Lukisan ini aku hasilkan dah lama...masa belajar dengan Eddy, lepas tu dok tidur kat dalam bilik jer tak framekan. Dua tiga minggu lepas masa Ayu mai kedai dia cakap kalau next time dia mai lukisan ni masih kat situ jugak...dia nak kidnap bawa balik S.Alam. Apa yang Ayu cakap menyedarkan aku dari sikap bertangguh kerja...maklum ler bila takder kepentingan, tak terasa nak buat cepat2.
Aku pernah hantar photo utk frame kat satu kedai frame melayu, dia ambik masa 2 bulan nak siapkan, pastu hasilnya kurang memuaskan. Walaupun ada pengalaman yg tak berapa menyenangkan tu, tapi aku masih nak bagi peluang kepada bangsa aku kembangkan bisnes. kalau kita tak tolong bangsa sendiri macamana bisnes org kita nak berkembang. Pengalaman bisnes sendiri buat aku sedar banyak perkara dan kekadang kecewa dengan penerimaan orang kita sendiri.
So..kebetulan aku terjumpa satu kedai frame orang melayu kat K. Batas. Jadi aku pun hantar ler lukisan ni kat situ...I was a bit skeptical and not feeling very happy about their service on that particular day, bila aku hantar lukisan aku yg ada sentimental value tu, he doesn't know how to give a good suggestion on how the best way to framed it (atau dia malu kat aku kut...pasai dia mcm malas nak cakap..hee..)...pastu dia tak bagi resit pun. Dok pikir jugak aku...macamana dia nak tau sapa hantaq barang apa, nanti ada orang bekenan kat lukisan aku...dia ngaku dia punya macamana...sapa nak jawab??? Hee...macam ler lukisan aku cantik sangat...Bila nak balik aku tanya "bila boleh ambik?", dan dia jawab "dalam masa dua atau tiga hari", dalam hati aku cakap hmm..."betul ker? tah2 siap lepas 2 - 3 bulan", aku kata tu berdasarkan pengalaman lepas.
But suprisingly....about 9:15 pm, on that very same day, aku dapat sms dari kedai frame tu mengatakan frame aku dah siap. Bila aku pi ambik dia siap interview aku macamana aku hasilkan lukisan tu ( mix media painting) dan dia offer suruh aku hasilkan lagi sebab dia nak pasarkan...katanya tak banyak lukisan yang gunakan teknik macam tu kat sini....hee...terharu aku...dan yang lebih terharu, aku tengok hasil buatan frame tu amat memuaskan....dan aku rasa malu dengan diri sendiri bila kenangkan apa yang aku fikir sebelum nie.
So...as a conclusion, cuba beri peluang dan sokongan pada bangsa kita memperkembangkan perniagaan, jangan pandang rendah dengan kebolehan mereka....kalau setakat mahal sikit2, pejamkan jer lah mata. Sejak terjun dalam bisnes aku lebih faham masalah orang kita, untuk bersaing dengan bangsa lain dalam bisnes memang sakit, disamping kekadang peniaga diberi harga yang berbeza, orang kita berdepan dengan masalah kekurangan modal untuk membeli secara bulk bagi mendapat harga yang murah....
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taju...
9 years ago
6 comments:
salam kak mawar...
jelesnya dengan bakat yang kak mawar ada ,
tak semua orang ada kelebihan itu,
apa lagi curahkanlah banyak - banyak biar menjadi gambar yang aman damai :D
kak packy..lukis lg ye..dah ada bakat tu, gunakan..nanti, kalau pindah rumah baru..InsyaAllah..lama lg..kita pun boleh jd customer..
bangga gitu..nanti, kalau org tanya, sapa lukis ni..kita jwb..kawan kita..pharmacist cum artist..
dulu sy suka buat crostis.. smpai tak larat nak frame.. akhirnya sy jual tanpa diframe... ada 1kedai sy selalu hantar kat BM.. apek tu dah tua dah, sepk dah berlapis .. tp kejanya kemas..
terma kasih melawt BS.. dtng lagi ya.. bawak la buah tangan... ngeh3x...
Salam Terra,
Thanks..bakat anugerah Allah, yg jadi masalahnya...tuan punya diri kurang memanafaatkannye. Insyallah lepas ni maybe akan cuba praktis semula.
Kiah,
Hehehe...u buat lawak ler, kalau kiah nak tempah, kene tempah awal setahun....sebab sah2 lama baru siap.
Salam Kuina,
Timakasih dtg jengok umah akak. Dulu2 suka gak buat cross-stitch, tapi semenjak dua menjak dah tua ni, mata pun dah pote...
Nanti aka link blog Kuina..boleh kan!
Post a Comment