A scribble of my mind and heart.....

Friday, April 30, 2010

MAMAK

Lebih kurang macam ni ler rupa moto mamak juai kueh

Antara memori yang pasti tak dapat dilupakan sepanjang menghuni hostel SGGS, ialah Mamak penjual kueh setiap pagi pukul 10 dan setiap petang pukul 4...selalunya time2 gini, kami baru habis ke kelas prep (persediaan belajar). Adat dok kat hostel, selain main meals...tak ada apa yang boleh dibeli untuk dikunyah di kawasan hostel, kalau bernasib baik, ada family mai visit, ada ler bekalan roti kering untuk di cicah dengan air. So...membeli kueh mamak ni kira agenda yang ditunggu-tunggu tiap2 hari, macam pak penakan (uncle) kami jugak ler mamak nie...hahaha....

Bila dengar signal moto Mamak jer, maka bertebaran ler kami lari turun...sampai tak menang tangan Mamak nak melayan kami. Serba-serbi yang dijual oleh Mamak ni, nasi lemak, bihun, mee, kuih muih...especially kueh india macam Vadai dan Masavadai ( betul ker aku eja ni?). Apa ajer lah yang dibawa Mamak ni, kami belasah jer, masa tu bab kebersihan dan sources kuih muih tu tak penah terfikir, tapi rasanya halal dan toyyib. Teringat masa jumpa Amiza during reunion hari tu, dia dok bercerita memori waktu membeli kueh Mamak. Kata Amiza, tepung talam Mamak sedappp...tapi bila nak beli tu, dia siap ajar Mamak suruh lapik plastik dan jangan sentuh langsung dengan jari....

Aku pulak selalu dapat makan free...ada2 saja yang disedekahkan Mamak untuk aku, bila nampak aku, dia akan panggil aku 'cucu keecik...cucu keecik'...almaklum, dari dulu sampai la ni aku memang kekurangan inci, tak besaq2. Pendek kata kalau aku beli apa2, mesti aku dapat something tanpa perlu membayar. Suatu hari ayah datang melawat aku kebetulan dengan waktu Mamak datang berjual, semasa ayah nak belikan aku kueh, Mamak bagitau kat ayah yang dia ada sorang cucu kat India sebijik macam muka aku, sebab tu dia selalu bagi aku makan free...( dalam hati aku, aku percaya 50-50 jer).

Then suddenly, ada satu ketika tu Mamak yang biasa berjual tu tak nampak kelibatnya lagi, ada sorang mamak baru yang menggantikannya. Suatu hari tu, bila aku nak membeli kueh...aku perasan yang mamak yang baru ni asyik dok pandang muka aku. Bila aku nak bayar jer, mamak tu cakap " Cucu punya muka, sattu bijik sama itu Mamak cucu Yindia duduk"...hmmm...maka sah ler, aku memang ada kembar kat India nun...hahaha...Menurut mamak yang baru ni, Tok Wan aku tu balik India sat sebab sedara dia sakit....hehehe....

Bercerita pasai kembar kat India, teringat pulak incidence masa pi umrah few years back. Kami kene transit kat Bombay naik Air India, semasa aku hulurkan ticket kat one of the air stewardess, dia menunjuk ke arah laluan ke sit aku sambil bercakap dengan aku dalam bahasa Hindi...hahaha...tetiba masa tu aku rasa aku ni ada iras2 Pretty Zinta la plak (perasan ler tu), then dalam flight aku kena usik dengan hero India yang mukanya macam Kamal Hassan, sampai tak aman aku nak duduk..aku wonder, agaknya ada ker tak salasilah family aku dulu2 yang mai dari India?

Saturday, April 24, 2010

HONESTY PAYS, but...

Satu hari Ustazah Azizah datang ke kedai...bought something, sembang2 for few minutes, dia pun balik. Ustazah ni buka kelas Qiraati dekat2 premis aku jugak.

