A scribble of my mind and heart.....

Saturday, February 11, 2012

THE JB TOUR AND EVENT- Part 1

TILL DEATH DO US PART....

Sudah lama tak buat reunion dengan geng USM. Selalunya...dalam small group, 3-4 orang ajer. Kalau nak mengumpulkan semua orang sekali, pun susah jugak. Masing2 ada commitment. The last time we managed to do big gathering was some 4 years ago.

Alhamdulillah! Adah akhirnya bertemu jodoh. Maka melalui fb, aku buat thread... planning for JB event. Seems like, semuanya dipermudahkan olehNya. Kira pi, kira mai...dalam 12 orang yang akan turn up. Berkonvoi ke JB.

Grup Pantai Timur, leads by Kokna. Bersama Kokna...Kakcik dan Along dengan anak masing2. Grup Pantai Barat, 3 biji kereta.  Kereta aku, akan bawa Cikna, Baliz dan Maria. Saba dan Ris satu kereta, bawa anak2 Saba seramai 4 orang. Ani Mat pulak, bawa anak2 dia 4 orang. Isteri orang merangkap Ibu2 ni diberi limited visa and time with term and conditions... hehe...tapi OKlah tu. Diberi kebenaran untuk ke JB pun, dah cukup baik. Sangat2 bersyukur dan berterimakasih pada hubby masing2.

Port pertama...jumpa kat Seremban. Kat situpun dah happening...rasa happy sesangat. Sempat juga snap beberapa foto...

Happy faces, Ani, Ris, Me, Maria, Cikna, Saba and Baliz

Bandar Baru Uda- rumah Adah.
Perjalanan yang menggembirakan, tak kering gusi dibuatnya...macam2 cerita yang keluar. Kami sampai ke JB, rumah pengantin around pukul 1:30. Geng Kokna, Along dan Kakcik was already there... they have reached there one day earlier...a day before. Jumpa jugak dengan Hasnah, Hisyam dan Mastura.

Jumpa Hasnah @ Kak Lang dengan Hubbynya Hisyam ( also our course-mate)
Adah's big day...Seeing her that day, makes me wanna cry...

Sibuk menganggu pengantin makan beradap
Ada banyak gambar kat wedding, tapi takyah ler upload semua. Biasalah...muka2 kami ajalah. Happy sangat tengok Adah berseri-seri. Kami pulak, walaupun ini 1st taim datang rumah Adah. Boleh saja buat macam rumah sendiri. 

Bincang2, nak ke Pasir Gudang...rumah Hasnah n Hisyam.


Putri Pan Pacific- tempat tidur, semalam jer...
Lepas attend kenduri, checked in kat Puteri Pan Pacific. Hmm... bilik kat tingkat 10. Aku share dengan Ris dan Nabilah. The room was quite okay. Spacious, cukuplah untuk 3 orang.

Pemandangan dari tingkap bilik

Pasir Gudang - rumah Hasnah & Hisyam
Petangnya, Hisyam datang ambil dengan 'mini-busnye'. Muatlah dalam 10 orang, Kokna naik kereta sendiri, together dengan Kakcik dan Along. Off to rumah Hasnah yang dah 18 tahun tak jumpa....

Dalam 'mini-bus' H&H. Gebang lagi....
Posing kat gazebo...rasa macam student pulak

Lama tak posing berderet macam ni...

Makan karipap dan pisang goreng kat umah Has. Buat persidangan kat situ sampai tak ingat nak balik. :) Thanks to Hisyam sebab memberikan ruang dan masa untuk kami. Dia dengan Has memang pasangan yang sehati sejiwa.

Kokna sempat bagi tazkirah versi Terengganu...macam dalam Tanyalah Ustazah. Ini adalah antara ayat keramat yang keluar dari mulut ustazah pilihan kita kali ini. Hehehe...mantopppp kata-kata ni...

Quotes from Kokna...
Alhamdulillah! Best sangat dapat jumpa macam ni...agenda gelak yang tak berhenti. Tapi, masih dalam keadaan terkawal.

Kita sambung part kedua bila ada masa ekkk!

4 comments:

eni osman said...

ya betui tu...bersyukurlah dan redha dgn apa yg kita ada...yg penting sebenarnya bagaimana kita nak `bawa' tu...kearah mana...samada nak bertambah pahala kita atau nak tambah dosa kita....tu dia dia start dah...hehe...yg owner farmasi harmoni tu kawan kak khiroh ke...

Packy @ Mawar Merah said...

Betoi3x Eni Osman.

Ustazah Eni pula buka tazkirah...hehe. Owner Harmoni tu...super duper junior, tapi kira gud fren jugak. Kalau nak pi makan kat Damiral or nak beli bread memang takleh bagi tau. Nanti...dia asyik nak bagi free ajer...

sade said...

Packy,
kita plan nak round M'sia jumpa kwn2 lepas aku balik Melbourne
sedih jg sbb aku tak dpt nak tunaikan plan kita tu... +_+
tp, Allah telah merancang sesuatu yg lebih baik rupaya
dapat jumpa lebih ramai sahabat2 kita kan...
semuga kita tak putus silaturahim

Packy @ Mawar Merah said...

Betultu Adah. Kita hanya merancang...Allah yang menentukan. Nampaknya, impian aku nak round Malaysia jumpa kengkawan kenalah aku batalkan atas faktor umur...hahaha...tetiba aku terasa dah tua la beb.

awesome comments