A scribble of my mind and heart.....

Saturday, April 24, 2010

HONESTY PAYS, but...

Satu hari Ustazah Azizah datang ke kedai...bought something, sembang2 for few minutes, dia pun balik. Ustazah ni buka kelas Qiraati dekat2 premis aku jugak.

Selang 10 min Ustazah keluar, ada another customer masuk ( kita panggil dia Makcik A), tak pernah nampak dia sebelum ni..means bukan regular customer aku, dia ceritakan masalahnya, dan semasa tengah prepare ubat2 yang nak dibeli, masuk another customer lelaki (kita panggil dia Abang Adik).

Abang Adik ni regular customer, a nice man who love to help people around him, suddenly Abang Adik tunduk mengambil sesuatu kat depan kaunter.

Abang Adik : Laa...duit jatuh ni, huh..banyak ni RM 250 ( terus dia pass to Makcik A, yang kebetulan memang tengah membuka purse untuk membuat bayaran).

Makcik A : Hah...terimakasih...( sambil tangannya seperti menunjukkan isyarat berdoa menadah langit mengucapkan syukur, terus memasukkan duit tadi ke dalam purse).

Aku pulak terkedu, dalam hati ada strong feeling yang duit tu bukan milik Makcik A, macamana Abang Adik pasti yang duit tu kepunyaan Makcik A...tapi tak boleh nak buat apa2 sebab duit dah bertukar tangan dan selamat berehat dalan purse makcik A.

Aku : Hmm...banyak kali jadi lagu ni, customer tercicir duit, antara yang saya ingat sorang pakcik cicirkan wallet yang penuh dengan not 50...punya ler tebal, pastu ada makcik cicirkan RM 100. Kalau kami jumpa biasanya kami simpan...bila depa ingat dan boleh agak kat mana depa cicirkan, biasanya depa call tanya dan mai ambik. Bukan apa, nak kena pastikan juga, takut sat lagi orang lain hilang duit...orang lain yang dapat. (statement nak hint Abang Adik, kut2 duit tu bukan Makcik A punya).

Makcik A terus berlalu, then aku prepare pulak apa yang Abang Adik nak beli...sambil kami bercerita tentang isu tadi...aku tak berani pulak nak say out apa aku rasa...sekadar ceritakan insiden2 yang terjadi sebelumnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Lepas 30 min...telepon berbunyi, terdengar suara Ustazah Azizah di hujung talian.

Ustazah Azizah : Ada terjumpa duit tak kat dalam kedai? Tercicir duit budak2 bayar yuran tadi RM 250...rasanya tak pi ke lain lepas balik dari sana.

Aku : Hah..saya dah agak dah...memang ada duit jatuh, Abang Adik jumpa kat depan kaunter, tapi dia bagi dekat sorang makcik yang kebetulan tengah nak bayar duit...agaknya dia ingat duit tu jatuh masa makcik tu buka purse...dan makcik tu pun ambik jer.

Ustazah Azizah : Alamak...Rm 250 tu, rasanya jatuh masa saya ambil talipon dari dalam purse, tau dak kat mana makcik tu duduk?

Aku : Tak tau pulak, cuba Ustazah tanya Abang Adik..kut2 dia kenal, sebab dia memang asal sini...

Lepas peristiwa tu, Abang Adik cari jugak Makcik A, tapi tak sampai hati nak minta...sebab Makcik A buat tak tau jer...Ustazah Azizah pulak berputih mata. Aku pulak jadikan peristiwa tu sebagai pengajaran...next time kalau ada orang cicirkan duit, kene betul2 pastikan pemilik sebenar (susah juga nak buat tu), sebelum pulangkan kepada sesiapa yang berkenaan. Pelik juga bila fikirkan orang2 yang sanggup mengambil something yang sah2 bukan milik mereka...kalau tak ada sifat jujur dan amanah dan yang paling penting tak takut kat Allah, macam2 orang boleh buat.

Honesty pays, but it don't seem to pay enough to suit some people.

4 comments:

Anonymous said...

hemmmm....jangan diorang buat modus operandi nak ugut orang dah ler...cicirkan something dan kemudian pau orang tu...

el mariachi...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam El Mariachi, hopefully tak macam tu, sbb background both ustazah dan abg tadi...tapi kalau org lain nak copycat...takut gak. Lepas ni kene lebih peka ler saya nampaknyer...

Anonymous said...

bahaya tu buat premis awak untuk jadi crime scene...better pakai kamera litar...CCTV

el mariachi...

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...Csi is my favorite, tapi kalu sampai jadi crime scene takmo ler...dah penah kene rompak skali, nauzubillah, daei berulang lagi...

awesome comments