Selang 10 min Ustazah keluar, ada another customer masuk ( kita panggil dia Makcik A), tak pernah nampak dia sebelum ni..means bukan regular customer aku, dia ceritakan masalahnya, dan semasa tengah prepare ubat2 yang nak dibeli, masuk another customer lelaki (kita panggil dia Abang Adik).

Abang Adik ni regular customer, a nice man who love to help people around him, suddenly Abang Adik tunduk mengambil sesuatu kat depan kaunter.

Abang Adik : Laa...duit jatuh ni, huh..banyak ni RM 250 ( terus dia pass to Makcik A, yang kebetulan memang tengah membuka purse untuk membuat bayaran).

Makcik A : Hah...terimakasih...( sambil tangannya seperti menunjukkan isyarat berdoa menadah langit mengucapkan syukur, terus memasukkan duit tadi ke dalam purse).

Aku pulak terkedu, dalam hati ada strong feeling yang duit tu bukan milik Makcik A, macamana Abang Adik pasti yang duit tu kepunyaan Makcik A...tapi tak boleh nak buat apa2 sebab duit dah bertukar tangan dan selamat berehat dalan purse makcik A.

Aku : Hmm...banyak kali jadi lagu ni, customer tercicir duit, antara yang saya ingat sorang pakcik cicirkan wallet yang penuh dengan not 50...punya ler tebal, pastu ada makcik cicirkan RM 100. Kalau kami jumpa biasanya kami simpan...bila depa ingat dan boleh agak kat mana depa cicirkan, biasanya depa call tanya dan mai ambik. Bukan apa, nak kena pastikan juga, takut sat lagi orang lain hilang duit...orang lain yang dapat. (statement nak hint Abang Adik, kut2 duit tu bukan Makcik A punya).

Makcik A terus berlalu, then aku prepare pulak apa yang Abang Adik nak beli...sambil kami bercerita tentang isu tadi...aku tak berani pulak nak say out apa aku rasa...sekadar ceritakan insiden2 yang terjadi sebelumnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Lepas 30 min...telepon berbunyi, terdengar suara Ustazah Azizah di hujung talian.

Ustazah Azizah : Ada terjumpa duit tak kat dalam kedai? Tercicir duit budak2 bayar yuran tadi RM 250...rasanya tak pi ke lain lepas balik dari sana.

Aku : Hah..saya dah agak dah...memang ada duit jatuh, Abang Adik jumpa kat depan kaunter, tapi dia bagi dekat sorang makcik yang kebetulan tengah nak bayar duit...agaknya dia ingat duit tu jatuh masa makcik tu buka purse...dan makcik tu pun ambik jer.

Ustazah Azizah : Alamak...Rm 250 tu, rasanya jatuh masa saya ambil talipon dari dalam purse, tau dak kat mana makcik tu duduk?

Aku : Tak tau pulak, cuba Ustazah tanya Abang Adik..kut2 dia kenal, sebab dia memang asal sini...

Lepas peristiwa tu, Abang Adik cari jugak Makcik A, tapi tak sampai hati nak minta...sebab Makcik A buat tak tau jer...Ustazah Azizah pulak berputih mata. Aku pulak jadikan peristiwa tu sebagai pengajaran...next time kalau ada orang cicirkan duit, kene betul2 pastikan pemilik sebenar (susah juga nak buat tu), sebelum pulangkan kepada sesiapa yang berkenaan. Pelik juga bila fikirkan orang2 yang sanggup mengambil something yang sah2 bukan milik mereka...kalau tak ada sifat jujur dan amanah dan yang paling penting tak takut kat Allah, macam2 orang boleh buat.

Honesty pays, but it don't seem to pay enough to suit some people.

Wednesday, April 21, 2010

NASIB SI IBU


Tadi ada regular customer, a Chinese woman aged about 60 plus, datang ke kedai. Maknya ni tinggal dekat2 situ juga dan baru kematian suaminya lebih kurang 4 -5 bulan lepas. Terketar2 jalannya bertongkat.

Staff : Auntie, apa kabar, mau beli ubat apa?

