A scribble of my mind and heart.....

Monday, May 31, 2010

INGAT 'BURUNG MURAI'!!!

Tentu semua orang masih ingat pada iklan raya yang menyentuh hati, tentang bagaimana seorang anak memarahi ayahnya yang bertanya soalan yang sama (Burung apa?..burung murai) berulang-ulang, dan mesej yang cuba disampaikan di sebalik iklan tersebut. Waktu tu aku suka amat dengan iklan tu..amat menyentuh hati,dan tak menyangka yang aku akan melalui semua tu suatu masa nanti (hari ini).

Lately, for the past 2 months, memori mak dak tak berapa baik, dia akan ulang bertanya sesuatu tu berkali-kali, sedih aku tengok keadaan mak. Selain dari tu dia asyik ingatkan Kak Ani yang dah lama tak balik (atas sebab2 yang tak dapat dielakkan)...kebetulan Kak Ah yang tinggal dekat2 rumah akan melangsungkan majlis kenduri anak perempuannya, Anah. Dalam sehari mak akan ulang2 bertanya samada Kak Ani akan balik atau tak...may be lebih sepuluh kali. After sometimes, bila Kak Ani dah confirmed nak balik...dan kami berpakat akan ke KL fetch Kak Yam, Kak Ani dan Abang Din...mak akan tanya pulak.."Bila hampa nak pi ambik kak Ani?...pun berulang lagi. Sebagai insan biasa yang lemah...kadang2 aku rasa penat nak menjawab, namun...setiap kali aku ada perasaan macam tu...aku akan BERISTIGHFAR dan ingatkan diri aku, dengan berkata dalam hati..'INGAT BURUNG MURAI...INGAT BURUNG MURAI'...dan hati aku akan rasa lega dan redha, dan menjawab soalan mak dengan sabar...

Kadang2 Kakak2 aku ada juga bercerita sesama sendiri tentang soalan2 mak tu, dan depa pun kadang2 bersungut tak larat nak jawab...so, aku pun cakap kat kakak2 aku...kalau rasa jemu, atau ada rasa yang tak elok...INGAT 'BURUNG MURAI'. So, la ni...kalau bercerita tentang mak dan soalan2nya, dan kalau ada rasa2 yang tak sepaatutnya...kami akan sesama memperingati supaya.....INGAT 'BURUNG MURAI'......

Ya Allah! Kau ampunkan lah dosa ibuku kerana tiada insan lain di dunia ini yang lebih aku sayang selain dia, permudahkanlah hidupnya...kurniakanlah dia kesihatan yang baik, hati yang tenang dan gembira...serta kemudahan dalam beribadat....Ameenn....

2 comments:

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
tulah kan..bila pk2 kan..kurangnya sabar kita sbg anak..sdgkan mak sabarnya jaga kita!
Semoga Allah merahmati mak akak!

Packy @ Mawar Merah said...

Wassalam Nik,
Betul tu...apa yang kita buat utk dia hanya sekelumit kalau nak dibandingkan dengan apa yg kita buat, tu pun kita dah rasa macam besar sangat kononnya....
Alhamdulillah...Allah beri akak kesedaran dan boleh menghadapinya. Harap hidup mak dipermudahkan...insyaallah...

awesome comments