subuh di masjid akan seramai makmum solat jumaat. Kalau attitude Islam kita macam sekarang, menipu, mencuri jadi biasa...rasanya lambat lagilah bumi Palestine akan dibebaskan....sedih..sedih...
18 Jun, 3:00 PM, tetiba ada sorang perempuan mai, dia kata,
"Maaf, saya rasa kat sini kut...ada anak saya, nama ........sandaqkan lesen."
" Oh!..ya betul 3 hari lepas."
"Hmm...budak ni, selalu buat hal macam ni...haritu tinggalkan ic kat kedai Cina mana tak tau."
" Oh! Selalu ker macam tu...dan mak dia kene sttle ler?"
" Hmm...selalu, dan kakak yang kene settle."
Dalam hati aku, hmm...anak2 zaman sekarang, dan alhamdulillah, at last...aku jumpa Melayu yang betul2 terdesak dan berpegang pada janji dia, kene cepat2 bagitau neighbor nih....so, Tipah tak jadi tertipu ler....
No comments:
Post a Comment