...sesungguhnya dunia akan beransur pergi,
dan sesungguknya akhirat akan semakin tiba....
...maka jadilah kita anak-anak akhirat,
Janganlah kita jadi anak-anak dunia...
...Kerana sesungguhnya dunia itu,
tempat amalan tiada penghabisan...
Manakala akhirat adalah tempat penghabisan,
dan tiada lagi peluang beramal....
Kalau terfikir kita patut beramal,
maka masanya adalah di dunia ini.
Kalau pasti yang kita perlu berbekal,
maka tempat menyediakannya adalah di dunia ini.
Solatlah anda sebelum anda disolatkan,
dan solatlah di belakang imam, sebelum anda disolatkan di depan imam.
Bersedekah dan berinfaklah, sebelum harta itu dijelmakan
sebagai api yang panas dan merantai leher-leher manusia
yang tamak dan kedekut.
Berpuasalah sebelum tiba hari yang sangat dahaga.
Janganlah menangguh amalan,
yang boleh dilakukan hari ini,
kerana ajal maut tidak pernah tertangguh.
Jangan banyak menanti dan berkalau,
kerana ia menjadikan kita suka bermalas-malas.
Bersungguh-sungguhlah di dalam apapun pekerjaan kerana,
apabila MAUT menjelma, maka tertutuplah akaun simpanan kita.
No comments:
Post a Comment