A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, April 14, 2010

AYIS GO TOOL

This is my youngest nephew Harith Aiman atau nama glamer dia Ayis go tool...sebabnya masa dia baru boleh bercakap dan baru dapat beg sekolah...hari2 dia cakap ' nak go tool'. Almaklum ler, adik aku ie mak dia, dan bapa dia guru sekolah.

Ayis lahir pada hari yang sama S. Muzafphar naik ke angkasa lepas, so masuk bulan ni...umurnya dah 2 tahun setengah. Ini ler permata hati semua orang kat rumah...apalagi bebudak tengah nak explore hidup, sarat dengan macam2 keletah yang mencuit hati. Antara kegemaran Ayis ialah bergambar dan menyanyi. Contohnya, gambar kat sebelah ni, masa kami sibuk dok bersembang, dia lari berdiri kat tengah parking lot dan panggil aku 'kat cini pulak' suruh snap gambar dia. Bab menyanyi pulak dia suka lagu Aliff ( jangan nakal) dan lagu Yuna (sebenarnya)...baru2 ni balik rumah aku dengar dia nyanyi lagu M. Daud Kilau...Senyumlah Cik Mek Molek. Hahaha....sakit perut aku gelakkan dia. Kalau dia suka sesuatu lagu, jangan ada sesiapa nak tumpang nyanyi lagu tu...habis dia sergah suruh berenti. Dalam bab menyanyi ni, dia turun mak dia ler, sebab adik aku memang suka menyanyi especially masa memasak kat dapur.

Lately Ayis dah discover hobby baru, iaitu main computer game, sampai mak dia tak boleh buka laptop. Geram betul tengokkan jari halusnya main mouse dan cursor, dan tahu pulak dia kat mana nak tekan, kat mana nak mula dan nak log out dari game dan computer. Video ni untuk tatapan Kak Ani dan anak2 sedara yang dok jauh...jom layan...

2 comments:

Nabella said...

Tak lama lagi..Amin pun camnilah...la ni dia dah pandai buat bunyi mulut..pangge burung...pas tu tarik tangan orang suh tnjuk burung..x kiralah sapa2 yg dukung dia kat luar...

Packy @ Mawar Merah said...

Hee..Cikna, aku suka tengok Amin yang ceria dan active, rasanya dia mewarisi character hang yang gila2 tu. Nanti bila besaq, amin mesti ramai kawan....

awesome comments