A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, September 14, 2010

KISAH KEMAAFAN DI HARI RAYA


Best jer kalau kekal jadi kanak2, hidup sentiasa berbunga warna warni...takder masalah.

Masih di bulan raya, kata orang Hari Raya sebenarnya sehari jer...tapi dah jadi trend dalam masyarakat, kita beraya sebulan. Tak salah rasanya, jika tujuannya nak memanjangkan ukhuwah sesama Islam. Lagipun, untuk penghuni kota, seminggu di bulan syawal biasanya di habiskan berhari raya kat kampung, jadi bila dah mula bekerja...masa tu ler nak digunakan untuk meraikan dan melawat tetamu.

Masa2 begini lah kalau ada yang bergaduh dan berkecik hati nak ambik peluang memohon maaf dan berbaik semula. Biasanya orang yang rasa dirinya bersalah, tak ler rasa segan nak mohon maaf, dan orang yang dipohonkan kemaafan pula...tak kan ler keras hati sangat, sampai tak mau memaafkan. Tapi raya tahun ni, aku ada dua kisah kemaafan yang unik, dua scenario berbeza, dan kedua-duanya orang yang aku kenal.

Kisah Satu
Kisah mak kawan aku, yang semedang terasa hati dengan anak pompuan dia, adik kawan aku la. Sebelum ni, banyak kali anak dia buat perangai, tapi nama pun mak, dia sentiasa memaafkan anak dia.

Mak kawan aku ni, jaga cucu2nya selepas anak pompuan dia bercerai...dah lebih lima tahun kalau tak silap. So, dari budak2 tu kecil2 sampaila yang sulung dah sekolah menengah. Tapi yang sedihnya, dua bulan sebelum Ramadhan, anak pompuan dia ni, nekad ambil balik anak2 dia untuk dipelihara sendiri...walaupun mak dia tak setuju. Dah ler cara dia ambik anak2 tu tak berapa berhemah, lepas tu dia langsung tak bawa anak2 ni balik jumpa nenek depa, bukan jauh pun..kentut pun boleh dengaq. Pastu, talipon pun tak juga. Hmm...bayangkan lah macamana nenek ni, menanggung rindu kat cucu2 dia.

Kali ni mak kawan aku dah betul2 tawar hati, bila anak dia balik beraya...bawa cucu2, dia tak bagi masuk rumah, dan tak benarkan sapa2 pun buka pintu. Kata kawan aku, walaupun mak dia buat macam tu, tapi dia tau..jauh di sudut hati mak dia, she doesn't really meant it. Dia buat tu sekadar nak mengajar anak dia supaya jangan buat dia macam sampah...guna bila nak jer, pastu tunggu raya baru nak minta maaf....

Susah nak ditafsirkan....mungkin kesabaran Mak kawan aku ni, dah sampai ke tahap kritikal.

Kisah Dua
Kisah kawan sekampung, ayah dan mak dia bercerai sejak umur dia belasan tahun. Dia dan adik2 dilarikan ayah dia, dan kata kawan aku ni...hidup dengan ayah dia dulu2 macam kat dalam neraka. Bila besaq, depa balik cari dan duduk dengan mak semula. Dan, ayah dia ni...kira macam sentiasa berdendam dengan mak dia.

Kalau nak ikutkan, dah banyak kali ayah dia dok sumpah seranah dan maki hamun dia. Pendek kata, apa yang depa buat semuanya tak betoi la. Tapi, mengambil nasihat orang2 tua, ibubapa tu kan perlu dihormati...so, dia tetap balik jengok ayah dia jika sakit atau di hari2 besar macam hari raya.

Macam selalu, raya tahun ni pun sama...cuma bila balik raya tahun ni, dia disambut oleh maki hamun dan cercaan dari ayah dia. Bukan setakat dia seorang, dengan anak2 perempuan yang empat orang tu pun kena maki sekali. Kawan aku ni baru bercerai, so...Si ayah menyalahkan dia 100%...dan segala kata2 kotor dan buruk, keluaq dari mulut Si ayah ni....

Kata kawan aku ni, lepas ni dia dah janji dengan diri dia...tak akan jejakkan kaki ke rumah ayah dia lagi...sakit ka, mati ka...dia dah tak mau peduli...

Aku pulak, tak tau nak advise lagu mana. May be bila hati dia dah sejuk...dia lupa kut apa yang dia kata....

'Without forgiveness life is governed by... an endless cycle of resentment and retaliation.'

No comments:

awesome comments