Chinese new year has just passed. Banyak yang terjadi masa CNY ni, yang bagus, yang tak bagus, yang beri saya point untuk difikirkan dan ada jugak yang buatkan saya sakit hati...
Nak tahu? Ada satu dua insiden tu, saya dah masukkan kat status FB saya.. so saya akan copy and paste jer ler...
Yang buatkan saya berfikir...
Second day CNY, one Chinese man came to my shop ( sindili bisnes, sindili kilija ma.. wa tatak cuti!)
Saya : Uncle, Happy New Year. masih Gong Xi Fa Cai arr?
Uncle : Haiya! Sikalang rayer tak seronok maa...
Saya : Ya la uncle, kita sudah tua. Itu raya budak2 saja seronok maa...
Uncle : Haiya! Itu budak2 pun talak seronok. Sana satu tengok henfon. Sini satu tengok Tablet. Lagi satu main game... cakap sama orang pun tak mau, mau ajak pi jalan2 visit saudara pun tak mau. Lu cakap arr... ada sama ka sama kita punya raya dulu-dulu? Kek sim ar...
Saya : (Geleng kepala) tak sama la uncle...
Haila... teknology, in one way, dia mendekatkan yang jauh. La ni kalau kat hujung dunia pun kita boleh tau orang buat apa. But in other way... dia menjauhkan orang yang dekat.... macam kes uncle tadi. Bukan uncle tadi ajer... rasanya dah menjadi masalah communication dalam isi rumah... :)
Ini komen dari kawan-kawan,
Komen dari Nik Fauziah, Ratu Bulan, Wan Fatimah, Norsalina dan juga Ika Madera...
Saya suka point dari Kak Melati ( kami punya tarikh lahir yang sama :) ) Dan tersenyum dengan komen Lily Hassan.
Yang buat saya sakit hati,
Sudah jadi rutin, bila CNY... saya akan terima banyak kunjungan daripada anak2 muda bangsa sendiri yang datang berbondong-bondong mencari bekalan ubat batuk. Orang ambil ubat batuk untuk batuk, depa ambil ubat batuk untuk rosakkan diri. Pandai pula dia sebut nama2 ubat batuk di pasaran... biasanya, itu muka2 yang saya tak pernah nampak sebelum ni. Maklumlah supplier depa tutup kedai...
Yang geramnya, dia siap komplen harga saya mahal dan bagitau yang dia boleh dapat dalam quantity 72 botol at below my cost price... siap cakap dia selalu antar ke KL untuk kawan-kawannya. Pelik! Sangat pelik! Because we are not supposed to sell at bigger quantity like that in retail!
Sakit hati dan sedih sebab 'orang yang supply' untuk dia tu dapat untung, dia pulak rosak kan diri sendiri dan juga tanam saham untuk rosakkan kawan-kawannya... Lepas tu siap perli dan kutuk saya pulak tu, sampai ke tahap ofer nak supply saya pulak ubat batuk tu!
Jawapan saya mudah! I'm not interersted, especially in something that will ruins my anak bangsa's life!
Yang buat saya serba salah...
Sorang customer datang pada saya ( tak pernah nampak dia sebelum ni). Dia nak beli barangan seperti vitamins dan lain-lain. Tapi mahu saya keluarkan resit pembelian atas barangan lain (itemized with medication name). He said he is entitled for certain amount of medical benefit but the receipt is only valid for medication purposes.
Permintaan dia buat saya berfikir lama. Lebih-lebih lagi... he said it will worth few hundreds ringgit. One more thing, I dont like and dont feel good every time I need to turned other people down. Dalam masa yang singkat tu, saya lebih berat ke arah tidak memberi. Al maklum, dosa saya yang secara tidak sedar pun berlambak-lambak, saya fikir... saya perlu elakkan apa saja yang shubhah yang boleh di elak...
Jawapan saya memang ler tak dapat diterima beliau, ada jugalah perkataan yang keluar yang buat saya tersentap. Tapi tak apalah... saya terima!
Yang buat saya senyum,
Satu jer... sepanjang CNY, bisnes saya lumayan.... ALHAMDULILLAH!
Never blame any day in your life, good days give you happiness. Bad days give you experiences. And worst days give you a lessons.
No comments:
Post a Comment