A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, June 2, 2010

KOREK REMIS...

Sunrise....snap kat depan rumah Isz

Sebenarnya dah dua tiga kali diajak oleh Isz untuk mengorek remis di pantai RnR BORR Bagan Ajam...tapi, tak dapat luangkan masa, all this while asyik tengok gambar yang Isz upload kat Fb jer. Last Sunday night dapat sms dari Isz, ajak korek remis..so, terpaksa korbankan aktiviti bergolek atas katil di pagi Ahad....Ok jugak untuk releasekan tension.


Pemandangan Indah
Bila sampai pantai...ramai jugak orang beriadah..dan cantik sungguh permandangan dan suasana pantai yang nyaman tu.....


Cantiknya...batu2 disusun sbg penghadang ombak..


Nampak jetty Pulau kat seberang.


Ada jugak yang memancing...


Cantik...aku suka



Korek remis

Selain Isz, kawan Isz.. Nadia dan anaknya Irfan pun ikut sekali, depa ni dah selalu buat aktiviti mengorek, siap bawa tools lagi ( yang bebudak punyer ler)...makcik2 bawa garfu original. Seronok mengorek pasir tu, tapi disebabkan dah kira lewat...tak banyak remis, kalau ada pun, mak oooiii...kecik come, besaq kelemboi. Rasanya lepas rebus...mau tinggai 'setoet'....hahaha.

Anyway, bukan nak makan sangat remis tu...sekadar me'release'kan tension jer, dan dapat menikmati dan menghayati suasana indah dan nyaman di pagi hari tu yang penting...jom layan gambar2 yang sempat dirakamkan....







Sand mould
Chu Isz kene dera dengan Irfan buat sand mould ...so, dia pun menunjukkan bakatnyer yang terpendam tu. Irfan pulak pandai mengajar, dia suruh ketuk2 dulu sebelum letakkan kat atas pasir....ni lah hasil kerastangan Isz...



Cantiknya ombak

Ada snap gambar ombak menghempas pantai...walaupun taklah sekuat dan seganas di laut lepas, cuma malu2 mengunjung pantai yang sempit....tapi tetap cantik. Lihat ombak bergulung, dengar alunannya yang berdesir lembut....mengundang ketenangan dalam hati....Alhamdulillah, atas kurniaan Allah yang tak terhingga, tapi kebanyakan mukabumi dah dirosakkan manusia atas nama keuntungan semata-mata.




Hmm...penat aku nak menyiapkan N3 ni, blogger upload image aku gelong sikit.....asyik tukar itu ini....pastu, Maxis pulak slow ajer these few days, rasa nak giveup jer.

6 comments:

faizlily said...

nasib baik tak give up, cantik gamabar2 tu, rasa cam nak pi sama. KF tak pernah ada this kind of activity, kalu cuba mau patah pinggang gak...
glad you're having fun...

kak cik said...

hmm... sonoknya. baca crita hang ni macam baca novel norhayati berahim plak. rasa elok hang pi berguru ngan dia belajar karang novel.

Packy @ Mawar Merah said...

Hee...Kak Cik..
Windu kat hang, memang sonok! next time hang mai Penang, aku ajak korek remis. Pasai aku nak tulis novel tu..hehehe..malu, belum sampai Pn Norhayati Berahim...kene scan dgn anak murid dia pun aku dah tak lulus...kene memperbaiki lagi tulisan aku, pastu kene byk baca novel lagi ler...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Kak Faiz,
Best larr Kak Faiz, boleh ajak Cikna buat activity ni kat pantai Bagan Lalang tu...tak pun mai la Penang, kita pi buat aktiviti pagi. The next day tu...baru rasa macam nak patah kaki...hehehe...tapi keseronokkan tu memang tak dapat dinafikan....

Nabella said...

best nih..kalau bawak Amin..meriah main korek2 ni..dia taktau lg aktibiti ni..

Packy @ Mawar Merah said...

Cikna...
Kalau bawa Amin mau dia kawad satu pantai tu...penat ler hang nak ligan....anyway, it's something really fun to do....aku pun tak penah buat aktiviti ni sebelum nie...adik2 aku ni depa adventurous sket..main keta control, main bowling, korek remis...aku ikut jer kalau ada masa.

awesome comments