A scribble of my mind and heart.....

Saturday, February 25, 2012

TEMBAKAN TEPAT...


Ada kawan post gambar ni kat FB. Dan aku terkedu membacanya. Ada antara tembakan itu mengenai aku sipi-sipi. Kalau nak dibandingkan dengan peluru dari pistol. Ada yang terkena mencederakan dan ada yang meninggalkan calar. Bak kata oghang utara...seneghih. Tapi ada satu point tu... tembakan tu, tepat mengenai jantung aku. Kira macam pukulan TKO.

Aku taknak ulas bab seneghih2 tu...part tu, insyallah aku akan cuba memperbaiki diri. Tapi nak ulas tentang tembakan yang mengena tepat tu. Aku kena yang nombor 8.

Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang.

Bukan aku tak sedar bab ni. Sedar. Namun, menghadiri kenduri itu, antara perkara yang aku tak berapa suka nak buat. Aku cuma ke kenduri jika melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan.

Aku ada dua alasan yang aku tak tau konkrit ker tak? Tapi selama ni...itulah alasan aku.

Pertama : Sebab komitmen kerja
Aku bisnes, dan aku tak boleh nak tutup kedai ikut suka hati aku. Bad reputation for the business. Nanti orang cakap...'alah! Kedai orang Melayu... macam tu ler!' Karang ada orang cakap pula...mana lebih penting, reputation dengan Allah ke... dengan manusia? Tolong jawab sat!

Tapi sometimes, aku tutup juga. Itu kalau ia melibatkan tempat-tempat yang dekat...cam customer aku ke... provided masa aku menutup bisnes tu... tak melebihi 2 jam. Bila terpaksa tutup macam tu... aku akan letak sign, ' Maaf! Tutup sebentar dari .... ke.....'

Kedua : Sebab status
Bukan status pangkat atau kedudukan. Tetapi status nikah kawin. Hehe... aku ni kan, masih solo. Kalau nak pi kenduri tak berteman... macam janggallah pulak. Rasa macam bila aku berjalan... orang asyik pandang aku. Hehe... janggal.

Lepas tu, kalau di kampung, atau ke rumah saudara yang bau2 bacang tu... aku kena bersedia dengan soalan Cepu Emas, Cepu Gangsa dan Cepu Put. Ditambah pula dengan soalan Bonanza yang aku teramat malaih nak menjawabnya. Kalau yang reti Melayu, ada ilmu... takper lah. Yang tak makan saman, yang tak mau faham-faham, yang suka menunding jari dan yang mencabar kesabaran... itu yang tak mampu dan tak mahu aku hadapi. 

Bila soalan2 macam ni muncul, dari nak bergembira... hati jadi gundah gulana. Dari nak buat pahala... jadi dapat dosa. Dari seorang yang tenang... aku jadi dapat angin kus-kus satu badan. Hmm... susah jugak kan!

Ada orang kata, kalau status cam aku... tak jatuh wajib pergi. Boleh menimbulkan fitnah. Betul ke? ( Soalan nak menyedapkan hati.)

2 comments:

eni osman said...

byk juga yg terzalim dkt diri sendiri ni...huhu...

Packy @ Mawar Merah said...

Eni... samalah kita ni. Namapun manusia. Manalah ada yang perfect semanjang. Hehe.. yang penting, kita sedar dan berusaha untuk itu...

awesome comments