A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, May 25, 2011

SWEET OLD MEMORIES

Sewaktu aku kecik dulu2, masa tu dalam primary school, ada pokok macam ni kat sungai di kampung aku. Tak dak la cantik macam ni, dan takder jambatan gantung cenggini, tapi akar pokok bergantungan sampai ke tanah. Sungainya pun takder la cantik cenggini. Pokok tu letaknya di tanah yang ayah usahakan. Tanah kontroversi yang hampir menyebabkan adik beradik sebelah mak bergaduh. Well, that's history now. It was long gone....gone for good. Kami memilih untuk rugi di dunia...semoga ganjarannya, ada di SANA...

Back to the stories of the tree...discover this while surfing the net. Tetiba teringat memori lama. Petang2, sementara mengawasi kerbau ayah makan, kami akan main2 kat situ. Kail ikan ke, cari siput gondang ke...dan yang paling best, main bergayut dengan akar pokok tu. Macam Tarzan. Tapi masa tu...kiranya aku macam Jane ler...hahaha....

Kami akan bergilir-gilir, pegang akar pokok yang berjuntai tu, dan bergayut hingga melewati ke dalam sungai. Aku yang pompuan ni...biasanya landing balik kat bawah pokok tu. Abang aku dengan jiran aku pulak, kalau gayut...akan landing di seberang sungai. Sungai tu, tak lah luas mana pun, cetek pulak tu....lebih sesuai dipanggil paya. Happy sangat dapat buat macam tu. Rupanya, keseronokan kami tu, dapat perhatian anak2 orang kampung yang duduk di seberang jalan...bertentang dengan tanah ayah. Depa pun joinlah sekaki....

Tapi yang sedihnya...suatu hari tu, masa excited nak buat aktiviti terbang kat situ, terjadilah sesuatu yang menyedihkan. Semua akar pokok tu dah kena libas dengan parang. Satu akar pun tak dak nak buat tempat bergayut. Punya la mengamok kami...sapalah yang kejam merosakkan permainan kami tu. Bila investigate...rupanya, orang seberang jalan tu yang potong semua akar tu. Sebabnya, waktu anak dia nak buat aksi tarzan...kononnya nak landing seberang sungai. Rupanya...landing dalam sungai. Marah ler bapaknyer. Habislah tempat kami bergayut jadi tempat dia melepas amarah.

Sedihhhhhh!!!! Tapi itu memori permainan yang paling best, yang aku pernah buat dulu2...

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
lamanya tak masuk sini..
kak bestnya! dpt bayangkan keseronokan zaman budak2... mmg kes naya.. ni mcm pepatah kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar hehehe.

Packy @ Mawar Merah said...

Wassalam Nik,
Hehe...memang best kan, zaman dulu2, yerlah masa tu, mana ada komputer and games segala. Tapi, semua outside games zaman dulu2, ada value yang tersendiri....

awesome comments