A scribble of my mind and heart.....

Friday, April 19, 2013

COUNTING MY DAYS....

To Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


/hihi
Selalunya, PBAKL saya jadikan agenda tahunan untuk merembat buku2 novel yang dijual murah dan banyak pilihan. Tapi tahun ni, saya akan memeriahkan PBAKL sebagai penulis. Hee... tercapai jugak cita-cita saya... Alhamdulillah, syukran Ya Allah! Kerana menemukan saya dengan orang yang betul, memberikan idea dan kesungguhan untuk menghasilkan BOUGAINVILLEA.

Sebenarnya, kalau diikutkan... saya berat ke arah tak nak pergi. Sebab akan terpaksa turun KL lagi 10/5 nanti untuk AGM persatuan dan seminar. Tapi bila fikir2 balik... tak apalah, saya nak beri kerjasama pada JS dan nak ambil pengalaman aje. Manalah tahu kut2 hanya ini satu2nya novel yang dapat saya tulis. Semuanya bergantung kepada faktor usia, kesihatan dan kesinambungan idea...

So, saya akan ada kat PBAKL hari Sabtu, 27/4/2013 dari pukul 2-5 petang. Hehe... taktaulah ada ke orang nak beli buku dan minta signature saya... Kalau tak ada pun, saya masih boleh guna kesempatan ni untuk berkenalan dengan warga JS yang lain ( cant wait to get to know them :) )
/blush

Iklan...
Ini adalah sebahagian dari promosi, sila abaikan kalau tak suka...

Ada review tentang Bougainvillea di blog2 di bawah, kalau nak baca...

1) Blog Cik Az. Baca kat SINI 



2) Blog Jee Fairuz Joe. Baca kat SINI


3) Blog Engku Muzahadin, Nakhoda Nurani. Baca kat SINI.


Terima Kasih untuk blogger2 yang sudi buat ulasan. JASAMU DIKENANG.

/bye


If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it.  ~Toni Morrison. And thats why I wanna write something mystery coz... I love reading mystery novel.



Photobucket

Monday, April 15, 2013

Syuhada


Syuhada yang suka cakap 'dadacucecaah' @ 'ada aku kisah' tu, belum cukup 2 tahun. Tapi cerdiknya... yang amat. Dia suka buat action... berlakonlah konon! Selalu jugaklah dia buat konon-konon tu...

Konon2 dia tu cikgu,
Dia copycat aksi mama dia. Bila jumpa kalkulator cabuk, dia minta kertas dan pen. Tekan-tekan kat kalkulator, tulis kat kertas ( konon2 jer tu). Patu buat lagi sampai 3 kali. Lepas tu dah habis tiga kali... dia markes as right kat kertas... macamlah dia mark paper ujian ( mak n ayah dia cikgu)..

Konon2 dia murah hati,
Kononnya macam dia banyak duit, buat aksi keluarkan duit dari dalam genggam, padahal takder apa-apapun. Pi kat semua orang, buat lagu tu... lepas dah habis pusing, dia masukkan balik genggam tu dalam poket. Konon2 simpan balik la duit dia tu....

Antara perkataan yang dia suka cakap...

' Ni dik nyer'
' Ni nan dik, ni...'
' Apa la Tok Ah ni...'
' Dadacucecahhh...'

Haha... jaga sat2 okay ler, tengok keletah dia, jaga lama2... angkat tangan surrender. Banyak akai sungguh!

Photobucket

Monday, April 8, 2013

LAWAT MAK LONG...


Semalam Ahad.

Lepas beberapa kali tertangguh, beberapa lama tak menjengok... akhirnya saya dan kakak2, pi visit Mak Long Rohmah. Mak Long adalah isteri Pak Long Mei ( abang ayah yang sulung). Saya tak berkesempatan menatap wajah Pak Long, sebab dia meninggal sebelum saya lahir ke dunia lagi. Tapi Mak Long is very dear to my heart. Masa saya kecik2, dia rajin melayan dan saya selalu jugak mengekor dia balik ke rumah dan tidur di rumah dia...

Semalam, masa sampai... jumpa Mak Teh Hindon dulu ( adik Mak Long) sebab nak masuk ke rumah mak long, kena pass through rumah mak teh.

Bila Mak Long buka pintu, rasa sedih sungguh. She looks small, old and helpless. Terus peluk dan cium pipi dia. Kami masuk dan duduk dekat tempat dia baring. Dekat situ jugaklah ada sejadah dan kain sembahyang berlipat. Bila dah umur2 macam tu, tak ada yang lain yang akan kita ingat melain DIA YANG MAHA KUASA dan berusaha untuk memperolehi redha-Nya...

Maka kamipun mula berbual dan bertanya kabar. It struck my mind that she did not recognized us for she addressed herself as ' saya'. She usually refer to herself as mak long whenever she talks to us. Garu kepala! So decide nak tanya straight...

Saya : Mak Long kenai dak sapa hat mai ni?

ML  : Tak kenai, matapun dah tak terang. Nampak macam bayang ja.

Saya : Anak ( saya sebut nama mak dan ayah) kenai dak?

ML  : La... awat pulak tak kenai... kenai sangat la... Ingatkan hampa dah tak mau mai kut sini dah...

Ha... amekau! Padan muka kami. Tu lah dok sibuk urusan dunia sampai tak pi lawat golongan tua. Kan dia dah bagi sebijik. Paku buah yang tersangat keras....

“Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati seorang muslim yang beruban (sudah tua), pembawa Al-Qur’an yang tidak berlebih-lebihan padanya (dengan melampaui batas) dan tidak menjauh (dari mengamalkan) Al-Qur’an tersebut, serta memuliakan penguasa yang adil.” (HR. Abu Dawud dan dihasankan oleh Asy-Syaikh Al-Albani t dalam Shahih At-Tarhib no. 92)


Photobucket
awesome comments