Suatu hari, kawan lama kat USM, Dr Faridah...posted this on her FB wall;
'Anak bongsu (shimi) 5 y.o mlm tadi brtanya.."mama nanti dah tua mama meninggal dunia ke?"...bila teman kata ya punyalah dia nangis teresak2...terharu la jugak...then dia sambung lak sambil tersedu2..."nanti sape nak buat bday shimi"...& sambung nangis lagi kuat....laaaa......'. Haha...logik la budak 5 tahun, dia bukan tau apa2...dia tau nak bergumbira ja...
Then ada another friend komen;
'Wan pun pernah tanya saya mcm tu idot. sedih lg bila saya tanya kalau org suruh pilih antara dia n saya, sapa kena mati dulu, dia jwb biarlah dia mati dulu n mama mati kemudian.....terharu saya bila anak umur 5 thn blh pilih nak mati dulu dari i mama dia'. Hmm...yang ni sedih, sebab baru umur 5 tahun...tapi dah pandai menghargai kasih sayang mak dia.
Aku yang membaca komen2 tu tersenyum sendiri. Rasa nak menyebuk juga, tapi tak tau nak komen apa...aku kan tak der anak. Dan dalam banyak2 komen tu, ada yang cakap, kadang2 depa lebih rela anak tu tak besar2. Apa taknyer, melihatkan perangai anak2 zaman sekarang...menakutkan! Selain fenomena Si Tanggang moden yang makin berleluasa, godaan2 zaman moden yang tak terkawal membuatkan remaja2 ni kadang2 terjebak menyimpang dari landasan Islam. Na'uzubillah!
Aku sendiri ada juga masalah macam ni dengan few of my anak saudara. Pernah juga berbual dengan salah sorang kawan aku ni dan rupanya, apa yang kami rasa tu sama. kadang2 bila membelek semula gambar2 yang kami ambil masa depa kecik2...rasa sedih sangat. Tak sangka bila besar, perubahannya akan jadi sampai ke tahap macam sekarang ni. Rasa macam...lebih bagus kalau depa kekal jer macam tu, senang.
Baru2 ni ada sorang kawan aku call...menangis. Anak yang dididik dengan didikan agama sejak kecik, dan dihantar ke setiap summer camp yang islamik...berubah 180 degree. Kalau dulu bertudung...tetiba dapat gambar yang dihantar oleh seseorang menunjukkan anak ni berbaju G string dan skirt pendek bawah bontot. Kata kawan aku...rasa macam langit dan tempat berdiri, tiba2 runtuh atas kepala. Rupanya si anak ni dah lama berkelakuan macam tu sejak masuk U, dan lebih memedihkan hati...'clubbing' menjadi agenda utama kalau tiba malam minggu. Tapi si anak ni pandai berpura...bila balik rumah, jadi alim macam selalu.
Then ada another friend yang call dan menangis juga...anak terlibat gejala negatif ( tak nak ler detail sebab apa). Sedih sangat aku...sampai kadang2 bila dia talipon atau sms...aku akan nangis sama2. Aku lihat anak dia membesar, walaupun dari jauh...rasa sangat attached. Sejak dulu, kalau bercuti ke Penang, dia bawa anak2 tidur kat rumah aku...depa pun dah panggil aku 'Mak Tam'. Bila membesar dan jadi begitu, tentu aku sedih. Emak yang melahirkan, tentulah lebih berat tanggungan dan bebanan perasaan. Aku cuma doakan dia tabah...dan Allah akan mengurniakan kesabaran yang tak berpenghujung pada sahabat aku ni...yang di mata kengkawan, merupakan seorang yang sangat baik hati.
Aku yang solo ni, kadang2 jadi kaunselor tak bertauliah dan tak berbayar...sekadar bagi pandangan semampu yang boleh. Tak tau nak cakap apa, tapi aku rasa...hati kita dipegang oleh Allah, dan dialah yang Maha Berkuasa menjentik hati2 yang mahu berubah. Yang penting doa..doa..dan doa. Berdoalah yang terbaik, moga Allah mengembalikan mereka ke jalanNya.