Hari ini hari yang sedih. Hari yang sensitif... rasa macam nak lari masuk dalam gua dan membalut diri di celah-celah batu... berhibernasi. Atau kalau boleh, nak pi dekat gaung dan nak jerit kuat-kuat. Biar suara itu bergema semesta alam....
Hari ni, hari ulangtahun kelahiran adik yang tercinta. Adik yang kuat jati dirinya. Adik yang kekar semangatnya. Adik yang sedang berjuang dengan penyakitnya. Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk dia. Dan semoga rahmat Allah melangkau kemungkinan-kemungkinan yang tercatat di dalam kitab perubatan. Saya sayang dia. Sayang sungguh2!
Semalam, dapat berita Oyen, stray cat yang saya beri makan selama dua tahun selepas dibuang di depan kedai ( dari 2010-2012). Kemudian dia tiba-tiba hilang... tanpa nampak kelibat dia di mana-mana... Dia sudah berhenti menunggu saya datang kerja. Dia sudah berhenti berlari sambil mengongoi teriak minta makan...
|
Oyen, masa masih sihat, gambar 2012 sejurus sebelum hilang... |
Dan tiba-tiba dua minggu lepas, selepas 2 tahun hilang, dia balik. Balik dalam keadaan daif sangat. Perutnya berlaga... kempis. Jalannya teroleng-oleng, kakinya macam tak kuat. Saya bawa dia masuk ke dalam kedai, seminggu jugak dia sempat duduk kat dalam, dan 5 hari lepas, kaki depannya tiba-tiba kejang. Tak boleh bergerak langsung.
Tak tahu nak buat apa, saya bawa ke vet. Dr kata, dia cuma boleh mencuba... dan saya tinggalkan dia di sana. Semalam, saya dapat berita... Oyen sudah tiada...
Hmm... macam tu lah kan, kalau kita buang kucing dengan menganggap ada orang lain kesian dan beri makan, saya rasa, dalam kes Oyen... kita silap. Oyen tak akan begitu daif keadaannya kalau ada orang sukarela beri dia makanan. Tentu dia terpaksa menyelongkar tong sampah untuk dapat makan. Kesian...
Masih sedih...