Salam Aidil Adha....this year tak buat korban pun, aku termasuk dalam golongan orang2 yang lupa dan alpa, harap2 sempat buat korban di tahun hadapan (hmm...kalau umur panjang). Raya Haji biasanya disambut sederhana, tak buat apa2 biskut...tapi ketupat dengan kari daging tu kira wajib ler. This raya buat mee Kari, aku tak masak...Kak Mun yang buat, sedap sampai kene buat lagi kuahnya sebelah petangnya sebab ada yang tak sempat makan...tu pun kira licin jugak.
Dua hari sebelum raya...hari rabu, bila balik malamnya...aku dapat tau yang my bro in law dah bawa 2 ekor kucing untuk dibuang, tak sanggup nak tanya yang mana tapi sah salah sekor tu Teh, kucing betina yang kami pelihara sejak kecik lagi...dan dah lima kali beranak. Tiap2 kali beranak anak dia mesti empat..dia lah yang menambahkan polulasi kucing kat rumah. Dah banyak kali aku dengar kakak bersungut nak buang...aku cuba pujuk jugak, katakan yang kesian kalau buang takut dia tak pandai nak cari makan sendiri, takut dilenyek kereta jer dan macam2 lagi. Tapi nampaknya kata2 aku tak dapat diterima...depa dah tak tahan sebab lately bila dia beranak anak2 dia dah tak mau susukan...so at last semua mati. Tak tau macamana nak cakap perasaan aku...sedih sesangat...huhuhu...asyik dok teringat nasib si Teh tu. Tak ada mood nak beraya...nangis jugak aku, hmm...entahlah, teruk sangat ker aku ni????
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taju...
9 years ago
2 comments:
Salam kak mawar,
saya faham perasaan akak,
perangai saya lagi pelik, tiap pagi bangun tidur dan bila balik dari opis mesti cari Boboy...
lebih dari kekasih hati tu.
apapun sama - sama kita berdoa Teh dapat tuan yang sayangkan dia.
Salam Terrarosa, thanks...sedih tak abis lagi...tapi terpaksa menerimanya, Hee...'orang istimewa' nanti mesti jeles abih ngan Boboy...
Post a Comment