A scribble of my mind and heart.....

Monday, August 16, 2010

NOSTALGIA

Pejam celik-pejam celik, dalam dok menghitung hari nak puasa, tau2 dah masuk tujuh hari kita melalui Ramadhan.

Puasa selalunya mengimbas banyak nostalgia dulu2, almaklum bila dah hampir separuh abad menghuni dunia yang nyata dah semakin tua ni...tentunya banyaklah yang kita kutip sepanjang menyusur laluan hidup. Kalaulah mampu dibukukan..mau lengkap satu buku.

Nostalgia berpuasa masa kecik2 tu lah yang paling indah, belajar puasa dan cabaran2nya. Dahaga air jer, minum. Jumpa ketul gula merah, buka puasa (dulu2 ketul gula merah sedappp, macam coklat...maklum ler tak berduit nak beli coklat). Balik sekolah letih, buka puasa jugak. Pendek kata mula2 nak belajar tu, tak tahan cabaran.

Bila dah lama, Ok sikit, dan dah mula sayang nak buka. Berlawan dengan kawan2, siapa puasa paling banyak. Kadang2 bila tak larat sangat, baring jer waktu siang...kempis perut sama rata dengan lantai...tapi tetap bertahan. Kadang2 bila meronda dengan kawan jumpa lah buah2 kayu yang biasanya jadi makanan ringan yang ruji zaman dulu2, apalagi kutip dan simpan...kononnya nak makan lepas buka puasa la. Tapi bila dah berbuka...tak makan pun, last2 buah tu buruk jer dalam lemari....hehehe..funny arr

Antara buah2 yang kami suka dok kutip dulu2, contohnya macam kat bawah;


Ini Pokok Lemba, buahnyer dekat akar tu, saiz dan bentuknya macam anak berudu. Pokok Lemba ni biasanya banyak tumbuh dalam belukar kecik dan kebun getah. Kiranya buah ni macam terlekat kat mayang di perdunya, bila masak lebih senang ditarik keluar sebiji2. Buah yang masak rasanya manis...selalunya dulu2, kalau lepas makan buah lemba ni, pakat berebut pi cari air telaga. Air telaga tu akan turut rasa manis...


Penah dengar buah Jambu Bola? La ni macam susah nak jumpa buah ni...dah lama tak nampak di juai kat mana2. Gambar ni pun aku ambik dari blog somebody...terlupa nak jotdown, harap tuan gambar tak marah. Dulu2 pokok Jambu Bola ni tumbuh betoi2 kat tepi dapur rumah aku...within reach ler. Selalunya kami buat cicah dengan kicap campur gula...sedappp.


Abis tak ada apa nak makan, buah jambu batu pun buleh kutip simpan. Di keliling rumah memang penuh dengan pokok Jambu ni. Part memanjat memang takder masalah sebab aku ni kecik2 dulu memang pakar memanjat, seingat aku dua kali juga jatuh pokok..gedebuk! Sekali tu naik pokok janggus, lepas tu naik pokok rambutan. Alhamdulillah, tak ada kecederaan serius.


Selain dari buah2 ni, buah2 kayu macam buah Cenderai, buah janggus, buah keriang, buah Mokyu dan buah Gunchaq. Ini semua buah2an yang ada dikeliling kawasan kampung. Itu jer life yang kami ada dulu2, nak ke kedai beli sweet tak buleh...mana nak cari duit. Duit pun dapat masa nak pi sekolah jer...10 sen. Tapi 10 sen masa tu beli bihun sebungkus boleh makan 2 orang.
Hmm...bestnyer ingat zaman dulu. Sentiasa jadi bahan gelak bila dok kembali mengenang dengan family dan kawan2.

There is a garden in every childhood, an enchanted place where colors are brighter, the air softer, and the morning more fragrant than ever again. ~Elizabeth Lawrence

4 comments:

Anonymous said...

kepada pemilik blog...bleh tak saya tau mana nak dptkan buah jambu bola ni...cz sy mengidam sgt nk makn jambu ni...klo tlg belikan bleh x...sy teigin sgt ni nk mkn jambu ni...nnt sy krim duit kat kamu...series nie >_<

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Zahra,
Ish! Sedih pulak tau u mengidam macam nie... buah ni mmg dah lama tak nampak. Kat kampung pun dah tak ada. Sori, tak dapat nak tolong u. Agaknya pokok ni dah pupus kut!

mohdkhusairi musleh said...

rumah saya ada jambu ni, tapi mak panggil jambu kayu/ jambu keling..

mohdkhusairi musleh said...

rumah saya ada jambu ni, tapi kami panggil jambu kayu..

awesome comments