A scribble of my mind and heart.....

Monday, January 25, 2010

HIMPUNAN KEBAIKAN dan NONET

Hari Ahad masa mengemas buku2 dan kitab2 lama...aku terjumpa photocopy buku 'Tiga Hizib Wali Qutb', kalau tak silap dah 3 atau 4 tahun dalam simpanan aku ( hmm....simpan jer ). Masa dok belek2 isi kandungannya, aku terjumpa kata2 ni yang aku tulis di kulitnya...tak tau ler aku copy dari mana....tapi aku publish kat sini, maybe sekadar renungan dan untuk difikirkan. ----------------------------------------------------------------------------------------------

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara iaitu, Percakapan, Diam, Pandangan dan Gerak.

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.

Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.

Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.

Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan adalah kosong.

Semoga Allah merahmati hamba-Nya yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebaagai tafakkur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan serta tangannya manusia mendapat kesejahteraan.

Antara kata2 hikmat HABIB ABDULLAH AL-HADDAD

" Tumpukanlah perhatian kamu kepada urusan hati kamu, buktikan perkataan kamu dengan amal kamu, dan amal kamu dengan niat dan ikhlas kamu, dan niat serta ikhlas kamu dengan menjernihkan dalaman kamu dan memperbetulkan hati kamu, kerana hati adalah asal dan dialah tempat putaran segala-galanya. Sesungguhnya Allah hanya menilai hati dengan niat kamu"
---------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam kemas2 sikit kat bilik, ubah kedudukan gitu gini...dalam dok sibuk angkat barang and so on, Si Nonet (my cat) pun sibuk sama dengan orang...masuk keluar, melompat-lompat dan being very playful...bila malam dia kepenatan, sambil aku tengah surfing kat internet...tetiba terdengar bunyi srrrr..soh...seh...soh...seh...rupanya, akibat keletihan Nonet masuk tidur dalam plastic bag...hahaha......lawak larr, bukan main nyenyak Nonet tidur....

3 comments:

nik fauziah said...

kak mintak izin nak copy 4 kebaikan tuh..terima kasih atas perkongsian ilmu nih..

tomei2 btol si nonet tu..geram tgk.. tp nik dh kurang suka bela kucing..padahal dulu zaman budak2 banyak bela kucing. Sekor tu nama tokki..cerdik sgt. smpai tua baru mati..pastu ada lagi bela banyak kuncing dan depa mcm2 kerenah..ada yang suka makan durian, ada yang suka makan timun dan jagung..

Packy @ Mawar Merah said...

Nik...copy ler, apa saja yang untuk kebaikan tak yah minta izin. Kak pun copy dari mana tah....

Hehehe....Nik, mmg geram tgk Nonet tu, dia ni spesis kucing sombong. Dulu2 ada jugak sekor kucing tu suker makan doyan...funny kan. Actually bela kucing ni mcm terapi minda, macam Nik bela ikan gak laa...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kak..
ikan2 nik sumer dah mati!! huhuhu
motor penapis rosak!
la ni malas nak kisah dulu...merajuk sat!

awesome comments