A scribble of my mind and heart.....

Thursday, March 28, 2013

SOCK...


Image from sini
Nak cakap tentang stokin,
bukan tentang fesyen stokin, tetapi tentang aurat.
Dah ada kawan tegur sebab tak pakai stokin, dan dah baca dan tahu 
yang menutup aurat tu, semestinya bukan hanya pada bertudung dengan cara yang betul,
tetapi termasuk juga melindungi warna kulit kaki dengan stokin.

Bukan hanya kawan tegur, tapi...
Ada ustaz pernah cakap masa pi majlis ilmu kat masjid,
kata dia...
'Orang perempuan, kalau tiba waktu sembahyang dan mahu berhenti sembahyang,
tapi waktu itu , dia masih perlu mencari kain telekung,
dan dia tidak boleh sembahyang tanpa adanya telekung,
itu tandanya dia belum menutup aurat!'

huhuhu...
Pang! 
Masa tu macam kena pelempang sebijik.
Masa tu sajalah! 
Balik berfikir, beli sock dan simpan,
belum kuat nak pakai...


Lepas tu, kawan cerita pulak,
dia jumpa one prominent ustaz ( antara yang femes kat Malaysia ni)
Ustaz tu tanya dia...
' sejak bila pakai tudung?'
Dia beritahu ( lama jugaklah kalau dicongak)
Ustaz geleng kepala.
' sayang katanya, selama itu bertudung, tapi belum lengkap'
' tidak sempurna menutup aurat, sebab belum menutup keseluruhan kaki'
Dan,
Kawan saya ni, sudah berubah... dan sering mengingatkan saya...
tapi, saya masih tak buat2 jugak...
 :(

Saya dah beli sock,
dah cuba pakai...
ada masa, stokin tu hilang sebelah... saya tak pakai la
ada masa, stokin tu hilang terus... lagilah saya tak pakai,
saya beli yang lain,
then, ada masanya, saya terlupa...
Entah apa nak jadi dengan saya???

Saya sedang tanamkan azam,
jumpa stokin jer, saya beli.
bila nak beli kasut, saya consider yang sesuai dengan pemakaian stokin,
 Setiap kali cuba pakai tu... 
saya selalu berdoa, semoga saya istiqamah,
namun, hingga hari ini,
saya asyik gagal lagi!!!

Ya Allah permudahkanlah untuk aku,
hambamu yang hina dina dan tidak sempurna ini,
hambamu yang alpa dan leka...
Permudahkanlah ya Allah!

Ustaz Azhar Idrus kata :
BERTUDUNGlah walau TERPAKSA.
SOLATlah walau TERPAKSA.
PUASAlah walau TERPAKSA.
Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

Nak tambah sket, BERSTOKINLAH walau terpaksa...
 sedang cuba mendidik hati, :(  


Photobucket
awesome comments