Suatu hari, lokasinya...di sebuah premis perniagaan.
Tuan punya kedai (TPK) sedang melayan seorang regular customer, seorang makcik berumur dalam lingkungan lewat 50an dengan anak perempuannya masuk sambil menghulurkan sekeping kertas.
Makcik : "Cek, ni makcik nak tumpang tanya, pusat tution ni kat mana."
TPK pun mengambil kertas yang dihulurkan, dan melihatnya.
TPK : "Oh...yang ni kat atas makcik, tapi harinie dia tutup...Thaipusam."
Makcik : "Macamana, baguih ka depa ajaq, boleh paham ka?"
TPK mengerling ke arah pekerjanya (Ain) , kebetulan Ain perlu mengulang beberapa paper untuk SPM dan menghadiri kelas tution yang dimaksudkan.
Ain : "Ok jugak...ini cawangan dari Kepala Batas, ramai yang ambil tution dengan depa."
Makcik : "Ramai tak ramai tu bukan tentu dia ajaq baguih, kita nak quality...bla..bla..bla.." non-stop. TPK senyum jer...dalam hati, lain macam ceramah Makcik nie. Ain pun senyum...tak terkata. Existing customer berlalu sambil tersenyum.
Makcik : "Hampa tulung cek darah makcik, berapa hampa cas utk kencing manih dan darah tinggi."
TPK : "Untuk kencing manis RM 5 , dan percuma untuk darah tinggi...."
Makcik : "Awat mahai sangat, farmasi kat ujung sana yang makcik selalu pi, dia cas RM 3 saja. Nama kata bisnes Melayu, tang mana saja pun harga mahai, pasai apa bila pi kedai Cina lebih murah. Awat hampa dapat rega tak sama ka."
(Dalam hati, TPK : hmm...panasnya telinga, jawablah dengan berhemah.)
TPK : "Hmm... Makcik, nak cakap pun payah, kadang2 saya pun tak boleh pikiaq macamana depa boleh offer murah...sampai ada kalanya dibawah harga modal pun ada.
Ada sesetengah kes...depa dapat bonus tak resmi, ya lah yg membekal pun org dia jugak...ada masanya kuasa membeli depa lebih besaq dari orang kita, kita beli 10 kotak, depa beli 100 kotak jadi depa dapat bonus lebih...rega depa jadi lebih murah.
Orang kita pun kalau boleh dapat murah tak kan nak juai begitu mahai...tapi, yang sedihnya orang Melayu suka sangat nak hukum orang Melayu dengan tuduhan macam2. Bila kita masuk bisnes baru kita paham."
Makcik : (Sambil tersenyum) "bukan nak tuduh...tapi bila zaman ekonomi macam ni, nak jugak tengok poket kita...mesti nak cari yang lebih murah.
TPK : Saya paham (sambil senyum, maybe sedikit herot)... orang membeli, mesti nak yang murah, orang berniaga tak mau rugi pulak, kena ambil kira sewa, bil, nak bayar pekerja...dan macam2 lagi. Tapi, makcik masih ada pilihan nak beli kat mana...kami dah cuba bersaing cara sihat, setakat yang mampu.Kalau melayu juai mahai sikit sekurang-kurangnya rezeki yang dia makan dimulai dengan bismillah, lepas tu bila cukup haul depa keluaqkan zakat..."
Makcik senyum sambil berjalan keluar dari kedai.
TPK rasa guilty pulak...tak bagitau, dah ditanya. Bila dah dibagitau...macam nak marah ler pulak. TPK pun tak tau wajar ker jawapan yang dia beri atau dia menjawab secara emosi. Tapi isu itulah yang selalu dibangkitkan oleh customer2 yang sebangsa dengannya. Bukan mudah nak bersaing dengan bangsa yang mahir berniaga sejak berkurun lamanya. Ibarat kata, depa dah berlari maraton, kita baru nak bertatih. Ditambah pula dengan kemampuan kewangan yang terbatas...kami bersaing setakat yang termampu.
Antara apa yang kami lakukan untuk overcome the problems...kami berkongsi between friends, dengan membeli secara pukal...tapi masalahnya bukan semua barangan boleh dikongsi. Ada yang outlet A gunakan, tapi outlet si B tidak. Buat sementara nie...apa yang boleh dikurangkan harganya untuk setara dengan pesaing...kami beri, kalau tidak, terpaksalah menyerahkan pilihan membeli di tangan pelanggan...disamping menadah telinga dan menahan emosi.