Auntie : Hang tolong cek aku punya darah, ada tinggi ka? Pasai apa aku rasa pening saja. Ada anak 8 orang...satu orang pun tak senang mau bawa aku pi hospital.

Staff : Auntie duduk sini, pelan2 naa...itu anak semua sibuk kerja kut. ( sambil mula memakaikan cuff ke lengan Auntie tadi)

Auntie : Bukan semua kerja, tapi satu orang pun tak senang, kalau ada orang tua (suaminya) dulu, aku tak susah macam ni. ( Ada air yang bertakung di kolam matanya, dan suaranya juga menjadi sebak).

Staff : Auntie punya darah okay, tak tinggi pun...mungkin sekarang panas sangat, itu pasal Auntie tak selesa...balik nanti kasi rehat cukup2 nanti pening boleh hilang.

Auntie : Banyak terimakasih, ada anak ramai2 pun...satu orang pun tak mau tolong sama mak. (Sambil berjalan dengan Quad cane, dia tak habis2 membebel tentang anak2nya, kesiannnnn....)

Zaman sekarang, tak kira bangsa apa...ramainya anak tak semestinya menjamin hati ibu akan lebih terjaga di hari tua. Keperluan hidup di zaman sekarang lebih berpaksikan wang ringgit, jadi masing2 sibuk bekerja untuk mengumpul harta...hingga kadang2 hati ibu terlupa untuk dijaga. ( Peristiwa yang memberi peringatan untuk aku juga....)

No one in the world can take the place of your mother. Right or wrong, from her viewpoint you are always right. She may scold you for little things, but never for the big ones...she may feel like being neglected but will forgive you anyway....

Monday, April 19, 2010

MUFFIN COKLAT CIKNA


Aku ni mmg tak berapa rajin masak ( hee..saja tak mau guna perkataan malas), especially kalau ingredients masakan tu payah nak cari dan method nya pun messy sket...pakai kirim salam ler. Aku cuma masak bila rasa nak masak dan yang sempoi2 jer. Tapi aku mmg suka semua yang bercoklat..bercoffee, dan manis...

Selalunya kalau rasa nak makan beli ajer ler...tapi baru ni tengok ada resepi muffin coklat dalam blog Cikna..ie, Story of cooking, food and family tu. Nampak mudah dan bahan2 dia pun within reach jer. Kata Cikna resepi mudah...sambil pejam mata pun boleh buat...tapi masa aku buat, aku tak pejam ler mata...pasai kene tengok resepi (hahaha...).

So...hari ahad, aku pun membaking ler....Hmmm, sedapnyer, buat kudap-kudapan mak aku and family. Sapa nak resepi, klik kat sini.

Friday, April 16, 2010

POEM : My name is holy Quran.

Ada kawan emel poem ni untuk aku, aku publish kat sini untuk renungan bersama....jom layan.


Holy Qur’an is my name
I’m a book in elegant prints
To know my name here are some hints

Rich in cover and nicely bound
I am found in every muslims home
But, in hearts of muslims I’m rarely found

High on a shelf, I am kept
Forgotten there, I am left
Sometimes they put me on dirty places
To dispel ghost and Jinn as they said
And forgotten there I am left too

With respect I do get lots of kisses after reading
But, my main point is what they always miss
Neglecting the messages inside me
At times I am used for phony swear
My true use is very very rare

A miracle I am that can change the world
All one has to do is understand my word
So, you must read me, learnt me
Look what I must told to you.

I have law
I have wisdom
I have treasure
So much so there is no measure

I am your savior
I am your guide
I am from Allah, The Creator of The Universe
I was thought by Prophet Muhammad p.b.u.h
And defended with tears and blood

Right from wrong is my fame
So, you must read me, learn me and told everyone the content of me
Because, Holy Qur’an is my name


Al-Furqan

Verse :1

Most blessed is the One who revealed the statute Book to His servant, so he can serve as a warner to the whole world.

Verse :2

The One whom belongs all sovereignty of the heavens and the earth. He never had a son, nor does He has any partners in sovereignty. He created everything in exact measure; He precisely designed everything.

awesome comments