A scribble of my mind and heart.....

Monday, April 25, 2011

CUCU KEDUA & MAKAN2

Cucu Kedua;
Hari ni, baru balik dari KL, tiga hari kat KL ...pi Pesta Buku. Sebelum entry untuk Pesta buku, hari ni nak cerita tentang dapat cucu kedua. Anak penakan, Anah, yang kawin bulan 6, tahun lepas dah selamat melahirkan anak perempuan pada jumaat lepas. Dinamakan Nur Syuhada. Post kat sini gambar untuk tatapan Kakak2 kat KL.




Makan2 with my sisters;
Hari isnin lepas, belanja Kak Ah, Kak Arah dan Kak Mun makan western food kat Aidy's Cafe, Kiosk Bertam. Dah lama tak bawa depa makan2.

Ni Kak Arah dengan Kak Ah

Ni, aku oder..grill fish with black pepper sauce

Ini lak, Kak Mun yang punya...grill chicken with black pepper sauce

Kak Ah dengan Kak Arah makan nie...Chicken Chop,black pepper sauce.

Saturday, April 16, 2011

MASAK2 DAN DURIAN CAP KAKI

Masak2 Hari Ahad;
Hmm...hari ni masak Gulai Pisang Mas. Orang Utara ni biasa la dengan gulai pisang, gulai nangka. Sedapppp woooo.... Pastu buat koktel buah. Panas2 ni sedap kalau pekena benda lagu ni. Jom layan gambar....




Wenesday- 13th April;

After planning for few weeks, finally I managed to escape myself from the daily routine that sometimes, bored me to death. Tiap hari tunggu kat kedai...sometimes boleh rasa cam nak putus wayar.

So on wenesday, as planned before aku dgn Lin pi ambik Rose Water from Sufiah's mother. Kat umah dia di Air Itam. Mak Sufiah hidang kueh badak dengan karipap. Hmm sedapppp...

Then lepas tu pi visit Salina ( ex-SGGS who is suffering from serious health problems related to the lung). Lama tak bertanya khabar. Bani, Masni dan Leha tunggu kat sana. Sembang dan makan2 sambil asyik tergelak dengan keletah Afiq anak Salina. Walaupun ada kekurangan, tapi dia cerdik dan menghiburkan...sampai nak ikut kami balik.



'Kids with special needs aren't weird or odd. They only want what everyone wants... to be accepted and to be loved.'

Makan Durian;
Berpuluh tahun dok di Penang, aku memang bukan ler kaki ronda sangat. Penang pun belum habis aku sukat. So...kadang2 bila ada kawan2 mai dari luar dan minta aku bawa ke sesuatu tempat...baru aku sampai ke tempat tu. Conclusionnyer...orang lain yang bawa aku jalan2 di Penang. Lepas balik dari visit salina, Bani ajak makan ' Durian Cap Kaki', dia nak belanja. Nii pun kira pestaim aku dengaq.

Rupanya, tak jauh dari Bayan Baru. Dekat kaki bukit jalan untuk ke Balik Pulau tu, ada Apek juai durian, kalau nak makan kat situ...ada meja dan so called garden dan mini zoo. Tempat tu depa panggil...' Durian Cap Kaki', pasai apa? Wa tatau wooo.....





Sedap makan durian ramai2...tapi tak berani nak makan banyak2. Ada planning next round untuk pekena durian Balik Pulau.

Sunday, April 10, 2011

RUMAH IDAMAN

Ish3x...cantiknya, umah sapa nie..
aku jumpa masa dok google, kalaulah dapat sebijik...
Tapi mustahil la kan,
kecuali dalam mimpi ajer la, bukan mampu pun,



Kalau tak boleh dapat yang besar macam umah kat atas,
dapat camni pun Ok lah, kecik...padat dan selesa.
Nak buat besaq ni pun, penat hap hap jugak kot...
Kena bersyukur, hidup sederhana dan seadanya jer,
tu kan lebih baik,
(Hee...kata2 nak memujuk diri, sebab tak mampu dapat rumah idaman.)


Tapi,
Walau besar manapun rumah lain,
rumah ni jugak yang ada di dalam hati aku...
Rumah kampung hasil titik peluh ayah...yang penuh memori.
tempat berteduh,
tempat keluarga berkumpul,
pengikat kasih sayang antara ahli keluarga jauh dan dekat,
sebelum ke tempat rehat yang lebih lama
kat mana tu....
-
-
Kat sini la.....


Bila berumah kat sini,
Perhentian sementara, sebelum ke tempat yang lebih kekal abadi......
Apa saja yang kita ingin masa kat dunia
dah tak bererti apa2 lagi,
Harta kita...tak boleh buat rumah ni luas,
Kebanggaan kita...tak boleh pastikan, rumah ini cerah dan terang benderang,
Dan...MASA yang kita gunakan, untuk mengumpul kekayaan di dunia,
tak akan mampu menyejukkan suasana
dan menjadikan rumah ini,
TAMAN-TAMAN SYURGA.

Bekal kita waktu itu,
hanya amalan soleh yang kita buat dan kita kumpul selama di dunia.....

SUDAHKAH KITA BERSEDIA?
...GULP!!!!

Wednesday, April 6, 2011

CONMAN - BEWARE!!


