A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, June 7, 2011

LANGIT DAN AWAN



PENCIPTAAN LANGIT: TANDA KEBESARAN ALLAH

Al-Quran menggunakan perkataan yang bermakna langit (´al-sama´, dan ´al-samawat) tidak kurang daripada 300 kali. Perkataan yang bererti bumi (al-ardh) digunakan tidak kurang daripada 450 kali. Di samping itu al-Quran juga merujuk kepada perkataan yang bermakna bintang, matahari, bulan, cakerawala dan buruj iaitu gugusan bintang. Pengetahuan sains moden telah dibanding dengan ayat-ayat ini.

Tidak ada pencerapan atau pengukuran sains kemaskini yang bercanggah dengan ayat al-Quran. Malahan ketepatan ayat-ayat ini, yang wujud semasa pengetahuan sains manusia masih dalam peringkat permulaan, menjadi salah satu bukti yang dapat meyakinkan setiap Muslim bahawa al-Quran berpunca daripada Pencipta yang serba mengetahui. Al-Quran bukanlah sebuah buku astronomi dan tidak boleh dikaji sedemikian rupa. Al-Quran menyatakan tentang langit, bumi serta fenomena astronomi secara umum. Kitab ini memberi peringatan kepada manusia dan menyuruh manusia menggunakan fikiran untuk mencari pengertian tentang kewujudan langit, bumi serta apa-apa sahaja yang terkandung di antara kedua-duanya seperti berikut (maksudnya):

“Apakah mereka dicipta tanpa sesuatu ataukah mereka yang mencipta (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah mencipta langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak yakin (terhadap Allah).” (Surah Al-Tur: 35-36)

Sumber: www.yadim.com

ANGIN MENCANTUMKAN AWAN

" Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu.." (Surah Al-Hijr: 22)

Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menerangkan bahawa angin sebagai pencantum awan, dan ia juga penyebab kepada hujan dan petir. Dalam ayat ini, perkataan “lawaaqih” digunakan. Perkataan asalnya ialah “laqaha” dan perkataan jama’nya ialah “laqih”. la bermaksud bercantum. Dalam ayat Al-Quran di bawah, Allah S.W.T. menceritakan tentang perkara yang sama.

"Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nyadan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadigembira. (Surah Ar ruum : 48)

Sekarang, dengan bantuan alatan teknologi canggih, manusia dapat membuktikan kebenaran Al-Quran. Ini kerana, proses kitaran air yang diceritakan dalam Al-Quran adalah menyamai fakta sains moden. Proses kitaran air juga diceritakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain antaranya ; surah Ali-’Imran : 9, surah Al-’Araaf : 57, Surah Ar-Ra’du : 17, Surah Al-Furqaan: 48-49, Surah Yaasin : 34, Surah Qaaf : 9-11, Surah Al-Waaqi’ah : 68-70, Surah Al-Mulk : 30 dan Surah Ath-Thariq : 11.



2 comments:

Mawar Berduri said...

buka mata dan lihat keindahan allah yang telah dicemari..

Packy @ Mawar Merah said...

Mawar Berduri,
Betul tu,memang sakit hati dengan segala tindakan yang merosakkan bumi. We take for granted what we have today, kesannya akan ditanggung oleh anak cucu nanti....sigh

awesome comments