Selama aku involved dalam line retail nie, kene berinteraksi dengan ramai orang dan bermacam ler pulak perangai. Ada yang biasa2 jer, ada pulak yang menguji kesabaran aku...kadang2 sampai tahap mengganggu emosi aku seharian especially kalau masalah dengan customer tu terjadi awal pagi...alamatnyer sampai ke petang ler aku moody.
Tapi semua tu memang asam garam orang berniaga...it comes as a package when you start a retail business. Kalau sakit hati sangat aku tepon jer kengkawan mencurah perasaan, depa lah jadi penyejuk hati sebab kami sama2 faham kerana semestinya mengalami masalah yang sama sekali sekala.
Tapi dalam banyak2 perangai orang, yang paling aku tak tahan dan betul2 menguji kesabaran aku dan buat hati aku mendidih ialah bila ada customer lelaki yang menegking dan marah2 isteri depan aku dan depan ramai orang. Kalau ikut hati aku rasa cam nak marah dia balik...tapi sebab aku sedar diri yang aku ni kecik jer dan kuat nangis pulak....hehehe...aku diamkan diri jer, tapi mata aku akan pandang dia setajam yang aku mampu...tu sebagai isyarat yang aku tak suka apa yang dia buat.
Dulu2 masa aku mula masuk retail line, ada sorang customer aku tengking2 wife dia sebab wife dia nak beli Imedeen, siap keluar perkataan yang tak sepatutnyer...naik merah telinga aku dengar. Dia tengking wife dia macam pompuan tu orang suruhan dia. Masa tu aku muda lagi...aku tak tau macamana nak kontrol kemarahan aku, walau macamana pun aku pulak bukan ler kaki gaduh...so, aku cakap ngan customer tu "Encik kalau tak mau beli pun tak pa...jangan gaduh kat sini boleh tak? pastu, aku terus tinggalkan customer tu then suruh staff aku take over sebab aku takut aku boleh berubah jadi 'Incredible Hulk'....hehehe....
Lepas peristiwa pertama tu, banyak kali juga aku encounter peristiwa yang sama, kadang2 sebab sekecil2 benda macam nak beli puting botol susu pun, isteri kene tengking. Hish!...rasa cam nak debik jer, apa depa ingat isteri depa tu hamba sahaya ker, kalau nak marah pun tunggu ler balik rumah dulu...tolong ler jaga air muka isteri kat depan orang. Kalau bukan depan orang pun isteri bukan untuk dimarahi atau ditengking, tapi untuk disayangi dan dibuat teman hidup suka dan duka. Aku suka ayat yang di emelkan kawan aku nie, sesungguhnya setiap yang Allah jadikan itu bersebab....hayatilah ayat2 kat bawah nie.
"Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari tapak kaki untuk dipijak, tetapi dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada lelaki , berhampiran dengan lengan lelaki untuk dipertahankan dan dilindungi juga dekat dengan hati lelaki untuk disayangi."
8 comments:
salam kak mawar..
nik stuju ngn kak mawar. mmg tak patut lah marah2 dpn org. jagalah air muka..tak baik malukan org, tk kiralah sesiapa apatah lagi isteri. Bagus gakk kak mawar boleh sound..at least bagi depa sedaq sket...
heheh emo lah plak!
kalau aku bagi je sedebik. Mcmana nak jadi ketua keluarga dan melahirkan anak-anak yang bermaruah kalu bapaknya gitu.
berdebik-debik pun tak pe.
kak packy,
masa kita kat lipis dulu..ada one couple..warga emas..tapi, lovingnya..seronok tengok..tiap kali dtg farmasi, mesti dia suggest kat wife dia beli mcm2..dari vitamin ke cosmetics..sampai wife dia menolak2...best kan tgk couple cam2..
Nik,
Kalau mampu bukan setakat nak sound, tapi nak debik sekali...hehehe..cewah, tingginya angan2....
KakCik,
Sedebik pun aku tak berani...aptah lagi berdebik-debik...kik..kik..kik..
Miss u ler Cik.
Kiah,
Yer ler, kat sini pun ada satu couple macam tu, kalau tengok couple macam kiah kata...terasa rugi pulak sbb masih sendiri...hahaha....
Tapi kalau tengok yang macam dok menengking bini tu....hmm...lebih baik ler aku dok sorang2, tak sakit hati dan makan hati....
Tak pernah pulak encounter customers yang tengking2 wife. Kalau buat kat depan zura, maunya kena tengking dia pulak or katok kepala ja haha..
Hee...kat sini dah byk kali, terbaru pasal nak beli puting botol...2 mggu lepas, tu yg teringat nak tulis pasai ni, terkulat-kulat ler bini dia menanggung malu...sib baik masa tu ramai customer, kalu tak rasa cam nak bahasakan dia tu....muda2 lagi dah marah bini, lama lagi ler jawbnyer bini nak kena lalui semua tu kalau dia idup sampai tua....
Post a Comment