BAGAIMANA PERLU HIDUP SEPERTI MUSLIM SEJATI;
1- Bersegeralah menyambut panggilan Allah dan Rasul
1- Bersegeralah menyambut panggilan Allah dan Rasul
2- menjadikan hak allah dan hak rasulnya sebagai keutamaan di dalam kehidupan.
3- Mewujudkan budaya i'thar dalam bermuamalah sesama sendiri.
4- Hargailah masa dalam kehidupan, jangan sampai ia menipu kita.
5- Bacalah Al-Quran dengan menghayati dan mengamalkan isi kandungannya.
6- Letakkanlah target untuk menjadi wali dengan mengambil nilai tertinggi dalam melaksanakan ibadat.
7- Sentiasa melihat manusia dengan pandangan Ainurrahmat.
8- Jalinkan semula hubungan yang kita putuskan dan kita boikot sebelum ini.
9- Berusahalah untuk menjejak seramai mungkin kaum keluarga.
10-Bangunlah Qiamullail walaupun untuk dua rakaat tahajjjud dan satu witir yang ringan.
11-tentukan wirid dan zikir tertentu untuk diamalkan secara tetap dalam kehidupan.
12-Amalkan budaya membaca al-quran sekurang-kurangnya 10 minit dalam sehari.
13-Letakkan nilai akhirat dan keredhaan Allah sebagai suatu yang paling berharga di dalam kehidupan berbanding dengan nilai dunia.
14-Pelbagaikan bentuk doa ketika berdoa kepada Allah.
15-Hindari penyakit rohani dengan taubat, istigfar dan bermujahadah.
16-Jadikan pasangan hidup (suami/isteri) serta anak-anak sebagai rakan kongsi terbaik dalam menyelesaikan masalah hidup. Amalkan empat perkara dalam berkeluarga;
-makan bersama.
-solat berjemaah
-tazkirah kerohanian seminggu sekali
-masuk ke rumah dengan memberi salam
-makan bersama.
-solat berjemaah
-tazkirah kerohanian seminggu sekali
-masuk ke rumah dengan memberi salam
17-Tampalkan visi dan misi di dalam kehidupan di rumah kita.
18-Amalkan ziarah kubur sebulan sekali untuk keinsafan diri.
19-Cari guru mursyid untuk membimbing hidup kita.
20-Jangan buat tiada masa dengan Allah, kerana akan tiba masanya nanti, Allah akan tiada masa dengan kita.
Nota: Notes nie diberikan oleh Ustaz Azhar sewaktu mengerjakan umrah beberapa tahun lalu. Saja aku siarkan kat sini untuk renungan bersama...moga boleh digunakan untuk memperbaiki diri sempena tahun baru Maal Hijrah. ( Aku pun...belum mampu buat semua)
No comments:
Post a Comment