A scribble of my mind and heart.....

Friday, October 12, 2012

DRIVING...


Sudah 20 tahun lebih saya memiliki lesen memandu, dan sejak tu... memandu menjadi rutin harian saya. Saya ambil lesen masa kat USM, tahun 2... lepas tu lesen tu jadi penghias slot lesen dalam purse saya. Serius! Tak pernah drive kereta selepas habis ujian jalan raya.

Yang paling saya ingat, waktu tahun 3, third semester ( semester untuk repeat paper). Take note, saya bukanlah pelajar yang bright sangat, ada kalanya saya terpaksa mengulang. :) Okay, sambung cerita... satu hari, kawan saya, Kokna paksa saya drive kereta yang disewanya. Hum... saya termuntah kat tepi longkang sampai kene urut belakang. Betapa fobianya saya....

Lepas grad dan dapat kerja di Penang, saya beli Charade Aura (PBR 3459). Sebelum tu, saya ambik refreshing course dengan Abang ipar, Ba'om. Huh! Belarak taik telinga saya kene leter dengan dia, sebab enjin asyik mati bila saya sampai kat simpang. Tapi... akhirnya, saya berani bawa kereta sendiri.

Masa muda2 dulu, kira saya ni... pemandu versi Schumacher jugakla. Tapi la ni dah insaf... bawa kereta dengan kelajuan sedang-sedang ajer. Tak adalah 'makngot' macam sesetengah orang. Pernah dak rasa macam nak 'wallup' jer orang depan sebab bawa keta macam siput? Saya selalu rasa camtu... :P

Pernah masa keje kat SP dulu, saya membebel sebab terpaksa ikut satu keta Proton biru. Macam-macam saya kata, Makngot la, kura-kura la, siput la... cuba nak overtake tapi tak dapat. Tau-tau, dia koner masuk dalam area factory tempat saya kerja. Alamak! Itu MD saya. Mr Hegde orang India yang originate from India tu. Nasib baik saya tak hon kaw2 kat dia. Such a friendly and sporting boss. Dia belikan saya gelang tangan dengan 128 biji batu bata sewaktu bercuti balik kampong dia kat India. Terharu sungguh saya menerimanya. :(

Kalau kes warga emas macam Mr. Hegde tu, boleh la dimaafkan. Tapi setengah orang... dia pandu keta macam jalan tu, mak bapak dia punya. Suka-suka hati bawa keta macam dia sorang jer kat atas jalan. Macam dunia ni, hanya ada dia sorang jer... so, suka hati dialah nak lambat lagu mana pun!

Lain kali, kalau nak bawa pelan-pelan tu, ambik lane tepi, bagilah chance kat orang lain potong. Dia mungkin ada hal yang perlu disegerakan. Be considered, okay!

( Sekadar melepaskan kemarahan, sebab pagi tadi, ada orang bawa keta lembab gilerrr!!!)

Photobucket

No comments:

awesome comments