A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, November 17, 2009

CONFIRM...TIPAH TERTIPU


Ingat lagi entry aku pasal tipah tertipu dulu...dah tak ingat bulan berapa, tapi tentang cerita sorang regular customer yang mai kedai aku dalam keadaan terdesak. Dia menangis mata merah dan cerita tentang bapak dia yang meninggal dunia kat Baling. Dia minta pinjam RM250.00 dan sebagai cagaran dia bagi aku gold button ear ring, untuk aku simpan hingga dia mampu bayar...dia akan ambik balik ear ring tu.

Sebenarnya masa aku bagi dia pinjam duit tu....aku bukan percaya dia 100 peratus, tapi aku bagi juga atas 3 sebab, iaitu pertamanya dia regular customer aku sejak 10 tahun dulu, keduanya dia terdesak dan dalam keadaan yang amat memerlukan dan ketiganya...aku tak sampai hati nak kata tidak.

Walaupun aku mushkil samada button ear ring tu genuine ker tak, aku bagi jugak duit tu dan dia janji nak bayar balik in two weeks....which is nampak gayanyer....hampeh. Walaupun dia regular customer aku begitu lama dan aku selalu nampak da berniaga air kelapa muda kat gerai tepi jalan somewhere near my shop...tapi right after that, he was kind of like missing in action, sekali dengan gerai dia...hehehehe....

Setelah lama simpan ear rings tu dan tak berani nak confirm keasliannya...dan walaupun aku ada rasa 99% dah di tipu, tapi baru2 ni Kak Ros minta nak buat confirmation, sebab kebetulan dia nak ke kedai emas......

Keputusannya....confirm! Tipah tertipu, dan aku hanya mampu tersenyum......

5 comments:

rokiahismail said...

confirm..
org yg lembut hati ni susah bebeno nak kata tak..samala kita..tak bg pinjam, serba salah..bila dah bg tu, dia boleh buat dek je..mcm tak pernahpinjam duit ngan kita pun...hei..tak paham, ada juga manusia cam ni..nak mintak, segan walaupun duit kita...

Watierman said...

Ha baru nampak update....kena akak tukar link jugak kat blog Akak Dik ooi....Yg kena tipu tu sebab dugaan tuhan..insyaallah lebih besar yang akan Allah gantikan....!

umi_e said...

salam... halalkan je lah...
:)

Packy @ Mawar Merah said...

Kiah,
Hee...nak wat camno....sajer jer cerita kat sini, dah halalkan, dan moga setiap sen itu mampu memberi kesedaran pada dia...Amin.

Packy @ Mawar Merah said...

Kak Watie and Kak e,

Alhamdulillah...saya tak der rasa nak marah..dan berlapang dada, saya halalkan sebagai sedekah ajer...hee..sebab tu saya kata mampu tersenyum....heee...heee...

awesome comments