A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, October 4, 2011

POSMEN, n TELEKOM


Dah beberapa bulan, asyik bengang dengan posmen. Sebab bila dia hantar surat, semua surat dari tingkat satu - tingkat 3... dia bagi jer kat kedai aku. So, aku pulak jadi posnita...kerja distribute surat kat neighbor. Nak kata takdak post box...ada! Dok bertenggek 3 ketoi dekat tangga nak naik ke tingkat atas tu. Tapi...kat kedai aku jugakkkkk...dia bagi.

Dah lama dok geram...nak repot kesian. Sat lagi...kalau aku cakap area mana, kena marah pulak dengan bos. Nanti tak pasal2 kena tindakan. So...aku sabar jer la. Sebab anak sedara aku pun posmen jugak. Aku tahu masalah depa...kerja dengan ganjaran yang tak setimpal.

Tapi disebabkan aku tolerate terlalu lama...tetiba, ia membawa masalah pada aku. Kali ni, melibatkan Telekom ler pullak. Tapi, part of it...salah aku jugak la. As usual...aku ni pelupa semanjang. Tetiba dapat call dari telekom, katanya...akaun aku dah tertunggak. Eh! Yer ker...sedangkan, aku baru jer bayar dua tiga hari lepas.

Aku : Eh! Saya baru jer pi bayar...
Dia  : Boleh saya dapatkan no rujukan pembayaran tu?
Aku : You all tak computerized ke? ( dengan sedikit sombong...bengang sebenarnya...
Dia  : Cik bayar kat mana sebenarnya?
Aku : TNB center...semua bill saya bayar kat situ..
Dia  : Patutlah...kalau TNB, lambat sikit baru kita dapat ...

Lepas tu, dia suruh aku call nombor100 untuk bagi details if aku dah locate resit bayaran tu. Maka, aku dengan konfidennya cari ler resit tu...dan jumpa. Scan punya scan...Oh! Tidakkkkkk....aku dah bayarkan neighbor punya bil! Patutlah! 

Ini memang penangan semua surat dia humban kat kedai aku. Agaknya termiss scan dan terbuka bill orang tanpa sedar....huhuhu

Nak komplen ke tak mau komplen... aku komplen anonymous ler....

Pengajarannya....
Jangan berlagak sombong dengan orang... cakap biar berlapik, dan kalau nak marah kat orang tu, selidik dulu baik dan buruknya. PADAN MUKA AKU....

2 comments:

eni osman said...

ini kes naya ni...rugi tak pasal2...yg salah sebenarnya disini posmen tu la...rasa elok kak khiroh pi sound direct dkt posmen tu...kalau duk jadi lagi..baru pi komplen dkt pos malaysia...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Eni..
Lama ambik masa nak reply komen...terlupa ler pullok. Hehe...
Sampai hari ni...masih belum komplen, masih terima surat yang bercampur-campur address. Lemah sungguh hatiku ini...huhuhu

awesome comments