A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, December 1, 2010

KAK CT IN MEMORY


Hidup ibarat lampu minyak, teringat lagu Al-Mizan dulu2.

Kak CT pernah kerja bawah aku masa aku kat City Chemist, one of the oldest chain pharmacy in Malaysia, tapi la ni dah berkubur sejak tahun 2000. Due to a wrong decisions that was done at the wrong time ( tahun 1998 ada economic crisis, and masa tu juga depa ligat dok tambah outlet).

Selepas cawangan SP tutup, kami bertebaran. Aku dipindahkan ke cawangan Penang, dekat Sunshine Square, managed to stay there almost 2 tahun dengan berulang alik dari Butterworth...dok buang duit kut jalan ( Bridge tol, petrol and parking). Staff yang lain2 cari kerja kat SP, Zahir kerja Kamdar, Many kerja factory dan Kak CT kerja kat Optometrist.

Kebetulan juga, kedai tempat Kak CT kerja, betul2 tepi jalan dekat traffic light. So whenever aku pi SP, dan stranded kat traffic light tu...aku akan keloi dia dan kami sembang kat tepi jalan jer. Aku kat dalam keta, dia dok terpacak tepi jalan.

Tapi lately, aku tak sempat nak buat semua tu...dan kalau tak sempat pun, aku aku akan jengah jer kot dalam kedai...kut2 nampak bayang dia. Tapi perasan yang dah tak nampak dia...agaknya dah tukar kerja kut.

Last Sunday, aku pi SP lagi, ushar sofa untuk rumah. Suddenly teringat nak pi jengok Kak CT di tempat kerja dia. Masuk jer kedai...dengan sebelah kaki masih kat luar, aku jengah. Tak nampak kelibat dia, cuma ada sorang Amoi.

Aku: Good afternoon, I'm looking for Kak CT. Dia tak keja ka hari ni?

Amoi tu pandang aku lama, bangkit dari kerusi.

Amoi: Dia sudah meninggal...sudah enam bulan.

Aku terpempam...ada rasa sayu bertamu kat hati. Ya Allah! sahabat apa la aku, sampai kawan mati pun aku tak tau.

Aku: Oh...kenapa tu, saya tak tau?

Amoi: High cholesterol, then dapat stroke.

Aku ucap terimakasih dan berlalu. Sedih! Lama aku kenal Kak CT, tapi aku tak ada satu pun gambar dia...untuk kenang kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Kak CT. Al-Fatihah.

Mati itu pasti, HIDUP? Insyallah.

No comments:

awesome comments