The last time naik bas express, lebih 10 tahun dulu, tapi minggu lepas, hari sabtu (4 hb) aku ambil bas dari Butterworth ke Shah Alam. Plannyer nak pi fetch Kak Ani dan Abang Din balik raya. Suspen jugak, sebab waktu dok menunggu tu tak nampak sorang pun budak perempuan, kalau aku sorang2 jer..ingat di hati, nak patah balik jer. Alhamdulillah, ada 3 orang perempuan termasuk aku...tapi tak berani nak tidur. Masa bas berenti pun, tak berani nak turun untuk kada hajat.
Sampai Shah Alam pukul 4:30 pagi, sambil tunggu Ris pick aku, aku bersahur dengan burger sejuk yang aku beli kat Butterworth. Bila Ris mai, rupanya dia bawa nasi, kari ayam dan sayur gorang yang masih panas...alhamdulillah, baiknyer kawan aku nie. Gambar kat atas tu, tengah bersahur dalam kereta Ris.
Mood Raya.
Petangnyer, Ris teman ke Kompleks PKNS. Sebenarnya dah lama mengidam nak rasa mood raya kat sini, sebab selalu kakak bagitau...kat sini kalau musim raya, meriah. Aku cuma nak cari kacang goreng minyak yang besar2 tu untuk hidangan hari raya.
Ramainyer manusia, nak cari parking pun payah, bila masuk dalam kompleks...sampai nak berlaga bontot padatnyer. Kebetulan nampak Zul Yahya dok berceloteh kat atas pentas, aku snap gambar dia sat...tapi blurr ler.
Banyaknyer baju raya cantik2, kebetulan Liza adik Ris ikut sekali..dia nak cari baju raya. Aku tengok ajer, sempat juga snap gambar baju yang cantik2...tak belipun, sebab baju raya aku Kak Mun dah jahit, cuma beli tudung jer satu.
Masuk kedai accessory yang cantik2...cuba2 jer tak beli pun....
Wan Hassan
Petangnya ikut Kak Yam pi fetch anak sedara (Along and wife, Hanis) balik raya dari Limerick, Ireland. Dapat tengok cucu, Wan Hassan...dah besar pun, masa depa pi sana dulu Hassan masih baby lagi, la ni dah boleh jalan-jalan jatuh.
Dia masih malu2 dan tak nak didokong oleh orang yang dia tak kenal....
The next day, bertolak balik Penang lebih kurang pukul 9:00 pagi.
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taju...
9 years ago
2 comments:
selamat ari raya!
=)
Sukemakan...selamat hari raya juger.
Post a Comment