A scribble of my mind and heart.....

Friday, April 19, 2013

COUNTING MY DAYS....

To Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.


/hihi
Selalunya, PBAKL saya jadikan agenda tahunan untuk merembat buku2 novel yang dijual murah dan banyak pilihan. Tapi tahun ni, saya akan memeriahkan PBAKL sebagai penulis. Hee... tercapai jugak cita-cita saya... Alhamdulillah, syukran Ya Allah! Kerana menemukan saya dengan orang yang betul, memberikan idea dan kesungguhan untuk menghasilkan BOUGAINVILLEA.

Sebenarnya, kalau diikutkan... saya berat ke arah tak nak pergi. Sebab akan terpaksa turun KL lagi 10/5 nanti untuk AGM persatuan dan seminar. Tapi bila fikir2 balik... tak apalah, saya nak beri kerjasama pada JS dan nak ambil pengalaman aje. Manalah tahu kut2 hanya ini satu2nya novel yang dapat saya tulis. Semuanya bergantung kepada faktor usia, kesihatan dan kesinambungan idea...

So, saya akan ada kat PBAKL hari Sabtu, 27/4/2013 dari pukul 2-5 petang. Hehe... taktaulah ada ke orang nak beli buku dan minta signature saya... Kalau tak ada pun, saya masih boleh guna kesempatan ni untuk berkenalan dengan warga JS yang lain ( cant wait to get to know them :) )
/blush

Iklan...
Ini adalah sebahagian dari promosi, sila abaikan kalau tak suka...

Ada review tentang Bougainvillea di blog2 di bawah, kalau nak baca...

1) Blog Cik Az. Baca kat SINI 



2) Blog Jee Fairuz Joe. Baca kat SINI


3) Blog Engku Muzahadin, Nakhoda Nurani. Baca kat SINI.


Terima Kasih untuk blogger2 yang sudi buat ulasan. JASAMU DIKENANG.

/bye


If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it.  ~Toni Morrison. And thats why I wanna write something mystery coz... I love reading mystery novel.



Photobucket

No comments:

awesome comments