A scribble of my mind and heart.....

Friday, August 6, 2010

NONET...tiada lagi...


Nonet hilang...masuk hari ni dah 4 hari. Selama ni, selalu jugak dia menghilangkan diri...tapi tak lebih dari sehari. Bila dia buat macam tu, aku selalu takut...takut suatu hari nanti dia akan hilang terus...macam Oyen, macam Atam atau kecelakaan macam Jebon. Dan hari ni, yang aku takut dan risau tu menjadi kenyataan.

Sedih...dan tak tau nak express rasa hati aku macam mana. May be untuk setengah orang, akan cakap, " Eleh, hilang kucing pun nak kecoh." Tapi itulah satu2nya kegembiraan aku, yang Allah pinjamkan selama 3 tahun lebih. Yang jadi bahan cerita, yang buat kami senyum...yang macam2 lagi.

Aku jumpa Nonet depan kedai aku, masih kitten masa tu. Nora selamatkan dia dari enjin kereta one chinese man. Kecik sangat, kalau aku temukan ibu jari dengan jar telunjuk...aku boleh pegang badan dia. Kesian! So aku bawa balik. Tapi...mak memang sangat geli dgn kitten, so aku tak boleh tinggalkan kat rumah. Last2, aku usung Nonet pi balik kerja. Kat kedai...aku letak kat belakang...ada ruang bersimen. Kadang2 while driving tu..dia buang najis dia..huh! busuk satu kereta, kena lah berenti kat tepi jalan...gantikan paper lapik dan buang 'perfume' tu...semua tu memory, yang dulunya buat aku senyum, tapi la ni kalau ingat tu...sedih!

Balik rumah kurung dalam sangkar, tiap2 pagi..buang najis dia. Teringat macamana dia akan lari mengekor kaki aku...macam tikus pulak. So, tiap pagi..aku pastikan cuci badan dan bontot dia kat sinki..rupa2nya, bila besar sikit dan dah boleh lepas bebas...jadi macam habit, bila dia nak kencing...dia akan melompat ke sinki dan kencing kat situ...pandai. Sepanjang 3 tahun dia tak pernah kencing berak dalam rumah. Kalau nak berak...dia akan dok termenung depan pintu...faham yang tak boleh buang kat dalam rumah.



Dulu2 dia tidur dgn aku atas katil, halau macamanapun...sedar2 malamnya mesti ada kat sebelah. Bila kak mun balik, kak mun tidur dalam kelambu, dia pun nak tidur dalam kelambu, pandai pulak dia menyelit masuk keluar. Bila dia tidur, macam2 pose keluar, pose maut pun ada...tu yang buat kami terhibur. Masa tu dia sombong ler dengan aku. Kalau siang dia suka tidor atas mesin jahit kak mun, betul2 dekat tempat needle dok poking tu...buat macamana pun tak akan lari...walaupun masa tu kak mun tengah menjahit, kadang2 sampai nak terjahit ekor dia.

Nonet bukan kucing yang suka meleseh..manja tak tentu arah, tapi dia spesies yang sombong. Dia bermanja dengan cara menggigit...tapi gigit main2 la. Suka sangat menangkap rama2, cicak..kejar burung, so..dia suka main dalam semak dekat rumah. Dan dalam semak tu ada segala ular, biawak...tu lah yang paling aku takut. Kalau lambat balik...kami keloi, pasti akan balik, melompat macam cheetah. Tapi hingga hari ni...dah 3 hari dok panggil, tak ada respond langsung.


Rasanya, aku kena terima hakikat, Allah pinjamkan Nonet selama 3 tahun saja untuk aku, Dia ambil balik. Dalam redha,aku sedih...tersangat sedih, tengok kiri, ingat Nonet..tengok kanan, ingat Nonet....sigh...

"There is something about the presence of a cat... that seems to take the bite out of being alone."

2 comments:

terrarosa said...

Boboy kucing betina saya , dah selamat beranak 2 ekor , pagi Nisfu Syaaban, saya tidur jam 2 pagi bangun semula jam 4 pagi,
adake patut dia nak beranak - kalu tak atas katil saya, atas riba saya pun dia nak 'push'...
tak semua orang faham, hubungan kita dengan kucing, tapi saya faham apa yang Boboy mahu masa tu,
mahukan saya mengerti dia takut nak beranak, sebab kali pertama beranak , dia makan anaknya...
umur dia baru 2 tahun.
jadi dapatlah saya anak kucing Nisfu Syaaban :D

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Terrarosa,
Hee...kira ada pengalaman jadi bidan terjun lah yer? Berkat tu..sambut kelahiran baby nisfu sya'ban.
Betul larr..sesetengah orang tak faham, and tak akan faham..tu kira kita bukan tahap kronik lagi. Kawan akak lagi teruk..bahasakan diri dia Ummi dengan kucing..macam anak dia jer. Setahun lost track of berapa kali dia call dan nangis sebab kucing sakit, hilang atau mati....

awesome comments