Salam Jumaat!
Kes 1
Di pagi penghulu segala hari ni, tetiba... saya diuji! Ujian yang sedikit. Ujian kesabaran yang nampaknya gagal saya lalui.
Pagi tadi pi bank, bayar EPF, Socso utk staff dan minta nak tukar small change RM1 dan RM 5... Then officer kat situ tanya...
Officer : Akaun bisnes bank mana?
Saya : Bank Islam
Officer : Apasal tak minta small change kat sana? ( Dengan muka yang kenenkan saya, isyarat 'boleh belah!)
Saya : (Dalam hati kata... hek ele... berkira pulak mak nya ni!) Kenapa? Tak boleh tukar sini ke? Nak kena tukar kat sana?
Officer : (Angguk)
Saya : I pun ada personal acc kat sinilah, cuma acc bisnes jer kat bank sana.
Officer : (Senyum kambing) Oh ada acc kat sini ke, you punya bisnes acc... pindahlah kat sini.
Saya : (Senyum sambil dalam hati kata... ikut suka aku laa...)
Hmm... nak tukar duit pun nak berkira. Saya tiap2 bulan support bank depa... nasib baik masih boleh senyum! Tapi yang tak bestnya... saya masukkan cerita ni dalam status fb saya. Kira macam merungut jugaklah kan!
Kes 2
Mulai hari ni, dan beberapa minggu ke bulan seterusnya, saya nak mogok makan Tomyam dan menonton cerita Korea. Kedua-duanya sebab kita kalah bola semalam.
Huhuhu... saya ni memang minat bola. Dulu2 selalu teman arwah ayat tengok bola awai pagi. Tapi semenjak dah senja ni, jantung dah tak berapa kuat nak tengok. Pumpingnya terlalu kuat sampai saya rasa nak bergegar badan. Lepas tu kalau kalah... saya tak boleh tidur malam. :)
Dalam tak tengok tu, saya dok dengar sana sini orang menjerit. Lepas tu bila muka fb sat malam tu... semua orang dok komen tentang mutu padang yang teruk tu. Juga tentang pengadil Korea yang berat sebelah tu. Habih orang pakat2 dok like gambar dia kat wall fb, ( sebab 1 like = sebiji penampar siam) :))
Mujur... mujur... saya bukan kaki tonton filem Korea. Dan tak penah hafal nama pelakon Korea... saya cuma tau Lee Min Hoe jer. Kalau tonton pun, saya cuma kadang2... tonton Saranghae kat TV 9 tu... jadi berbaloi jugak ler mogok saya...
Tak kisahlah. Harimau Melaya dah buat yang terbaik. Itu perang psikologi yang depa bagi kat kita. Sesajer jer bagi padang teruk supaya kita tak puas hati. Bila tak puas hati... sakit hati... semangat jatuh la sikit. Indirectly... dia akan efek permainan. ( Ni pendapat otak saya yang nilainya 2 sen ajer).
Apa2pun saya tetap sayang HARIMAU MALAYA!!!
Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
No comments:
Post a Comment