Aku dah post story ni kat fesbuk, saja nak post lagi sekali kat blog. Sebagai peringatan kepada adik2 dan kakak yang dok bertenet selalu. Berjaga-jaga dengan manusia yang suka mengambil kesempatan. Jangan mudah termakan dengan pujuk rayu dan kata2 manis. Kadang2, walaupun berita macam ni dah selalu keluar kat paper, tapi masih ramai yang tertipu.


About two month ago, my friend (Miss E) was approached thru inbox msg by an English man who claimed himself, a Muslim. Nak berkenalan la konon ( namanya, Nabeel). We smell something fishy, dok agak dah...this person could be a conman. So, my friend decided to respond...'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'. But, we had certain agreement between us that..she will have to update me on every progress of the relationship, and I will advise her whenever i feel necessary.


The first 2 weeks, it started with an inbox messages, ayat bunga2 dan berbulan bintang.Disulam juga dengan kata2 berunsur agama. Ayat pancing la tu. He said that he was searching for a Muslim lady from Malaysia to become his future wife and a mother to his 5 years old daughter. He seems like, very caring and loving...pendek kata, macam lelaki idaman sedunia lah. Then he asked for her phone number, and my friend gave it to him...he called immediately...and keep on calling after that.


Tapi in most of his story, ada loop hole here and there, he said he works as an engineer. And, currently keja kat pelantar minyak. Nama company, Agib Oil, Aberdeen City...but, it seems like, he is free most of the time. Ada sekali tu, Miss E tanya dia kat mana, dan dia jawab kat office. But, the weird thing is...office tu sunyiiiiii jer, like no living thing around. Tak dak bunyi printer ka, fax ka...orang buat kerja ka...not even a sound. Bila Miss E tanya, tetiba ja ada bermacam bunyi kat backgound...macam orang pasang tape. At this stage...dia dah start keluar ayat2 power, macam 'I luv U', " I miss U' dan ' I want to spend all my life with you'.


Hahaha...kami asyik dok gelak, lawak arr... Dan klimax kepada all the messages and phone calls..last week, he said that he will be coming to Malaysia. Ada bussiness arrangement. Miss E dah gabra...jadi cacing kepanasan, nak jawab tepon pun takut. Sapa susah? Aaaakuuuu jugak..ekekeke. Tapi dah remind her, if this man wanted to meet her at KLIA, dont ever go alone...bring as many friends as she can, especially man. And dont ever spend money on somebody you hardly knew, which I know that she wont.


On Saturday, she received call from that man, saying that he was in Kota Kinabalu...in a process of transferring his late father's property in Sabah that worth 1.3 million...and that lawyer need 3% in cash, before that money could be transfered to his account. And, seems that he doesnt have that so much money with him...start dahhhh! Dia nak pinjam RM 20 000. Banyak la dia punya cengkadak...dia ingat kawan aku ni spesies senang kena tipu ker? Miss E dah suruh dia cari alternative lain.


Confem...inilah conman yang selama ni dok tipu perempuan2 malang tu. Bila Miss E refuse to give him the money, dia mula nak buat bagi Miss E rasa bersalah. Dia kata ' You said u wanna be a good Muslim, but u refuse to help me when I'm in trouble' and blablabla...saja nak bagi rasa guilty....but, after sending few sms, and he doesnt get any respond from Miss E, finally he stop bothering her.


Untuk yang terbaca...berhati-hatilah dengan modul operandi macam ni...jangan mudah tertipu.

Friday, April 1, 2011

KOLAM IKAN LAGI

Kali ni, nak upload gambaq kolam ikan kat rumah. Ada special request dari Kak Ani dan Abang Din yang dok di Subang Jaya. Hmm...rindulah tu kat kampung, pasai dah lama tak balik. So...pagi Ahad lepas, waktu Kak Ah nak bagi makan ikan, aku pun folo...nak snap gambaq.



Gambaq pongsu kat tepi kolam ikan pun aku nak snap...kalau jumpa pongsu masa kecik2 dulu, sah pakai jadi pentas kami buat pertunjukan. Entah berapa round kami nyanyi bergilir-gilir..hahaha. What a sweet memories!!!



Ni pulak gambar2 kolam ikan dari dekat...Ba'om kena letak jala kat atas pemukaan, sebab banyak burung dok menumpang makan anak2 ikan.



Pelantar antik yang Ba'om buat nie...hehe, nak pijak dua tiga orang sekali pun takut. Takut roboh masuk dalam kolam.


Pokok kiambang pun dah membiak dengan banyak, jadi tempat ikan berteduh. Kalau tengah hari ke petang...panas sangat area ni.



Dua tiga hari ni, asyik hujan...air dh jadi keruh. Ikan pun tak berapa nampak. Sekali campak jer, pakat dok kerumun.



Sessi memberi ikan makan dah bermula...best juga tengok depa dok hurung makanan. Kalau bukan musim hujan dan air bersih....mesti nampak cantik.



Suka gambaq ni, ada sekor ikan tu...buka mulut dia sampai nampak lubang hitam kecik. Heeee...kalau ada kamera bagus mesti boleh snap dekat2...buat yang artistik punya.



Campak....jangan tak campak.



Disebabkan hujan lebat, air kolam naik sampai nak bersambung dengan Paya Kamis. Kata Kak Ah, masa hujan hari tu...ikan Puyu berlumba-lumba panjat tambak melompat ke sebelah sana. Ba'om dah ambil langkah berjaga-jaga...buat beg pasir untuk elakkn air kolam melimpah keluaq. Hmm...nak bela ikan sikit pun, banyak benaq cabarannya.

awesome comments