Rasanya dalam keadaan macam ni, tak payahlah cari salah siapa, yang penting kita perangi mereka habis-habisan. Tu ajer... nak cakap lebih2, isu dah lepas. Tapi sajak ni upload jugak, sebab nak buat koleksi kat blog. :)
Mereka datang, tanpa diundang,
Gegak gempita memainkan gendang perang,
Tanpa rasa simpati dan ihsan,
Perwira kita mereka gugurkan..
Dengan tipu muslihat,
Tak bermaruah…
Tak beradab
Aku bukan siapa-siapa…
Melihat peristiwa dari kacamata seorang rakyat biasa,
Sedih..
Kerana di waktu bersatu itu menjadikan kita lebih padu,
Kita sibuk menunding ke sana sini,
Menyalahkan itu dan ini…
Si Polan itu berkonspirasi,
Si Polan ini pula terlanjur berjanji…
Bangunlah wahai bangsaku…
Buangkan amarah, dendam dan permusuhan di hatimu
Biarpun berbeza pandangan,
Biarlah berlainan pemikiran,
Pengkhianat dan pengganas kita perangi,
Musuh itu kita usir…
Biar mereka tahu dan sadar
Kita rakyat Malaysia pantang dicabar…
“When there is no enemy within, the enemies outside cannot hurt you.” ― Winston Churchill
No comments:
Post a Comment